Kehebatan Allah SWT sebagai Pencipta manusia ialah memberikan keistimewaan kepada setiap hambaNya dengan kelebihan seperti bakat, suara, kemahiran , kebolehan mencipta dan berbagai kemampuan yang dimiliki untuk kesejahteraan hidup. Setiap insan mempunyai kelebihan tersendiri yang tidak dimiliki oleh orang lain .
Melalui naluri dan intuitif sesetengah orang boleh menghasilkan lagu lagu yang meruntun perasaan,dalam tempoh yang singkat sebagai medium mendidik diri dan pendengar. Lirik Lagu Perjalanan Hidup "Esok dan Lusa Bukan Milik Ku ' nyanyian Ramli Shariff' disampaikan penuh penghayatan meninggalkan bekas yang mendalam kepada setiap pendengar . Sebuah lagu yang memaparkan perjalanan hidupnya mencari sesuatu yang abadi disampaikan penuh puitis melalui suara hati yang menginsafi diri.

Ramli Shariff : Esok dan Lusa Bukan Milik Ku
Sumber Gambar : internet
Sumber Video You tube
Ramli Sharif
Manusia Mencari Tuhan
Manusia memerlukan Tuhan sebagai tempat tujuan kehidupan. Permulaan kehidupan ditandai dengan kelahiran kita ke muka bumi seperti tercatat dalam surat beranak. Melalui surat beranak kita mengetahui umur masing -masing tetapi tidak seorang pun yang mengetahui bila dan saatnya dia akan kembali menemui Tuhan. Setiap yang lahir disambut gembira, tetapi bila pergi diiringi tangis hiba. Demikian kehidupan manusia di bumi ini . Esok dan Lusa bukan Milik Kita . Tiada siapa yang dapat menjamin esok masih ada untuknya melanjutkan kehidupan di bumi ini. Justeru renunglah perjalanan hidup kita dengan penuh keinsafan.
Memperbaiki hubungan dengan Allah secara konsisten dan menjalinkan silaturrahim sesama insan dengan penuh mawaddah dan berkasih sayang selaku hamba Tuhan yang sama sama menumpang sementara di dunia kerana esok dan lusa bukan milik kita . Doing good to others will comfort to our heart. Bagi orang beriman mereka tidak pernah berputus harap dengan rahmat Allah sebagai tempat mengadu dan meminta kerana sesungguhnya hanya dengan mengingat Allah sahaja hati menjadi tenang .
Mengingat Allah bukan bermakna sepanjang waktu berada diatas sejadah tetapi memikirkan sejenak kejadian langit bumi, alam kehidupan flora dan fauna, keindahan lautan merupakan tazkirah penting mendidik hati manusia mengenal pencipta .

Wallahua'llam
Cernaan Minda
Che'Yahya Che'Soh
30 Ramadhan 1433H
18/8/12
No comments:
Post a Comment