Saturday, August 18, 2012

Menunggu Detik Berakhir Ramadhan 1433H

Sesungguhnya masa itu seperti pedang kata pepatah Arab. Menjalani ibadah puasa selama sebulan berlalu dengan begitu pantas . Hari ini (Sabtu 18 Ogos 2012) bersamaan 30 Ramadhan 1433H merupakan hari terakhir kita menjalani ibadah yang penuh keberkatan ini . Menunggu detik-detik berakhirnya Ramadhan menggamit rasa sayu, sebak dan sedih. Sewaktu Victory di tulis hanya tinggal beberapa minit saja lagi masuknya waktu berbuka . Semoga Allah SWT memberikan ganjaran yang terbaik setimpal dengan usaha dan keikhlasan kita  menjunjung perintah Tuhan . Besok Ahad 19 Ogos,  1 Syawal menjelma dan kita disunatkan membesarkan Allah dengan melakukan solat sunat Idul Fitri sebanyak 2 rakaat .


Sumber you tube Musafir Idilfitri

Tatacara Solat Idulfitri 

Solat sunat Idulfitri bermula jam 8.30 pagi. Mengikut amalan para sahabat , solat ini dilakukan di padang  yang luas tetapi tidak menjadi kesalahan jika ditunaikan di Masjid atau Surau . Lafaz  niatnya ialah " Sahaja Aku Solat Sunat Idulfitri dua rakaat mengikut Imam kerana Allah Ta'ala" . Rakaat pertama bertakbir sebanyak tujuh kali tidak termasuk takbir ratulihram , rakaat kedua sebanyak lima kali dengan bacaan subhanallah walhamdulillahi  walaa ilaha ila llah wallahu akbar. Sebaik selesai menunaikan solat khutbah dibacakan khatib bertugas .Para jamaah tidak seharusnya bangun melainkan mendengar dengan teliti setiap pesanan dan kandungan khutbah sebagai peringatan kepada semua kaum muslimin dan muslimat .

SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI 1433H

Wallahu'allam
Che' Yahya Che' Soh

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...