Hari ini Ahad 12 Ogos 2012 bersamaan 23 Ramadhan 1433H bermakna umat Islam menjalani ibadah puasa semakin menghampiri penghujungnya. Ramadhan datang dan pergi saban tahun seharusnya menjadi indikator taqwa kepada setiap muslim . Ramadhan sebuah bulan yang diturunkan Al Qur'an sebagai pembeza antara yang hak dan bathil (AL FURQAN) menjadi petunjuk kepada manusia memilih jalan yang direhdai Tuhan. Ramadhan Al Mubarrak penghulu segala bulan . Memilih petunjuk selain dari Kitab Al Quran dan Sunnah Nabi SAW tidak menjamin keselamatan kepada manusia kerana "Sesungguhnya Deen yang diterima oleh Allah ialah Islam". Islam itu cara hidup yang cukup sistematik dan tersusun berdasarkan prinsip Al Qur'an yang Allah datangkan dari Luh Mahfuz.
Percaya kepada Allah
Percaya kepada Allah menjadi teras Rukun Iman. Allah yang membentangkan hamparan bumi mengandungi bukit bukau yang hijau ranau menjadi bukti alam ini ada pencipta bukan terjadi secara kebetulan(incidental) .Tuhan tempat berharap sekelian makhluk , berkuasa mengatur ekositem kehidupan di bumi dengan sempurna sehingga kelihatan cukup seimbang dan harmoni . Matahari beredar mengelilingi orbitnya memancarkan tenaga solar tanpa henti yang memungkinkan berlakunya aktiviti kehidupan di bumi .
Jika kita memerhati perlakuan alam melalui mata hati sudah pasti akan bertemu jawapan hakiki bahawa kehidupan manusia di bumi ini seolah-seolah sebuah misteri yang perlu dicerakin melalui ilmu, iman dan wahyu Tuhan. Saya mengatakan misteri kerana pada asalnya manusia hanyalah sebuah sel (Sperm dan Ovum) ) yang sangat kecil yang hanya mampu dilihat melalui mikroskop mengikut pembesaran tertentu . Kehadiran manusia di bumi dengan Izin Allah sebab ada juga manusia yang berkahwin bertahun-tahun namun masih belum dikurniakan zuriat . Akal yang sihat meyakini jika Allah mampu mencipta manusia dari setetes air yang hina (mani) menjadi seorang manusia berakal dan bernafsu, sudah tentu tidak sukar membangkitkan manusia sesudah mati .Ilmu dan pengetahuan seharusnya menjadi pemangkin kepada pemantapan tauhid kepada Tuhan . Ilmu yang benar ialah mengenal Tuhan sebagai paksi kepada segala kehidupan . Justeru manusia perlu mengenal diri, membuat anjakan paradigma melalukan transformasi menjadi umat yang terbaik selaras dengan ajakan Al qur'an sebagai Khairun ummah .

Manusia menempuh lima fasa
Kehidupan manusia bermula di Alam Roh, Alam Rahim, Alam Dunia, Alam Kubur dan Alam Akhirat. Lima fasa kehidupan ini dilalui setiap manusia . Roh dan jasad bersatu sebaik janin (embryo) berada dalam rahim ibu kira-kira berusia empat bulan dan berkembang membesar sehingga genap tempoh 9 bulan 10 hari dilahirkan ke dunia . Manusia yang dikeluarkan dari rahim ibu telanjang bulat dan lemah tidak berdaya sehinggalah ia membesar , dewasa dan tua malah sampai usia pikun sehinggalah ia dimatikan .
Perjalanan hidup manusia tidak bernoktah di kubur.
Sumber doa : Internet
Disini manusia direhatkan atau diazab oleh Allah (semoga dihindarkan dari azab Tuhan) sementara menunggu kiamat dimana alam ini musnah secara total . Manusia dibangkitkan dari kubur telanjang bulat dan dihalau ke Mahsyar mengikut amalan masing-masing untuk bertemu Allah di Mahkamah Rabbul Jalil yang akan menentukan nasib manusia menjadi penghuni Taman Taman Jannah yang mengalir sungai sungai dibawah nya dengan memperolehi pelbagai nikmat atau Rumah Neraka (Semoga Allah hindarkan menjadi penduduk Neraka) .
Justeru kita yang masih lagi diberi peluang menghirup udara segar dipermukaan bumi ini perlu mengambil iktibar menghiasi diri dengan sifat terpuji seperti ikhlas, jujur, tawaddhuk, qanaah(cukup ) rendah diri dan jauhkan penyakit PhD ( hasad dengki) sesama manusia kerana perbuatan ini akan mematikan amalan . Hidup ini bukan milik kita . Jangan bermegah dan berbangga dengan pangkat, jawatan dan kedudukan kerana itu semua titipan Tuhan kepada kita . Jangan kita menjadi penghalang kepada orang lain dengan menyekat peluang mereka kerana roda kehidupan tetap berputar mendatangi setiap manusia . Jika tidak di dunia, pasti di akhirat . Wallahua'llam.
Taakul minda
pagi 23 Ramadhan 1433H
Che'Yahya Che'Soh
Biology Teacher
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kul.

No comments:
Post a Comment