Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) ditubuhkan oleh para generasi terdahulu bertujuan mengumpulkan seluruh pelajar Malaysia yang belajar di Indonesia dalam pelbagai Institusi Awam dan Swasta sekitar tahun 70an . Pelajar Malaysia yang menuntut di Indonesia bertaburan segenap kota dan provinsi seperti Bandung, Surabaya, Malang, Jakarta ,Bogor , Sulawesi dan di kepulauan Sumatera, Medan , Acheh dan Padang Sumatera Barat . Mereka ada yang di taja badan kerajaan seperti JPA, MARA, KPM dan Persendirian .
PAPTI menjadi wadah penyambung hubungan bilateral antara dua pemerintah Malaysia -Indonesia khususnya dalam bidang pendidikan . Saya beranggapan ribuan Ahli PAPTI bekerja di pelbagai Agensi Kerajaan dan Swasta seluruh negara dalam pelbagai bidang professional seperti pegawai perubatan, pegawai pergigian, pensyarah, ahli politik dan usahawan yang berjaya dalam bidang masing-masing perlu dipertemukan dalam satu wacana ILMU anjuran PAPTI . Tahniah kepada Dr. Shamsul Bahar yang terus mengemudi PAPTI hingga ke hari ini . Pertemuan para ahli yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam berbagai bidang menjadi kekuatan kearah penyatuan idea mewujudkan sebuah Kolej PAPTI dengan menawarkan kursus asas kepada lepasan SPM dan STPM. Mudah- mudahan saranan menjadikan PAPTI sebagai sebuah institusi pendidikan menjadi realiti ,InsyaAllah .

Drs. Che' Yahya Hj. Che' Soh
Pengetua SMK SINAR BINTANG
Segambut Kuala Lumpur,
Ahli PAPTI .
20 Augustus,2012
No comments:
Post a Comment