Sunday, August 5, 2012

Bandar Baru Gua Musang

Negeri Kelantan Darul Naim mempunyai sejarah yang panjang dalam sistem pemerintahan  Tanah Melayu . Negeri ini yang pernah melalui detik-detik cemas semasa Jepun mendarat di Kota Baru dalam tahun 1941 dan memerintah negeri ini hingga tahun 1945 . Selain itu sejarah menukilkan bahawa  negeri  ini  berada di bawah penguasaan Kerajaan Siam  sehingga memaksa menghantar  bunga emas  masa dulu . Demikian seimbas sejarah negeri Cik Siti Wan Kembang.

Daerah/Jajahan 

Negeri Kelantan mempunyai beberapa daerah yang lazimnya disebut Jajahan . Setiap daerah /jajahan di ketuai oleh seorang Ketua Jajahan (DO) . Bermula dengan Jajahan Kota Baru, Jajahan Machang, Pasir Putih, Tumpat, Tanah Merah, Jeli , Bachok, Kuala Krai, Pasir Mas, Gua Musang  dan Jajahan Baru Lojing dekat Cameron Highland.



Sumber: Internet


Bandar Baru Gua Musang

Ketika ini kerja-kerja pembinaan sebuah Bandar Baru Gua Musang sedang giat dilakukan. Saya melihat dari perspektif makro  pembinaan bandar baru Gua Musang menjadi pemangkin untuk memacu pertumbuhan ekonomi  negeri ini. Gua Musang telah berubah wajah menjadi sebuah bandar persinggahan (Transit ) pelancong yang datang melawat Kelantan . Beberapa dasawarsa dulu Bandar ini hanya menjadi laluan keretapi yang singgah menurunkan penumpang dan mengangkut barangan penduduk . Kesulitan perhubungan ketika itu menyebabkan Gua Musang menjadi terpencil dari arus pembangunan. Tiada siapa yang pernah menyangka bandar ini akan menjadi maju seperti sekarang .  Laluan Kuala Lumpur ke Gua Musang dan Kota Baru sentiasa sibuk dengan kenderaan. Saya berkesempatan balik berbuka bersama Ayah di Kampung pada hujung minggu dan sempat meninjau di Bandar Kota Baru bersama isteri mencari tudung di Pasar Buluh Kubu  yang sangat sesak dengan pengunjung. Kenderaan banyak dan sesak teruk terasa seperti berada di Kuala Lumpur .


Kelantan Maju .
5 Ogos 2012
16 Ramadhan 1433H

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...