Wednesday, August 15, 2012

Takbir Raya Perlu Transformasi

InsyaAllah dalam beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Idulfitri 1433H . Ramadhan sudah berlalu begitu pantas meninggalkan kita. Semoga Allah SWT tetap memberikan RahmatNya kepada orang -orang beriman dan bertaqwa dan dipertemukan lagi dengan bulan yang mulia ini pada tahun hadapan. Bagi orang beriman mereka sangat sedih meninggalkan Ramadhan kerana bulan ini menjanjikan seribu kebaikan .Pahala berlipatganda dan para penghuni barzah dibebaskan dari siksaan Tuhan . Bagi kita yang masih lagi bernafas sisa sisa Ramadhan yang masih berbaki perlu di hiasi dengan amal soleh semoga kedatangan Syawal disambut dengan penuh keinsafan .

Balik Kampung 

Sudah menjadi kelaziman masyarakat Malaysia dan Nusantara merayakan Idulfitri dengan penuh meriah. Hidangan kueh mueh beraneka jenis , ketupat rendang dan lemang menjadi hidangan istimewa  di pagi raya. Lagu-lagu raya diputar setiap hari berselang seli dengan takbir raya yang mendayu-dayu sehingga menitiskan air mata . Anak perantau pulang ke kampung halaman menemui ayah bonda dan sanak saudara yang jarang berjumpa kerana kesibukan kerja. Ketika ini Lebuh Raya seluruh negara penuh dengan kereta yang terpaksa bergerak seperti semut sejauh puluhan kilometer semata mata untuk balik beraya . Masyarakat Jakarta akan 'mudik' menuju desa masing-masing melaui jalan darat laut dan udara . Amalan seperti ini sangat mulia untuk bertemu ayah bonda  yang telah dimamah usia atau  balik berziarah ke pusara  bagi mereka yang telah ketiadaan kedua orang tua. Kepada mereka yang pulang ke kampung halaman pandulah kenderaan dengan iman bukan perasaan semoga semua kita sampai ke tempat tujuan dengan aman.

Takbir Raya Perlu Transformasi






Sebaik menjelangnya 1 Syawal gema takbir berkumandang dicorong-corong radio dan TV menandakan berakhirnya Ramadhan. Para sahabat Nabi SAW  bertakbir dengan penuh semangat kerana Allah memberikan kemenangan kepada kaum Muslimin dalam peperangan AHZAB yang berlaku dalam bulan Ramadhan. Kita perlu mencontohi perbuatan Nabi SAW dan para sahabat  dalam bertakbir untuk membesarkan Allah bukan dengan alunan mendayu dayu , sedih dan memilukan . Mari kita lakukan transformasi mengubah paradigma betulkan yang biasa , biasakan yang betul semoga umat Islam mendapat manafaat dari hikmah berpuasa .Nabi SAW mengajar kita supaya bertasbih dan bertahmid memuji membesarkan Allah SWT yang memberikan kemenangan kepada Umat Islam dalam peperangan AZHAB menentang kaum kafir.


Wallahu'allam

Al Fakir Che' Yahya Che' Soh
16 Ogos,2012
28 Ramadhan 1433H


No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...