Sunday, August 19, 2012

Terapi Diri Melalui Solat

Sesungguhnya ibadah yang paling tinggi darjahnya disisi Tuhan ialah SOLAT. Perintah mengerjakan solat ini langsung di terima Nabi SAW semasa peristiwa besar Isra' Mikraj . Sebuah perjalanan rohani dan jasmani ditempuh Rasulullah SAW dari Masjidil Haram Mekah Al Mukarramah ke Masjidil Aqsa di Palestine yang jaraknya ribuan kilometer kemudian mikraj bertemu Allah SWT untuk menerima ibadah solat. Pemikiran logik tidak mampu menerima peristiwa yang berlaku sesingkat ini dalam masa semalam  kecuali mempercayai suatu kuasa yang menggerak dan mengaturnya iaitu Allah SWT . Justeru tidak hairan bapa saudaranya sendiri Abu Lahab mempertikaikan kebenaran berita  ini lalu memusuhi Nabi SAW . Allah SWT menurunkan firmanNya seperti mana terakam dalam Al quran (AL LAHAB ) bermakna gejolak Api  " Binasalah kedua dua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa "  . Doomed are the hands of him of the glowing countenance  and doomed is he (The Message of Al Qur'an ) Muhammad Asad . Percaya kepada Allah menjadi teras dalam Rukun Iman . Memang secara nyata otak manusia  boleh mempertikaikan tetapi jika pemikiran dibaringi dengan keimanan tiada yang mustahil berlaku seperti mana kejadian diri manusia itu sendiri yang dulunya tidak dapat digambarkan oleh logik akal. 



Peta Jazirah Arab Saudi menempatkan Makkah Almukarramah

Sumber : Internet




Peta : Tanah Palestine yang menempatkan Masjid Al Aqsa
Sumber: internet




Gambar hiasan: Solat mengikat ukhwah sesama muslim

Solat tidak bermusim

Kategori Solat menduduki posisi teratas berbanding dengan Puasa, Zakat dan Haji . Justeru sebagai muslim , keutamaan (prioriti) solat menjadi fardhu asas yang wajib dilakukan dalam segala keadaan dan suasana . Allah memudahkan kita yang bermusafir  menjamak qasar solat . Mendirikan solat bertujuan mendidik diri menjadi hamba Tuhan yang beriman kerana solat menjadi benteng perbuatan mungkar .Solat tidak bermusim tetapi sepanjang hayat manusia sejak mulai baligh hinggalah  kembali mengadap Tuhan . Jangan pandang enteng tentang solat kerana ada hadith mengatakan sekiranya meninggalkan solat dengan sengaja boleh menjadi kafir dengan nyata. Solat menjadi amalan pertama yang dihisab Tuhan sebaik manusia meninggalkan bumi yang fana ini .  Beza orang beriman dengan orang kafir ialah solat. Dalam beramal kita perlu meletakan hierarki mengikut keutamaan  kefardhuan yang datang dari Tuhan Pencipta sekalian insan . Orang yang benar benar mendirikan solat akan mendapat ketenangan dan memperoleh kesihatan berpanjangan kerana sembahyang menjadi terapi diri dari sebarang penyakit . Keruntuhan dan kebobrokan moral kerana manusia mengabaikan solat yang menjadi fardu ain bagi setiap umat Islam. Kemuliaan sesebuah  qariah, masyarakat dan negara  ditandai dengan komitmen  penduduknya menjalankan tanggungjawab kepada Allah dengan menegakan syiar ini dalam kehidupan mereka.  Kehancuran dan kemusnahan peradaban kerana manusia melupakan Allah yang memiliki alam semesta . Manusia tidak menjaga hak Allah, melanggar hukum dan peraturan yang di tetapkan Al Qur'an dan Sunnah sebagai perundangan MUTLAK untuk memakmurkan bumi . Tiada kitab setanding Al Qur'an yang mengandungi semua peraturan bermula dengan yang sekecil kecilnya seperti menaiki kenderaan, memasuki tandas, mandi janabah, pernikahan, kekeluargaan,  jual beli, pendidikan , adab dan nilai hinggalah kepada pemerintahan sesebuah negara dirakamkan Allah untuk menuntun manusia mengurus tadbir bumi bertunjangkan prinsip Islam yang syumul .

Solat sebagai terapi diri





Sumber video Youtube Sh.Shuraim Imam Masjidil Haram
Makkah Al Mukarramah 

  
Orang yang sentiasa memelihara solat dijamin oleh Allah dengan kekuatan iman, kesihatan rohani dan jasmani yang berpanjangan kerana setiap organ tubuh turut sama berzikir, bertahmid dan bertasbih kepada Tuhan . Jantung berfungsi dengan sempurna mengepam darah keseluruh tubuh, sistem pernafasan lancar, otot-otot berkontraksi antara satu sama lain dengan aktif dan sistem saraf pusat (CNS) mengkoordinasi impuls dengan sistematik dan tersusun kerana pemusatan minda kepada ibadah yang kita lakukan . Orang yang yang banyak mengerjakan solat akan terhindar dari penyakit angin ahmar dan kencing manis (diabetes) kerana pergerakan dalam solat mempercepat dan melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh sehingga  menstabilkan paras  gula dalam darah . Tubuh manusia mempunyai ribuan sel dan jutaan neuron yang saling berhubung antara satu sama lain untuk mengekalkan keseimbangan badan . Umat Islam tidak perlu ke gimnasium untuk menjaga kesihatan tetapi cukup dengan rajin mengamalkan solat secara konsisten termasuk berbagai solat sunat yang digalakan Tuhan untuk menampung solat Fardhu.Terapi diri ini menjadikan  jasmani kelihatan segar, cerah dan berseri sebagai bukti keikhlasan kita melakukan solat. Dari segi rohani Allah memberikan nur iaitu cahaya kehidupan yang menjadikan ketenangan dan kesejahteraan  dalam diri, rumah tangga dengan mawaddah dan warahmah yang berkekalan.Demikian kasih sayangnya Allah SWT kepada setiap hambaNya yang beramal dengan ikhlas semata - mata mendambakan keredhaannya melalui ucapan kita  Radhitubillahi Rabba Wabil Islamidiina Wabi Muhammadin Nabiyyan  Warasuula.

Wallahua'llam.

Ta'akul minda
Che'Yahya Che' Soh
BIOLOGY TEACHER.
Pengetua SMKSB@STAR
2 Syawal 1433H
Isnin 20 Ogos,2012






No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...