Thursday, August 9, 2012

Seminar Minda Sihat Pengetua Sekolah Wilayah Sentul

Seminar tersebut di atas diadakan pada 9 Ogos 2012 bersamaan 19 Ramadhan 1433H kepada Pengetua  Zon Sentul  di Hotel Putra  Kuala  Lumpur  bertujuan memberikan pendedahan tentang prosedur standard berdasarkan  Surat Pekelililng Perkhidmatan  Bilangan 4 Tahun 1998 dan surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 2 Tahun 2009  dan  Memberi pendedahan punca  dan rawatan tingkahlaku Abnormal dalam kalangan penjawat awam. Penceramah ialah Pakar Psikiatri HKL Dr. Sapini Yaacob telah memberikan taklimat berkaitan simpton dan tingkah laku abnormal yang sering dihadapi oleh penjawat seperti depression (kemurungan) dan mengasingkan diri dari khalayak ramai perlu ditangani dengan baik supaya dapat dibendung diperingkat awal .













Hj Mohd. Shariff Yusoff


Penceramah seterusnya Haji Shariff Yusuff  menekan kepada prosedur dan tatacara perkhidmatan berdasarkan Perintah Am Bab C mengenai cuti  bagi kakitangan yang sakit berpanjangan seperti Kanser, Tibi, dan sebagainya yang memerlukan rawatan dan pemerhatian pakar perubatan.

Che' Yahya Che' Soh.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...