Thursday, August 30, 2012

123 Sekolah Dapat Peruntukan Selenggara Tandas

Sebanyak 123 buah sekolah (Menengah dan Rendah) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendapat peruntukan membaiki dan menaik taraf tandas sekolah masing-masing  sebanyak RM20,000.00 yang diluluskan Kementerian Pelajaran melalui peruntukan pembangunan (P41) membabitkan kos sebanyak RM2.46 Juta.

Spesikasi kerja hanya untuk selenggara tandas sahaja yang perlu disiapkan pada tahun semasa. Pihak sekolah tidak dibenarkan sama sekali mengalih spek kerja lain kerana peruntukan tersebut hanya dikhaskan kepada pembaikan tandas sahaja.

Taklimat Unit Pembangunan



En Razali Bin Iberhim
KSPP JPN WP KL 


Satu taklimat khas disampaikan  oleh Ketua Sektor Pengurusan dan Pembangunan(KSPP) Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur En Razali Iberhim pada 30 Ogos 2012 di SK Taman Melati Kuala Lumpur di hadiri Pengetua, Guru Besar dan wakil sekolah .

Beliau mengingatkan semua sekolah terbabit memantau kerja-kerja selenggara ini dengan baik bagi memastikan prosedur dan spesifikasi kerja di patuhi oleh kontraktor yang dilantik . Beliau juga meminta kerjasama Pengetua /Guru Besar  membuat penilaian  hasil kerja kontraktor dengan cermat  dan berintegriti sebelum memperakukan ke Jabatan.

Taklimat seterusnya  disampaikan Raja Mizan b. Raja Ab Aziz , pegawai Unit Pembangunan yang bertanggungjawab langsung dengan pembaikan prasarana sekolah. Turut hadir Ketua Unit Pembangunan  yang baru , En Jamil Jamaluddin dan En Ahmad Sadly .

Sumber: Unit Pembangunan JPNWP KL
Terima Kasih.

Che'Yahya Che' Soh  
30 Ogos 2012


No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...