Thursday, August 23, 2012

Internet Sumber Ilmu

 









Sumber Globe: internet


Penggunaan internet sebagai medium komunikasi  dalam era cyber menjadi satu keperluan kepada manusia untuk berinteraksi secara global . Komunikasi  alam cyber tidak di batasi oleh  jarak dan masa walau pun dipisahkan oleh ribuan kilometer. Ilmu pengetahuan dan teknologi (IPTEK)  berkembang begitu pesat menuntut manusia   merekayasa ciptaan baharu untuk kemudahan kehidupan .


 Dua dasawarsa dahulu, kita belum mengenali komputer , yang ada hanya sebuah mesin taip buruk untuk menyiapkan  segala urusan . Kini mesin taip tidak digunakan lagi diganti dengan komputer untuk meningkatkan kecekapan bekerja .Seawal komputer di perkenalkan ramai orang yang alergik dengan kemudahan ini. Ramai kalangan guru, pegawai malah pengetua pun agak keberatan menggunakan komputer terutama semasa ingin membuat persembahan menggunakan "power point" .

Internet Sumber Ilmu

Kekuatan daya cipta manusia melalui IPTEK menjadi ukuran kemajuan ilmu dan peradaban dalam segala bidang . Kemudahan internet sebagai sumber ilmu mendatang manfaat besar dalam  bidang   perniagaan, perbankan , perubatan, pendidikan, Sains dan Teknologi  dan perkembangan politik dunia  dapat dicapai dengan mudah melalui rangkaian internet. Dalam bidang agama misalnya, penguasaan dalam bidang internet sangat membantu para  guru  menyampaikan risalah Tuhan secara TEKNO DA'I  menjadikan materi dahwah lebih menarik, terkini dan berfakta . Kemampuan berdakwah secara tekno dai merupakan wadah  terbaik menjinak hati- hati  manusia mengenal Allah sebagai Pencipta Tunggal yang wajib di sembah . Kewujudan manusia dan kehidupan di bumi bukan terjadi secara evolusi atau semula jadi tetapi dicipta Illahi .Allah yang mentadbir bumi dan langit (YUDABBIR) , mengatur perjalanan planet-planet mengikut ilmuNya secara sistematik dan  tersusun indah .

Menyaring  sumber ilmu

Sebagai intelektual yang mempunyai 'professionalism honesty '  kita perlu menyaring sumber ilmu yang diterima secara ilmiah dan berintegriti bagi mengekalkan kejituan fakta  berdasarkan terma rujukan yang tepat iaitu Al Qur'an dan Hadith Nabi SAW . Penemuan  dalam  bidang Sains dan Teknologi sememangnya  menjadi bukti kebenaran Al Qur'an  yang di bawa Nabi SAW sejak ribuan abad yang lalu. Penelitian dan penyelidikan ilmiah dalam kalangan Saintis mengenai alam semesta membawa manusia mengenali hakikat kejadian sebenar sehingga tidak sedikit yang menerima Islam sebagai pilihan mereka . 

Wallahua'llam
Taakul minda
Che'Yahya Che'Soh
23 Ogos,2012
5 Syawal 1433H

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...