Thursday, August 30, 2012


















Glasgow yang cantik dengan sungainya yang jernih,
bersih dan tenang . Gambar semasa di Scotland  Julai 2011


123 Sekolah Dapat Peruntukan Selenggara Tandas

Sebanyak 123 buah sekolah (Menengah dan Rendah) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendapat peruntukan membaiki dan menaik taraf tandas sekolah masing-masing  sebanyak RM20,000.00 yang diluluskan Kementerian Pelajaran melalui peruntukan pembangunan (P41) membabitkan kos sebanyak RM2.46 Juta.

Spesikasi kerja hanya untuk selenggara tandas sahaja yang perlu disiapkan pada tahun semasa. Pihak sekolah tidak dibenarkan sama sekali mengalih spek kerja lain kerana peruntukan tersebut hanya dikhaskan kepada pembaikan tandas sahaja.

Taklimat Unit Pembangunan



En Razali Bin Iberhim
KSPP JPN WP KL 


Satu taklimat khas disampaikan  oleh Ketua Sektor Pengurusan dan Pembangunan(KSPP) Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur En Razali Iberhim pada 30 Ogos 2012 di SK Taman Melati Kuala Lumpur di hadiri Pengetua, Guru Besar dan wakil sekolah .

Beliau mengingatkan semua sekolah terbabit memantau kerja-kerja selenggara ini dengan baik bagi memastikan prosedur dan spesifikasi kerja di patuhi oleh kontraktor yang dilantik . Beliau juga meminta kerjasama Pengetua /Guru Besar  membuat penilaian  hasil kerja kontraktor dengan cermat  dan berintegriti sebelum memperakukan ke Jabatan.

Taklimat seterusnya  disampaikan Raja Mizan b. Raja Ab Aziz , pegawai Unit Pembangunan yang bertanggungjawab langsung dengan pembaikan prasarana sekolah. Turut hadir Ketua Unit Pembangunan  yang baru , En Jamil Jamaluddin dan En Ahmad Sadly .

Sumber: Unit Pembangunan JPNWP KL
Terima Kasih.

Che'Yahya Che' Soh  
30 Ogos 2012


Wednesday, August 29, 2012

Monday, August 27, 2012

Pelajar SMK SINAR BINTANG WAKIL NEGARA

Seorang pelajar SMK SINAR BINTANG Wong Zhen Wei (Tingkatan 2) terpilih mewakili negara dalam Badminton sempena 'Asia Juniour Sports Exchange Games' 2012 pada 28- Ogos- 3  September di Komazawa Olympic Park General Sports Ground Gymnasium Tokyo, Jepun . Tahniah kerana terpilih mewakili negara bersama beberapa orang pelajar   dari sekolah lain sekitar  Kuala Lumpur . Pihak sekolah merakamkan ucapan tahniah dan berharap beliau dapat menunjukkan prestasi cemerlang dalam Badminton.
 
 
Tahniah dari kami semua guru SMK SINAR BINTANG .
Che'Yahya Che' Soh
29 Ogos,2012.

Kak Ngah Siti Aliyah semasa di New Zealand


International Student Profiles

"My name is Siti Aliyah Che Yahya and I come from Malaysia. I came to New Zealand in July 2006 to study the Bachelor of Information Technology at WelTec."

 Siti Aliyah Che Yahya

 "I decided to come to New Zealand because the price of the course was quite cheap compared to other countries. I liked the idea of living in New Zealand because it gives me new experiences and exposure to another culture and most importantly makes me more independent. Since I have been living here I have enjoyed visiting the beach and harbours and lots of nice places to visit.

The classes are small so I get lots of individual attention from the tutors. The tutors helped me to get other reference books and materials and they sometimes provide me with the materials as well. The programmes are practical compared to other institutions in New Zealand and this was one of the reasons I selected WelTec. The Malaysian Government recognises the qualifications in Information Technology from WelTec .
I have made new friends from lots of different countries including; India, Serbia, China, Pakistan and Iran as well as New Zealand."

Siti Aliyah Che Yahya
Bachelor of Information Technology

Sumber: Weltec, Wellington New Zealand

  

Selamat Menduduki Percubaan SPM

To all my beloved candidates we  pray for your success in TRIAL SPM  which is begin on Wednesday 29 August 2012. Hope you prepare yourself with enough revision, do it more exercise, refer to your teachers  and do not force your mind to study until midnight . Please take care of your health with enough sleep and manage  your schedule wisely . You can  improve  your  best result .  Trial Examination is an indicator  for everyone to assess   your achievement with good grades or excellence.  SMK SINAR BINTANG  aims to be  a model school in academic achievement, co curriculum performance and excellence in sports.   Your success is our happiness. Thank you .
Selamat menduduki peperiksaan percubaan SPM kepada semua pelajar tersayang .

Pengetua,
Che' Yahya Che' Soh.
27 Ogos 2012
9 Syawal 1433H

Saturday, August 25, 2012

Teach Students Good Manners


Education is an essential part in  our life. No citizen should be left behind . Everyone has the right to get knowledge. In school we are responsible to educate students and develop their  mind set ,  build    good personality and shape their performance  to contribute to nation building . Our task is to train them to be polite to  teachers and fellow students. School administrators play a vital role to fulfill students' needs and the people's expectations towards  our system . We should not hamper their future with our wrong teaching.  A real teacher diagnose like   a  doctor who will determine the  symptoms before giving treatment  to  their patients. A medical specialist  will consult their patient  by asking some  questions  to diagnose the kind of  disease for further treatment. We too, must be able to treat our students with good manners to ensure they like school,  love their teachers and  strive   academically, in  co curriculum as well as  sports for the betterment of their  future . As a true educator , the main role of teachers is to  produce a generation of useful young people  with high performance, good morale, charisma , integrity  and  knowledge . A real teacher loves the job sincerely.  Teachers will design and shape the  future of  students. We can identify a gifted and talented student through their involvement and performance in school activities and co curriculum as part of the academic achievement.


 
 pix source : Internet
Investing in young people today as human capital for
the country's future .

Encourage and support

Our students come from various background and social status . Some of them do not receive any attention from their parents because of family problems . They need  care and love from home  to help them  in their  studies. Parents' support is like a catalyst to the kids in achieving  their results. Some of the students who  come from low income family may have financial problems . This situation should be tackled prudently by the school authorities to ensure they have an opportunity to continue studying. We must encourage and support our students to study diligently and score good grades in their examinations and guide them to choose  affordable courses  at any University or College,  local or abroad .

by,
Che'Yahya Che'Soh
Principal .
26 August 2012
8 Syawal 1433H

Thursday, August 23, 2012

Internet Sumber Ilmu

 









Sumber Globe: internet


Penggunaan internet sebagai medium komunikasi  dalam era cyber menjadi satu keperluan kepada manusia untuk berinteraksi secara global . Komunikasi  alam cyber tidak di batasi oleh  jarak dan masa walau pun dipisahkan oleh ribuan kilometer. Ilmu pengetahuan dan teknologi (IPTEK)  berkembang begitu pesat menuntut manusia   merekayasa ciptaan baharu untuk kemudahan kehidupan .


 Dua dasawarsa dahulu, kita belum mengenali komputer , yang ada hanya sebuah mesin taip buruk untuk menyiapkan  segala urusan . Kini mesin taip tidak digunakan lagi diganti dengan komputer untuk meningkatkan kecekapan bekerja .Seawal komputer di perkenalkan ramai orang yang alergik dengan kemudahan ini. Ramai kalangan guru, pegawai malah pengetua pun agak keberatan menggunakan komputer terutama semasa ingin membuat persembahan menggunakan "power point" .

Internet Sumber Ilmu

Kekuatan daya cipta manusia melalui IPTEK menjadi ukuran kemajuan ilmu dan peradaban dalam segala bidang . Kemudahan internet sebagai sumber ilmu mendatang manfaat besar dalam  bidang   perniagaan, perbankan , perubatan, pendidikan, Sains dan Teknologi  dan perkembangan politik dunia  dapat dicapai dengan mudah melalui rangkaian internet. Dalam bidang agama misalnya, penguasaan dalam bidang internet sangat membantu para  guru  menyampaikan risalah Tuhan secara TEKNO DA'I  menjadikan materi dahwah lebih menarik, terkini dan berfakta . Kemampuan berdakwah secara tekno dai merupakan wadah  terbaik menjinak hati- hati  manusia mengenal Allah sebagai Pencipta Tunggal yang wajib di sembah . Kewujudan manusia dan kehidupan di bumi bukan terjadi secara evolusi atau semula jadi tetapi dicipta Illahi .Allah yang mentadbir bumi dan langit (YUDABBIR) , mengatur perjalanan planet-planet mengikut ilmuNya secara sistematik dan  tersusun indah .

Menyaring  sumber ilmu

Sebagai intelektual yang mempunyai 'professionalism honesty '  kita perlu menyaring sumber ilmu yang diterima secara ilmiah dan berintegriti bagi mengekalkan kejituan fakta  berdasarkan terma rujukan yang tepat iaitu Al Qur'an dan Hadith Nabi SAW . Penemuan  dalam  bidang Sains dan Teknologi sememangnya  menjadi bukti kebenaran Al Qur'an  yang di bawa Nabi SAW sejak ribuan abad yang lalu. Penelitian dan penyelidikan ilmiah dalam kalangan Saintis mengenai alam semesta membawa manusia mengenali hakikat kejadian sebenar sehingga tidak sedikit yang menerima Islam sebagai pilihan mereka . 

Wallahua'llam
Taakul minda
Che'Yahya Che'Soh
23 Ogos,2012
5 Syawal 1433H

Tuesday, August 21, 2012

Education blueprint roll-out on Sept 11

Education blueprint roll-out on Sept 11

PAGOH: THE National Education Policy Review Blueprint will be launched next month and will see major improvements to the current national education system.
Deputy Prime Minister and Education Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said yesterday the blueprint would cover all aspects of the syllabus, right down to the structure of the Education Ministry.

He said Prime Minister Datuk Seri Najib Razak would launch the blueprint at the Kuala Lumpur Convention Centre on Sept 11. “After the blueprint’s launch, it will be made public for feedback for three months before being finalised by the cabinet by year-end.

“The blue print will be implemented in three waves over the next 13years, with the first being over three years, and the second and third being five years each,” he said at his Hari Raya open house at the Pekembar Complex here.

Present were his wife, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, and well-wishers, including Pagoh Barisan Nasional and community leaders. Muhyiddin said the initial wave would prioritise areas which were easy to implementbut would have impact without changes to the current structure and finance.

He said it was hoped that by 2025, Malaysia would become one of the world’s top nationsin education.
Muhyiddin did not dismiss the possibility that new subjects would be introduced, especiallyat the secondary school level.

He said Najib had made a suggestion that English Literature be introduced as a new subject.
“It is a good idea, but we have to look into its implementation properly as at present we have English Language as a single subject, incorporating all areas of the language. “This is important as any additional subject will affect the current student’s daily schedule.”

Muhyiddin, who is also Pagoh member of parliament, said the public wanted the government to improve and fine-tune the current education system based on the series of nationwide dialogues held earlier.

“The proposed changes will look at major shifts, including in the English Language, Mathematics and Science as well as the quality of teachers.”
Muhyiddin also stressed the importance of the realignment of the Education Ministry staff to state and district levels where they could become better involved in improving the performance of schools.

New Straits Time  Online
21 August 2012

Monday, August 20, 2012

Ahli PAPTI bertebaran dalam pelbagai agensi

Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) ditubuhkan oleh para generasi terdahulu bertujuan mengumpulkan seluruh pelajar Malaysia yang belajar di Indonesia dalam pelbagai Institusi Awam dan Swasta sekitar  tahun 70an . Pelajar Malaysia yang menuntut di Indonesia bertaburan segenap kota dan provinsi seperti Bandung, Surabaya, Malang, Jakarta ,Bogor , Sulawesi dan di kepulauan Sumatera,  Medan , Acheh dan Padang Sumatera Barat . Mereka  ada yang di taja badan kerajaan seperti JPA, MARA, KPM dan Persendirian .

PAPTI menjadi wadah penyambung hubungan bilateral antara dua pemerintah Malaysia -Indonesia khususnya dalam bidang pendidikan . Saya beranggapan   ribuan Ahli PAPTI  bekerja di pelbagai Agensi Kerajaan dan Swasta seluruh negara dalam pelbagai bidang professional seperti  pegawai perubatan, pegawai pergigian, pensyarah, ahli politik dan usahawan yang berjaya dalam bidang masing-masing perlu dipertemukan dalam satu wacana ILMU anjuran PAPTI . Tahniah kepada Dr. Shamsul Bahar yang terus mengemudi PAPTI hingga ke hari ini . Pertemuan para ahli yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam berbagai bidang menjadi kekuatan  kearah  penyatuan idea mewujudkan sebuah Kolej PAPTI  dengan menawarkan kursus asas kepada lepasan SPM dan STPM. Mudah- mudahan saranan menjadikan PAPTI sebagai sebuah institusi pendidikan menjadi realiti ,InsyaAllah .

Drs. Che' Yahya Hj. Che' Soh
Pengetua SMK SINAR BINTANG
Segambut Kuala Lumpur,
Ahli PAPTI .
20 Augustus,2012


Sunday, August 19, 2012

Terapi Diri Melalui Solat

Sesungguhnya ibadah yang paling tinggi darjahnya disisi Tuhan ialah SOLAT. Perintah mengerjakan solat ini langsung di terima Nabi SAW semasa peristiwa besar Isra' Mikraj . Sebuah perjalanan rohani dan jasmani ditempuh Rasulullah SAW dari Masjidil Haram Mekah Al Mukarramah ke Masjidil Aqsa di Palestine yang jaraknya ribuan kilometer kemudian mikraj bertemu Allah SWT untuk menerima ibadah solat. Pemikiran logik tidak mampu menerima peristiwa yang berlaku sesingkat ini dalam masa semalam  kecuali mempercayai suatu kuasa yang menggerak dan mengaturnya iaitu Allah SWT . Justeru tidak hairan bapa saudaranya sendiri Abu Lahab mempertikaikan kebenaran berita  ini lalu memusuhi Nabi SAW . Allah SWT menurunkan firmanNya seperti mana terakam dalam Al quran (AL LAHAB ) bermakna gejolak Api  " Binasalah kedua dua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa "  . Doomed are the hands of him of the glowing countenance  and doomed is he (The Message of Al Qur'an ) Muhammad Asad . Percaya kepada Allah menjadi teras dalam Rukun Iman . Memang secara nyata otak manusia  boleh mempertikaikan tetapi jika pemikiran dibaringi dengan keimanan tiada yang mustahil berlaku seperti mana kejadian diri manusia itu sendiri yang dulunya tidak dapat digambarkan oleh logik akal. 



Peta Jazirah Arab Saudi menempatkan Makkah Almukarramah

Sumber : Internet




Peta : Tanah Palestine yang menempatkan Masjid Al Aqsa
Sumber: internet




Gambar hiasan: Solat mengikat ukhwah sesama muslim

Solat tidak bermusim

Kategori Solat menduduki posisi teratas berbanding dengan Puasa, Zakat dan Haji . Justeru sebagai muslim , keutamaan (prioriti) solat menjadi fardhu asas yang wajib dilakukan dalam segala keadaan dan suasana . Allah memudahkan kita yang bermusafir  menjamak qasar solat . Mendirikan solat bertujuan mendidik diri menjadi hamba Tuhan yang beriman kerana solat menjadi benteng perbuatan mungkar .Solat tidak bermusim tetapi sepanjang hayat manusia sejak mulai baligh hinggalah  kembali mengadap Tuhan . Jangan pandang enteng tentang solat kerana ada hadith mengatakan sekiranya meninggalkan solat dengan sengaja boleh menjadi kafir dengan nyata. Solat menjadi amalan pertama yang dihisab Tuhan sebaik manusia meninggalkan bumi yang fana ini .  Beza orang beriman dengan orang kafir ialah solat. Dalam beramal kita perlu meletakan hierarki mengikut keutamaan  kefardhuan yang datang dari Tuhan Pencipta sekalian insan . Orang yang benar benar mendirikan solat akan mendapat ketenangan dan memperoleh kesihatan berpanjangan kerana sembahyang menjadi terapi diri dari sebarang penyakit . Keruntuhan dan kebobrokan moral kerana manusia mengabaikan solat yang menjadi fardu ain bagi setiap umat Islam. Kemuliaan sesebuah  qariah, masyarakat dan negara  ditandai dengan komitmen  penduduknya menjalankan tanggungjawab kepada Allah dengan menegakan syiar ini dalam kehidupan mereka.  Kehancuran dan kemusnahan peradaban kerana manusia melupakan Allah yang memiliki alam semesta . Manusia tidak menjaga hak Allah, melanggar hukum dan peraturan yang di tetapkan Al Qur'an dan Sunnah sebagai perundangan MUTLAK untuk memakmurkan bumi . Tiada kitab setanding Al Qur'an yang mengandungi semua peraturan bermula dengan yang sekecil kecilnya seperti menaiki kenderaan, memasuki tandas, mandi janabah, pernikahan, kekeluargaan,  jual beli, pendidikan , adab dan nilai hinggalah kepada pemerintahan sesebuah negara dirakamkan Allah untuk menuntun manusia mengurus tadbir bumi bertunjangkan prinsip Islam yang syumul .

Solat sebagai terapi diri





Sumber video Youtube Sh.Shuraim Imam Masjidil Haram
Makkah Al Mukarramah 

  
Orang yang sentiasa memelihara solat dijamin oleh Allah dengan kekuatan iman, kesihatan rohani dan jasmani yang berpanjangan kerana setiap organ tubuh turut sama berzikir, bertahmid dan bertasbih kepada Tuhan . Jantung berfungsi dengan sempurna mengepam darah keseluruh tubuh, sistem pernafasan lancar, otot-otot berkontraksi antara satu sama lain dengan aktif dan sistem saraf pusat (CNS) mengkoordinasi impuls dengan sistematik dan tersusun kerana pemusatan minda kepada ibadah yang kita lakukan . Orang yang yang banyak mengerjakan solat akan terhindar dari penyakit angin ahmar dan kencing manis (diabetes) kerana pergerakan dalam solat mempercepat dan melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh sehingga  menstabilkan paras  gula dalam darah . Tubuh manusia mempunyai ribuan sel dan jutaan neuron yang saling berhubung antara satu sama lain untuk mengekalkan keseimbangan badan . Umat Islam tidak perlu ke gimnasium untuk menjaga kesihatan tetapi cukup dengan rajin mengamalkan solat secara konsisten termasuk berbagai solat sunat yang digalakan Tuhan untuk menampung solat Fardhu.Terapi diri ini menjadikan  jasmani kelihatan segar, cerah dan berseri sebagai bukti keikhlasan kita melakukan solat. Dari segi rohani Allah memberikan nur iaitu cahaya kehidupan yang menjadikan ketenangan dan kesejahteraan  dalam diri, rumah tangga dengan mawaddah dan warahmah yang berkekalan.Demikian kasih sayangnya Allah SWT kepada setiap hambaNya yang beramal dengan ikhlas semata - mata mendambakan keredhaannya melalui ucapan kita  Radhitubillahi Rabba Wabil Islamidiina Wabi Muhammadin Nabiyyan  Warasuula.

Wallahua'llam.

Ta'akul minda
Che'Yahya Che' Soh
BIOLOGY TEACHER.
Pengetua SMKSB@STAR
2 Syawal 1433H
Isnin 20 Ogos,2012






Saturday, August 18, 2012

Menunggu Detik Berakhir Ramadhan 1433H

Sesungguhnya masa itu seperti pedang kata pepatah Arab. Menjalani ibadah puasa selama sebulan berlalu dengan begitu pantas . Hari ini (Sabtu 18 Ogos 2012) bersamaan 30 Ramadhan 1433H merupakan hari terakhir kita menjalani ibadah yang penuh keberkatan ini . Menunggu detik-detik berakhirnya Ramadhan menggamit rasa sayu, sebak dan sedih. Sewaktu Victory di tulis hanya tinggal beberapa minit saja lagi masuknya waktu berbuka . Semoga Allah SWT memberikan ganjaran yang terbaik setimpal dengan usaha dan keikhlasan kita  menjunjung perintah Tuhan . Besok Ahad 19 Ogos,  1 Syawal menjelma dan kita disunatkan membesarkan Allah dengan melakukan solat sunat Idul Fitri sebanyak 2 rakaat .


Sumber you tube Musafir Idilfitri

Tatacara Solat Idulfitri 

Solat sunat Idulfitri bermula jam 8.30 pagi. Mengikut amalan para sahabat , solat ini dilakukan di padang  yang luas tetapi tidak menjadi kesalahan jika ditunaikan di Masjid atau Surau . Lafaz  niatnya ialah " Sahaja Aku Solat Sunat Idulfitri dua rakaat mengikut Imam kerana Allah Ta'ala" . Rakaat pertama bertakbir sebanyak tujuh kali tidak termasuk takbir ratulihram , rakaat kedua sebanyak lima kali dengan bacaan subhanallah walhamdulillahi  walaa ilaha ila llah wallahu akbar. Sebaik selesai menunaikan solat khutbah dibacakan khatib bertugas .Para jamaah tidak seharusnya bangun melainkan mendengar dengan teliti setiap pesanan dan kandungan khutbah sebagai peringatan kepada semua kaum muslimin dan muslimat .

SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI 1433H

Wallahu'allam
Che' Yahya Che' Soh

Friday, August 17, 2012

Esok Dan Lusa Bukan Milik Ku




Kehebatan Allah SWT sebagai Pencipta manusia ialah memberikan keistimewaan kepada setiap hambaNya dengan  kelebihan seperti bakat, suara, kemahiran , kebolehan mencipta dan berbagai kemampuan yang dimiliki untuk kesejahteraan hidup. Setiap insan mempunyai kelebihan tersendiri yang tidak dimiliki oleh orang lain .

Melalui naluri dan intuitif  sesetengah orang boleh menghasilkan  lagu lagu yang meruntun perasaan,dalam tempoh yang singkat sebagai   medium mendidik  diri dan pendengar. Lirik  Lagu Perjalanan Hidup "Esok dan Lusa Bukan Milik Ku ' nyanyian Ramli Shariff' disampaikan penuh penghayatan meninggalkan bekas yang mendalam   kepada setiap pendengar  . Sebuah lagu yang memaparkan perjalanan  hidupnya mencari sesuatu yang abadi disampaikan  penuh puitis melalui suara hati yang menginsafi diri. 

 











Ramli Shariff  : Esok dan Lusa Bukan Milik Ku
Sumber Gambar : internet





Sumber Video You tube
Ramli Sharif 


Manusia Mencari Tuhan

Manusia  memerlukan Tuhan sebagai tempat tujuan kehidupan. Permulaan kehidupan  ditandai dengan kelahiran kita ke muka bumi seperti tercatat dalam surat beranak. Melalui surat beranak kita mengetahui  umur masing -masing tetapi tidak seorang pun yang mengetahui bila dan saatnya dia akan kembali menemui Tuhan. Setiap yang lahir disambut gembira, tetapi bila pergi diiringi tangis hiba. Demikian kehidupan manusia di bumi ini  . Esok dan Lusa bukan Milik Kita . Tiada siapa yang dapat menjamin esok masih ada untuknya melanjutkan kehidupan di bumi ini. Justeru renunglah perjalanan hidup kita dengan penuh keinsafan.

Memperbaiki  hubungan dengan Allah secara konsisten dan menjalinkan silaturrahim sesama insan dengan penuh mawaddah dan berkasih sayang selaku hamba Tuhan yang sama sama  menumpang sementara di dunia kerana esok dan lusa bukan milik kita . Doing good  to others will comfort to our heart. Bagi orang beriman mereka tidak pernah berputus harap dengan rahmat Allah sebagai tempat mengadu dan meminta kerana sesungguhnya hanya dengan  mengingat Allah sahaja hati menjadi tenang .


Mengingat Allah bukan  bermakna sepanjang waktu berada diatas sejadah tetapi memikirkan sejenak  kejadian langit bumi, alam kehidupan flora dan fauna, keindahan  lautan merupakan  tazkirah penting  mendidik hati manusia mengenal pencipta .



Wallahua'llam
Cernaan Minda
Che'Yahya Che'Soh
30 Ramadhan 1433H
18/8/12




Thursday, August 16, 2012

OIC arah Syria henti pembunuhan awam

OIC arah Syria henti pembunuhan awam

Najib mendengar ucapan Setiausaha Agung OIC,  Ekmeleddin Ihsanoglu pada Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC, di Makkah, semalam.
Najib mendengar ucapan Setiausaha Agung OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu pada Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC, di Makkah, semalam.
MAKKAH: Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang berakhir awal pagi 27 Ramadan, semalam, mengambil dua ketetapan tegas terhadap Syria.

Syria digantung daripada OIC berkuat kuasa semalam diarah menghentikan serta-merta sebarang tindakan yang mengakibatkan kematian orang awam dan proses perundingan membabitkan semua kelompok diadakan melalui negara berjiran dengan Syria untuk mencari penyelesaian jangka panjang.
Datuk Seri Najib Razak berkata, ketetapan itu dibuat selepas OIC mengambil kira keadaan yang membimbangkan di Syria khususnya kematian ribuan penduduk, termasuk wanita dan kanak-kanak.

Simbolik mesej jelas

Dalam ucapan pada sidang kemuncak itu, Perdana Menteri berkata, Malaysia menyokong keputusan menggantung keanggotaan Syria sebagai simbolik untuk memberikan mesej jelas kepada Syria mengenai perlunya mengambil langkah untuk menghentikan pertumpahan darah dan menyelesaikan secara aman krisis itu demi rakyatnya.

Najib berkata, persidangan yang diadakan pada 26 dan 27 Ramadan, iaitu tarikh signifikan dalam Islam diharap dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi negara dan umat Islam.

“Fadilat dan kelebihan malam 27 Ramadan sungguh besar. Ia menimbulkan keinsafan dan kesedaran bahawa kita membuat keputusan penting di Makkah Al Mukkaramah ini.
“Keputusan ini seharusnya menyedarkan kita betapa besarnya amanah yang dipikul untuk Islam dan kepentingan ummah,” katanya pada sidang media selepas persidangan itu di Istana As Safa di sini, berakhir pada jam 2 pagi waktu tempatan (7 pagi Malaysia).

Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor kemudian berlepas pulang selepas mencium Hajarul Aswad, menunaikan solat sunat di Hijr Ismail dan menunaikan solat Subuh di Masjidil Haram.


Tindakan Israel dikecam

Pada persidangan itu, OIC turut mengecam hebat tindakan Israel mengembangkan penempatan di Baitulmaqdis dan pencerobohan Masjid Al-Aqsa.

“OIC bersetuju untuk berusaha supaya Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB), September depan, menerima Palestin sebagai anggota PBB,” katanya sambil menambah ramai pemimpin melahirkan kekecewaan kerana masalah Palestin masih belum dapat diselesaikan.

Perdana Menteri berkata, persidangan juga menyokong cadangan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz Al Saud agar diwujudkan sebuah Pusat Dialog Islam bagi membincang isu berkaitan fahaman mazhab.
Berita Harian Online 17 Ogos 2012
Jumaat 29 Ramadhan 1433H

Serangan berdarah di Syria

Serangan berdarah di Syria

Dua penduduk mendukung mayat seorang kanak-kanak lelaki yang maut akibat bedilan tentera kerajaan di bandar Azaz, utara Aleppo, sementara (gambar kecil), penduduk yang cedera tiba di sebuah hospital sementara bagi mendapatkan rawatan. - Reuters/AP
BEIRUT 16 Ogos - Lebih 40 orang maut dan sekurang-kurangnya 100 yang lain termasuk wanita dan kanak-kanak cedera, dalam serangan udara tentera Syria ke atas bandar Azaz, 30 kilometer dari utara Aleppo, serangan terburuk sejak pemberontakan bermula 17 bulan lalu.
Agensi pemantau hak asasi manusia, Human Right Watch (HRW) hari ini melaporkan, serangan itu yang berlaku semalam menyebabkan penduduk di kawasan perumahan berkenaan lari menyelamatkan diri.

Oleh kerana terlalu ramai yang cedera, sebuah hospital tempatan terpaksa mengarahkan penduduk membawa mangsa cedera ke sempadan berdekatan Turki untuk mendapatkan rawatan.
Wartawan Associated Press yang berada di lokasi kejadian menyaksikan, terdapat sembilan mayat termasuk seorang bayi sejurus serangan udara tersebut berakhir.
Pemangku Pengarah Kecemasan HRW, Anna Neistat berkata, serangan udara tersebut menyebabkan 40 orang maut.

"Tentera Syria melancarkan serangan tanpa mempedulikan nyawa orang awam,'' katanya.
HRW berkata, dua kemudahan di bandar Azaz mungkin menjadi sasaran serangan tersebut.
Dalam pada itu, Iran hari ini mengkritik keputusan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang menggantung keanggotaan Syria dan menyatakan tindakan itu tidak adil.

Agensi berita IRNA melaporkan, Menteri Luar Iran, Ali Akbar Salehi sebagai berkata, Syria sepatutnya dijemput ke persidangan luar biasa itu untuk mempertahankan diri.
"Pada pandangan kami, kerjasama lebih dilihat pendekatan logik berbanding penggantungan.
"Berbanding menggantung keanggotaan Syria, kita perlu mencari mekanisme untuk mengeluarkan Syria daripada krisis tersebut melibatkan rundingan dan perbincangan antara pemberontak serta kerajaan untuk mewujudkan keadaan yang lebih baik untuk menamatkan krisis,'' katanya

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad dan Salehi turut menghadiri persidangan selama dua hari itu, tetapi gagal menghalang keputusan berkenaan.
Salehi berkata, Iran membantah keputusan tersebut kerana ia melanggar piagam pertubuhan negara-negara Islam itu. - AP/AFP

Utusan Malaysia Online 17 Ogos 2012
Friday 29 Ramadhan 1433H

Wednesday, August 15, 2012

Takbir Raya Perlu Transformasi

InsyaAllah dalam beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Idulfitri 1433H . Ramadhan sudah berlalu begitu pantas meninggalkan kita. Semoga Allah SWT tetap memberikan RahmatNya kepada orang -orang beriman dan bertaqwa dan dipertemukan lagi dengan bulan yang mulia ini pada tahun hadapan. Bagi orang beriman mereka sangat sedih meninggalkan Ramadhan kerana bulan ini menjanjikan seribu kebaikan .Pahala berlipatganda dan para penghuni barzah dibebaskan dari siksaan Tuhan . Bagi kita yang masih lagi bernafas sisa sisa Ramadhan yang masih berbaki perlu di hiasi dengan amal soleh semoga kedatangan Syawal disambut dengan penuh keinsafan .

Balik Kampung 

Sudah menjadi kelaziman masyarakat Malaysia dan Nusantara merayakan Idulfitri dengan penuh meriah. Hidangan kueh mueh beraneka jenis , ketupat rendang dan lemang menjadi hidangan istimewa  di pagi raya. Lagu-lagu raya diputar setiap hari berselang seli dengan takbir raya yang mendayu-dayu sehingga menitiskan air mata . Anak perantau pulang ke kampung halaman menemui ayah bonda dan sanak saudara yang jarang berjumpa kerana kesibukan kerja. Ketika ini Lebuh Raya seluruh negara penuh dengan kereta yang terpaksa bergerak seperti semut sejauh puluhan kilometer semata mata untuk balik beraya . Masyarakat Jakarta akan 'mudik' menuju desa masing-masing melaui jalan darat laut dan udara . Amalan seperti ini sangat mulia untuk bertemu ayah bonda  yang telah dimamah usia atau  balik berziarah ke pusara  bagi mereka yang telah ketiadaan kedua orang tua. Kepada mereka yang pulang ke kampung halaman pandulah kenderaan dengan iman bukan perasaan semoga semua kita sampai ke tempat tujuan dengan aman.

Takbir Raya Perlu Transformasi






Sebaik menjelangnya 1 Syawal gema takbir berkumandang dicorong-corong radio dan TV menandakan berakhirnya Ramadhan. Para sahabat Nabi SAW  bertakbir dengan penuh semangat kerana Allah memberikan kemenangan kepada kaum Muslimin dalam peperangan AHZAB yang berlaku dalam bulan Ramadhan. Kita perlu mencontohi perbuatan Nabi SAW dan para sahabat  dalam bertakbir untuk membesarkan Allah bukan dengan alunan mendayu dayu , sedih dan memilukan . Mari kita lakukan transformasi mengubah paradigma betulkan yang biasa , biasakan yang betul semoga umat Islam mendapat manafaat dari hikmah berpuasa .Nabi SAW mengajar kita supaya bertasbih dan bertahmid memuji membesarkan Allah SWT yang memberikan kemenangan kepada Umat Islam dalam peperangan AZHAB menentang kaum kafir.


Wallahu'allam

Al Fakir Che' Yahya Che' Soh
16 Ogos,2012
28 Ramadhan 1433H


Badminton legend Punch Gunalan dies




Kuala Lumpur : Former national badminton champion Datuk Punch Gunalan died of cancer at the Sime Darby Medical Centre in Subang Jaya this morning.

PUNCH GUNALAN
Pix credit to thesportsmuseum.blogspot.com
Gunalan, 68, breathed his last at around 6.20am at the medical centre formerly known as the Subang Jaya Medical Centre after falling seriously ill two weeks ago.
He leaves behind his wife, P. Vijeyakumari, 64, and son Roshan Gunalan, 36, who is an orthopaedic specialist.

Gunalan was one of the most talented singles and doubles badminton player ever produced by the country, contributing medals to the nation in many international competitions.  
His illustrious career in badminton began in the early 60's when he won the singles, doubles, and mixed doubles events in the Negeri Sembilan Badminton Championship (1961-1963).

His biggest contribution was winning the All-England championship in the men's doubles event with his partner Ng Boon Bee in 1971.

A year earlier, in 1970, Gunalan and his doubles partner Ng, made history when they won the first Commonwealth gold medal for Malaysia in Edinburgh, Scotland.
The team also picked up the gold medal in the Asian Games in Bangkok, Thailand, in the same year, while Gunalan also won the gold medal in the men's singles event in the games.

In 1974, he succeeded once again in securing a gold medal for the country in the Commonwealth Games in Christchurch, New Zealand, this time in the men's singles event, and earned the broze medal in the doubles event.

He also brought home gold medals in the men's singles and doubles event in the Southeast Asian Peninsular Games held in Singapore in 1973.
Gunalan also represented the nation in the Thomas Cup in 1970 and 1973.

He was also crowned as the National Sportsman of the Year in 1969 and 1974.
After ending his playing career, Gunalan remained active as a national coach and successfully steered the national squad to glory in the Thomas Cup held in Kuala Lumpur in 1992.
Among his notable proteges are Rashid Sidek, Razif Sidek and Foo Kok Keong.

Gunalan was also an active member of the Asian Badminton Confederation (ABC) serving as its Honorary General Secretary, and was the President of the International Badminton Federation (IBF) from 2004 to 2008.

He also held the post of Honorary Secretary in the Badminton Association of Malaysia from 1985 to 1997. His final post in the the Malaysian badminton body was as its vice-president in 2005.
Gunalan was also given the honour of representing Malaysia to recieve the Commonwealth Games baton from Queen Elizabeth at the Buckingham Palace in London in 1998.

His remains will be brought to his home at No.9, Jalan 12/14B Petaling Jaya for visitors to pay their last respects from 1pm today before being buried at the Kampung Tunku Crematorium, in Petaling Jaya tomorrow at 4pm.

National Sports Council Director-General Datuk Seri Zolkples Embong said Gunalan contributed immensely to the country not only as an athlete but also as a coach and serving as an official in the top bodies of the sport such as the IBF.

He said Malaysia lost a great talent with the demise of Gunalan as he had brought glory to the country in the international arena.
"I personally knew him as a person who taught and helped a lot in the establishment of the nation's badminton arena," he said.

Media/Public Relations executive of the Malaysian Athletes Welfare Foundation (Yakeb) Muhammad Aiman Aminul Abdullah said the foundation would give a death contribution of RM11,000 to Gunalan's family.
"Punch Gunalan was among the first members of Yakeb since 2008 and he contributed a lot of time and effort in the activities organised by Yakeb," he said.  -- BERNAMA

New Straits Time 15 August 2012

Tuesday, August 14, 2012

PM temui ulama tersohor Arab Saudi

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendengar penerangan daripada seorang ulama Arab Saudi, Sheikh Dr. Abdullah Hamad Al Jalaly (kanan) semasa pertemuan beliau dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa OIC di Mekah, semalam. Turut hadir Mufti Masjidilharam, Sheikh Dr. Sulaiman Al Salumi (kiri) dan Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa.
MEKAH 14 Ogos - Ulama-ulama tersohor di sini menyanjung tinggi peranan Malaysia untuk memperjuang dan menjaga kepentingan Islam sama ada dari segi akidah dan perekonomian semasa, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, mereka menganggap Malaysia sebuah negara yang berjaya memperjuangkan Islam.

‘‘Saya berasa bangga bahawa mereka yang begitu terkenal dalam bidang masing-masing dan mempunyai pengaruh di sini menganggap Malaysia berjaya memperjuangkan Islam untuk diiktiraf sebagai model negara Islam," katanya kepada wartawan Malaysia di sini.
Najib yang berada di sini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Ke-4 Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sebelum itu mengadakan pertemuan dengan ulama-ulama tempatan di sebuah hotel di sini malam tadi (waktu tempatan).

Lima ulama yang turut hadir ialah Sheikh Dr. Abdullah Al Jalali dari Al Qassim Province, Arab Saudi; Mufti Masjidilharam, Sheikh Dr. Sulaiman Salumi; Ketua Hakim Mahkamah Mekah, Sheikh Saleh Al Duwaish; Pengerusi dan ahli lembaga pengarah 13 saluran tv Al Majd dan Al Huda dan Sheikh Dr. Abdul Rahim Mulazadah yang juga Penasihat Wessel Tv Channel London. Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Najib menyifatkan pertemuan seperti ini dapat menterjemahkan prinsip beliau serta kerajaan bahawa ulama dan umarak perlu memupuk hubungan yang baik bukan sahaja di dalam tetapi di luar negara supaya dapat memberi kebaikan kepada Islam dan umatnya.

‘‘Mereka juga berbesar hati dari segi lawatan peribadi ke Malaysia dengan melihat perkembangan yang amat positif dalam usaha Malaysia memerangi kemiskinan terutama kejayaan yang dicapai oleh Felda sebagai bentuk pembangunan dalam usaha pembasmian kemiskinan," katanya.
Di samping itu, ulama-ulama berkenaan juga melihat Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama tetapi telah dapat menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan.

‘‘Daripada situ (Islam sebagai agama Persekutuan), kita dapat melaksanakan dasar-dasar untuk meninggikan syiar Islam dan tuntutan Islam tanpa menafi hak orang bukan Islam menganuti agama masing-masing," katanya.
Pada pertemuan itu juga beliau menjelaskan pegangan Malaysia kepada konsep wasatiyyah sejak dulu hingga sekarang selari dengan kehendak Islam di mana kesederhanaan inilah yang dapat membawa kemakmuran kepada negara.

‘‘Mereka juga menghargai bahawa di peringkat enakmen negeri telah mentafsirkan Islam sebagai Sunnah Waljamaah yang dengan ini kita dapat mempertahankan kesucian Islam dan dengan itu tidak berlaku kemungkinan timbul apa-apa unsur yang boleh membawa konflik atau kerosakan akidah," katanya. - Utusan.

Utusan online 15 Ogos,2012

Monday, August 13, 2012

Pentauliahan KRS

Majlis ringkas tetapi sangat bermakna telah diadakan di Dewan Bestari pagi ini (Isnin 13 Ogos,2012 bagi menyampaikan sijil pentauliahan Kadet Remaja Sekolah (KRS) yang baru . Pengetua selaku Komandan KRS diiringi Leftenan Hasrul Ashik telah menyempurnakan acara pemakaian pangkat kepada Anggota KRS disaksikan para pelajar dan guru . Selamat maju jaya .

Saturday, August 11, 2012

Lima fasa kehidupan manusia

Hari ini  Ahad 12 Ogos 2012 bersamaan 23 Ramadhan 1433H bermakna umat Islam menjalani ibadah puasa semakin menghampiri penghujungnya. Ramadhan datang dan pergi saban tahun seharusnya menjadi indikator taqwa  kepada setiap muslim . Ramadhan sebuah bulan yang diturunkan Al Qur'an sebagai  pembeza antara yang hak dan bathil (AL FURQAN) menjadi petunjuk kepada manusia memilih jalan yang direhdai  Tuhan.   Ramadhan Al Mubarrak  penghulu segala  bulan  . Memilih petunjuk selain dari Kitab Al Quran dan Sunnah Nabi SAW tidak menjamin keselamatan kepada manusia kerana  "Sesungguhnya Deen yang diterima oleh Allah ialah Islam".  Islam itu cara hidup  yang cukup sistematik dan tersusun  berdasarkan prinsip Al Qur'an  yang Allah datangkan dari Luh Mahfuz.

Percaya kepada Allah

Percaya kepada Allah menjadi teras Rukun Iman. Allah yang membentangkan hamparan bumi mengandungi bukit bukau  yang hijau ranau menjadi bukti alam ini ada pencipta bukan terjadi secara kebetulan(incidental) .Tuhan tempat berharap sekelian makhluk  ,  berkuasa mengatur ekositem kehidupan di bumi dengan sempurna sehingga kelihatan cukup seimbang dan harmoni . Matahari beredar mengelilingi orbitnya memancarkan tenaga solar tanpa henti yang memungkinkan berlakunya aktiviti kehidupan di bumi .

Jika kita memerhati perlakuan alam melalui mata hati sudah pasti akan bertemu jawapan hakiki bahawa kehidupan manusia di bumi ini seolah-seolah sebuah misteri yang perlu dicerakin  melalui  ilmu, iman dan wahyu Tuhan. Saya mengatakan misteri kerana pada asalnya manusia hanyalah sebuah sel (Sperm dan Ovum) ) yang sangat kecil yang hanya mampu dilihat melalui mikroskop mengikut pembesaran tertentu . Kehadiran manusia di bumi dengan Izin Allah sebab ada juga manusia yang berkahwin bertahun-tahun namun masih belum  dikurniakan  zuriat . Akal yang sihat meyakini jika Allah mampu mencipta manusia dari setetes air yang hina (mani) menjadi seorang manusia berakal dan bernafsu,  sudah tentu tidak sukar membangkitkan manusia sesudah mati .Ilmu dan pengetahuan seharusnya menjadi pemangkin kepada pemantapan tauhid kepada Tuhan . Ilmu yang benar ialah mengenal Tuhan sebagai paksi kepada segala kehidupan . Justeru manusia perlu mengenal diri, membuat anjakan paradigma melalukan transformasi menjadi umat yang terbaik selaras dengan ajakan  Al qur'an  sebagai Khairun ummah .

Manusia menempuh lima fasa

Kehidupan manusia bermula di Alam Roh, Alam Rahim, Alam Dunia, Alam Kubur dan Alam Akhirat. Lima fasa kehidupan ini dilalui setiap manusia . Roh dan jasad bersatu sebaik janin (embryo) berada dalam rahim ibu kira-kira berusia empat bulan dan berkembang membesar  sehingga genap tempoh 9 bulan 10 hari dilahirkan ke dunia . Manusia yang dikeluarkan dari rahim ibu telanjang bulat dan lemah tidak berdaya sehinggalah ia membesar , dewasa dan tua malah sampai usia pikun sehinggalah ia dimatikan . 

Perjalanan hidup manusia tidak bernoktah di kubur.


 
Sumber doa : Internet

Disini manusia direhatkan atau diazab oleh  Allah (semoga dihindarkan dari azab Tuhan) sementara menunggu kiamat dimana alam ini musnah secara total . Manusia dibangkitkan dari kubur telanjang bulat dan dihalau ke Mahsyar mengikut amalan masing-masing untuk bertemu Allah di Mahkamah Rabbul Jalil yang akan menentukan nasib manusia menjadi penghuni Taman Taman  Jannah yang mengalir sungai sungai dibawah nya dengan memperolehi  pelbagai nikmat  atau  Rumah Neraka (Semoga Allah hindarkan menjadi penduduk Neraka) .

 
Justeru kita yang masih lagi diberi  peluang menghirup udara segar dipermukaan bumi ini perlu mengambil iktibar menghiasi diri dengan sifat terpuji seperti ikhlas, jujur, tawaddhuk, qanaah(cukup ) rendah diri dan jauhkan penyakit PhD ( hasad dengki)  sesama manusia kerana perbuatan ini akan mematikan amalan . Hidup ini bukan milik kita . Jangan bermegah dan berbangga dengan pangkat, jawatan dan kedudukan kerana itu semua titipan Tuhan kepada kita . Jangan kita menjadi penghalang kepada orang lain dengan menyekat peluang mereka kerana roda kehidupan tetap berputar mendatangi setiap manusia . Jika tidak di dunia, pasti di akhirat . Wallahua'llam.


Taakul minda
pagi 23 Ramadhan 1433H 
Che'Yahya Che'Soh
Biology Teacher
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kul.

Teana


Teana  kelihatan anggun dan eksklusif . Kenderaan ini sangat ekonomik .

Thursday, August 9, 2012

ARKIB : 06/08/2012

Pentaksiran secara holistik

Ekoran rungutan dan dakwaan pelbagai pihak bahawa sistem pendidikan negara terlalu berpaksikan peperiksaan maka kerajaan memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi menggantikan sistem peperiksaan sedia ada yang juga sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan.

Sistem PBS adalah salah satu usaha kerajaan melalui Kementerian Pelajaran membangunkan modal insan secara holistik dengan menekankan penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika dan moral yang tinggi.
Matlamat itu seperti yang terkandung pada capaian Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional.

Sistem PBS ini mula dilaksanakan di sekolah rendah pada tahun 2011 dan dijadualkan menjelang tahun 2016, murid-murid sekolah rendah akan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang telah ditambah baik.
Bagi peringkat sekolah menengah, sistem PBS baru digerakkan dan dijangka dalam tempoh dua tahun berikutnya, ia akan mula dilaksanakan bagi penambahbaikan pada Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

PBS merupakan satu pentaksiran bersifat holistik yang dianggap berkemampuan menilai aspek kognitif (intelek), efektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Secara spesifik, PBS dioptimumkan bagi mentaksir bidang akademik dan bukan akademik, memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif (pentaksiran yang dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung) dan sumatif (pentaksiran di akhir satu unit pembelajaran) berasaskan sekolah.

Namun, apakah sebenar objektif PBS? Umum mengetahui pelaksanaan sistem baru ini ialah mendapatkan gambaran secara keseluruhan tentang potensi individu, memantau pertumbuhan dan membantu meningkatkan potensi individu dan membuat pelaporan bermakna tentang pembelajaran individu.

Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid.

Ia mengandungi proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti dihasratkan dalam dokumen kurikulum.
Harus ditegaskan bahawa Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid dalam pembelajaran dengan merujuk kepada pernyataan standard.

Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain.
Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.

PBS memberi autonomi kepada guru melaksanakan pentaksiran berdasarkan kesediaan murid kerana tujuan sistem ini diperkenalkan ialah untuk membantu guru dan murid mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Wajar diingatkan bahawa PBS tidak membandingkan murid dengan murid lain malah kejayaan murid diukur bersandarkan standard yang harus dicapai di sesuatu tahap pembelajaran.
Adalah diharapkan dengan cara ini tekanan ke atas murid dan guru dapat dikurangkan kerana murid tidak dibandingkan dengan kumpulan yang lebih cerdas atau terpaksa menunggu rakan lain yang belum menguasai sepenuhnya sesuatu kemahiran yang diajar untuk maju.

Apa yang penting, PBS ini jika dilaksanakan dengan baik dan terancang, ia bakal mewujudkan persekitaran yang harmonis dalam kelas untuk untuk perkembangan individu dan pada masa yang sama memberi banyak manfaat serta mampu mengurangkan beban tugas guru.
Lebih jelas, proses penambahbaikan yang diperkenalkan Kementerian Pelajaran menerusi PBS ini memberi gambaran bahawa sistem peperiksaan berpusat seperti UPSR dan PMR bukan lagi suatu bentuk penilaian tunggal dalam mengukur pencapaian murid menguasai pembelajaran.


Utusan Malaysia Online 6/8/12

Seminar Minda Sihat Pengetua Sekolah Wilayah Sentul

Seminar tersebut di atas diadakan pada 9 Ogos 2012 bersamaan 19 Ramadhan 1433H kepada Pengetua  Zon Sentul  di Hotel Putra  Kuala  Lumpur  bertujuan memberikan pendedahan tentang prosedur standard berdasarkan  Surat Pekelililng Perkhidmatan  Bilangan 4 Tahun 1998 dan surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 2 Tahun 2009  dan  Memberi pendedahan punca  dan rawatan tingkahlaku Abnormal dalam kalangan penjawat awam. Penceramah ialah Pakar Psikiatri HKL Dr. Sapini Yaacob telah memberikan taklimat berkaitan simpton dan tingkah laku abnormal yang sering dihadapi oleh penjawat seperti depression (kemurungan) dan mengasingkan diri dari khalayak ramai perlu ditangani dengan baik supaya dapat dibendung diperingkat awal .













Hj Mohd. Shariff Yusoff


Penceramah seterusnya Haji Shariff Yusuff  menekan kepada prosedur dan tatacara perkhidmatan berdasarkan Perintah Am Bab C mengenai cuti  bagi kakitangan yang sakit berpanjangan seperti Kanser, Tibi, dan sebagainya yang memerlukan rawatan dan pemerhatian pakar perubatan.

Che' Yahya Che' Soh.

Wednesday, August 8, 2012

Al Qur'an Manual Prosedur kerja

Al Qur'an diturunkan Allah SWT kepada Nabi SAW lebih 1433H yang lalu mempunyai misi yang sangat jelas memandu manusia supaya beriman kepada Tuhan Pencipta langit dan bumi serta seluruh isinya .  Ayat-ayat Allah bertebaran di dalam Al Quran mengandungi pelbagai maklumat mengenai kejadian manusia, haiwan dan tumbuhan  di alam semesta, adanya hari pembalasan, hidup sesudah mati  menjadikan Kitab Suci ini mukjizat yang sangat autentik bagi setiap insan memilih jalan kehidupan . Al Qur'an sangat mulia kerana di turunkan Allah dan dipelihara sepanjang masa. Tiada satu huruf dan ayat yang boleh menandingi kehebatannya. Semakin dibaca, dihayati (tadabbur) bertambah tenang dan hilang keresahan. Sebuah Kitab yang mampu memberikan kekuatan jiwa jika di amalkan secara konsisten .Prinsip Al Qur'an menganjurkan manusia berlaku adil, berbuat ehsan sesama insan tanpa mengira ras dan warna kulit kerana hakikat kejadian adalah sama di sisi Tuhan, kecuali bagi mereka yang beriman dan beramal soleh dijanjikan dengan kemuliaan dengan beberapa darjat .

Al Qur'an Manual Prosedur Kerja

Kehidupan ini bukan milik kita. Roh yang berada dalam jasad ini ciptaan Tuhan . Setiap organ tubuh berfungsi dengan baik selagi roh berada bersama . Jantung dapat menjalankan tugasnya mengepam darah keseluruh tubuh sehingga kita mampu melaksanakan aktiviti kehidupan merupakan bukti konkrit kekuasaan Tuhan . Mengenal Allah melalui penghayatan Al Qur'an menjadikan manusia tunduk dan patuh kepada setiap perintah yang di turunkan. Manusia yang mendambakan sebuah kehidupan yang hakiki perlu  mengamalkan prinsip  Al Qur'an sebagai Manual Prosedur Kerja bagi menjamin integriti ,  kemurnian diri  untuk menegakan yang  hak dan menjauhkan kebatilan dalam setiap gerak kerja yang kita lakukan. Rahmat Allah akan turun kepada hambaNya yang beriman dan bertaqwa .

Al Fakir Che'Yahya Che' Soh
Cerna Minda .
9 Ogos,2012
19 Ramadhan 1433H

Tahniah Kak Chik Siti Maisarah


                                                                     

Kak Chik (berkaca mata) bersama keluarga semasa di Istanbul pada  Jun 2012.

Siti Maisarah Che' Yahya  (Kak Chik) menjadi salah seorang warga PETRONAS , sebagai Akauntan . Beliau telah diterima bertugas di Menara Petronas KLCC mulai 3 September 2012 depan InsyaAllah . Kak Chik mempunyai berkelulusan dalam bidang 'financing' di Warwick University  Coventry pada Julai  2010. Beliau  menyambung dalam   ACCA selama satu tahun di KAPLAN  Birmingham pada tahun 2011  dan berjaya memperoleh  Affiliate ACCA . Syukur dan pujian hanya untuk Allah yang memberikan rezeki , Amin Ya Rabbal Alamin .

Che' Yahya Che' Soh
8/8/2012

Monday, August 6, 2012

'Chong Wei makes Malaysians proud'


.


Prime Minister Datuk Seri Najib Razak cheering on Datuk Lee Chong Wei in his match against China’s Lin Dan in the Olympic badminton singles final in London last night. With him are International Trade and Industry Minister Datuk Seri Mustapa Mohamed (second from right) and the latter’s family members at the minister’s house in Bachok, Kelantan. Pic by Fathil Asri
He commended Lee for showing a high level of commitment throughout the game that should make Malaysian fans proud.
"He did not give up easily and he put up a gallant effort in trying to win in the final," he said after performing Isyak and terawih prayers at Naim Mosque in Jelawat here.
In the final, Lee lost 15-21, 21-10 and 21-19 to China's Lin Dan in a three-set thriller which left many on the edge of their seats.

Later, the prime minister tweeted that Chong Wei had given his best last night against Lin Dan.
"All Malaysians are very proud of you!" Najib tweeted.
In Putrajaya, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said Chong Wei is still a Malaysian hero.

He said Malaysians were still proud of the nation's No. 1 shuttler despite his narrow defeat to Lin Dan.
"Winning and losing is the tradition of every game, and we have seen how Chong Wei had given it his all to fulfil Malaysia's dream for an Olympic gold medal.
"Unfortunately, luck was not on his side."

Muhyiddin attended a breaking of fast by Eden Inc Bhd before catching the three-set thriller with the crowd at the Putrajaya International Convention Centre.

New Straits Time
6 August 2012

Sunday, August 5, 2012

Bandar Baru Gua Musang

Negeri Kelantan Darul Naim mempunyai sejarah yang panjang dalam sistem pemerintahan  Tanah Melayu . Negeri ini yang pernah melalui detik-detik cemas semasa Jepun mendarat di Kota Baru dalam tahun 1941 dan memerintah negeri ini hingga tahun 1945 . Selain itu sejarah menukilkan bahawa  negeri  ini  berada di bawah penguasaan Kerajaan Siam  sehingga memaksa menghantar  bunga emas  masa dulu . Demikian seimbas sejarah negeri Cik Siti Wan Kembang.

Daerah/Jajahan 

Negeri Kelantan mempunyai beberapa daerah yang lazimnya disebut Jajahan . Setiap daerah /jajahan di ketuai oleh seorang Ketua Jajahan (DO) . Bermula dengan Jajahan Kota Baru, Jajahan Machang, Pasir Putih, Tumpat, Tanah Merah, Jeli , Bachok, Kuala Krai, Pasir Mas, Gua Musang  dan Jajahan Baru Lojing dekat Cameron Highland.



Sumber: Internet


Bandar Baru Gua Musang

Ketika ini kerja-kerja pembinaan sebuah Bandar Baru Gua Musang sedang giat dilakukan. Saya melihat dari perspektif makro  pembinaan bandar baru Gua Musang menjadi pemangkin untuk memacu pertumbuhan ekonomi  negeri ini. Gua Musang telah berubah wajah menjadi sebuah bandar persinggahan (Transit ) pelancong yang datang melawat Kelantan . Beberapa dasawarsa dulu Bandar ini hanya menjadi laluan keretapi yang singgah menurunkan penumpang dan mengangkut barangan penduduk . Kesulitan perhubungan ketika itu menyebabkan Gua Musang menjadi terpencil dari arus pembangunan. Tiada siapa yang pernah menyangka bandar ini akan menjadi maju seperti sekarang .  Laluan Kuala Lumpur ke Gua Musang dan Kota Baru sentiasa sibuk dengan kenderaan. Saya berkesempatan balik berbuka bersama Ayah di Kampung pada hujung minggu dan sempat meninjau di Bandar Kota Baru bersama isteri mencari tudung di Pasar Buluh Kubu  yang sangat sesak dengan pengunjung. Kenderaan banyak dan sesak teruk terasa seperti berada di Kuala Lumpur .


Kelantan Maju .
5 Ogos 2012
16 Ramadhan 1433H

Thursday, August 2, 2012

Selamon Kusrin Telah Tiada


Siang tadi sekitar jam 3.00 petang  Selasa 31 Julai 2012 saya  menerima faksimili melalui jaring memaklumkan mantan Pegawai  Sektor Pengurusan Akademik JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah tiada. Beliau ialah sahabat kita Selamon Kusrin (gambar)  telah pergi buat selama lamanya meninggalkan dunia fana ini . Saya mengenali beliau semasa bertugas di Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur . Semoga Alah SWT memberikan keampunan  kepada Rohnya dan ditempatkan bersama orang yang beriman . Kepada keluarga yang ditinggalkan banyak-banyak lah bersabar menerima ujian Allah ini terutama anak-anak beliau . Sesungguhnya datang dan pergi silih berganti menjadi ketentuan Illahi . Setiap manusia wajib menemui  mati .   Kami iringi serangkai Al fatihah dan doa buat beliau selamat lah disana . Al Fatihah .
Salam Takziah dari kami sekeluarga .
Che'Yahya Che' Soh.

Wednesday, August 1, 2012

Transformasi kemudahan prasarana sekolah

















Kredit : Pn Rosnah Samlee

Mengurus , mentadbir dan memimpin sesebuah sekolah menjadi tugas dan tanggungjawab utama Pengetua.  Sebagai pengemudi dan nakhoda yang menentukan jatuh bangunnya  organisasi yang dipimpinnya seorang  pengetua yang prihatin tidak saja melihat  pencapaian akademik semata mata  malah merangkumi seluruh aspek pembangunan iklim sekolah bagi memastikan  proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung dengan baik. Pembangunan minda yang konstruktif  dalam kalangan guru menjadi pemangkin kemajuan pelajar . Guru yang berinovatif, energetik, mesra tapi tegas menjadi ikon kecemerlangan sekolah. Sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan yang menjadi gedung ilmu untuk melahirkan modal insan negara  berkualiti ,  memerlukan pimpinan yang berintegriti dan berwibawa memajukan organisasi untuk keselesaan dan keselamatan seluruh warganya.  Pengetua perlu membuat refleksi pencapaian dalam semua bidang seperti kurikulum, ko kurikulum, pengurusan pejabat, pengurusan kewangan,  pembangunan sahsiah pelajar, sumber manusia, hubungan komuniti, pengurusan infrastruktur  dan hubungan dengan stake holder .


SMK SINAR BINTANG (STAR SCHOOL)


















Kredit : Puan Rosnah Samlee

Infrastruktur sekolah

Saya telah memulakan tugas di SMK Sinar Bintang mulai 10 April,2012 setelah bertukar  dari SMK Danau Kota . Sebagai pengetua saya telah memperkenalkan beberapa pendekatan dan  pembaharuan dalam bidang akademik dengan memokuskan kepada PEMBESTARIAN PMR dan SPM bagi calon -calon yang akan menduduki peperiksaan awam pada tahun ini. Transformasi dalam bidang maklumat juga telah dilakukan dengan menyediakan LCD-Digital sebagai pusat informasi yang merakamkan aktiviti pelajar dan pencapaian sekolah . Informasi bermanfaat ini memaparkan kejayaan pelajar dalam bidang akademik, kokurikulum dan perkembangan global . Kita juga telah menambahbaik pra sarana sekolah dengan mengganti bumbung yang rosak , bocor dan memasang grill tingkap di bilik -bilik (kelas)  untuk keselamatan pelajar

Penghijauan iklim sekolah juga telah dilakukan dengan menambah pokok pokok  dan bunga bungaan. Telah nampak jelas kesepakatan dalam kalangan pelajar yang sanggup menyumbang anak-anak pokok dan bunga untuk menceriakan sekolah mereka. Terima kasih para pelajar .  Pihak sekolah telah memaklumkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) mengambil tindakan membaiki paip air bawah tanah yang bocor sejak sekian lama sehingga air melimpah ke dalam bengkel Kemahiran Hidup.Alhamdulillah JPN telah menghantar kontraktor membaiki kerosakan dan kerja-kerja pembaikan dimulakan pada 2 Ogos 2012 . Tandas pelajar lelaki dan perempuan juga dibaiki dengan menggantikan pintu-pintu yang rosak dan pemasangan grill kelas di tingkat 3 telah dilaksanakan dengan baik . Pihak sekolah merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada JPN terutama pegawai-pegawainya Raja Mizan dan En Ahmad Sadly yang memungkinkan kerja pembaikan ini ditangani dengan cepat . 

Sekolah Menengah Sinar Bintang (SMKSB)  terletak di Taman Sinar Bintang Segambut. Bangunan ini dibina oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Wilayah Persekutuan dan diserahkan kepada Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  pada tahun 2001.


Che'Yahya Che' Soh.
Pengetua.
2 Ogos,2012

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...