Ketua Protokol dan Istiadat Istana
Negeri Melaka
Negeri Melaka
Datuk AS Khamis
sumber gambar: www.mal-tel.com
Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Saudara Drs. Ab.Aziz Omar selaku Pengacara Majlis,
Y.Brs.Tuan Hj.Zahari bin Awang Penasihat Waris,
Y.Bhg.Dato Dr.Mohd.Zain Yusof Pengerusi Re Union
YBrs. Dr.Suhaimi Kadir Penyelaras Re Union
Ahli-Ahli Jawatankuasa Penaja,
Saudara Saudari yang dikasihi sekelian.
Selamat Hari Raya Idulfitri minal aizin wal faizin.
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT kerana pada petang yang mulia penuh berkat ini saya dapat bersama saudara dan saudari yang datang dari jauh dan dekat untuk sama-sama meraikan majlis perjumpaan Warga Alumni Republik Indonesia Sumatera atau singkatnya WARIS buat julung-julung kalinya di adakan di Kota Bharu Kelantan Darul Naim.
Saya dimaklumkan gagasan penubuhan WARIS diilhamkan oleh beberapa orang mantan pelajar Malaysia yang pernah mendapat pendidikan tinggi di Indonesia khususnya Sumatera dari tahun 1977-1983 bertujuan mengumpul kembali rakan-rakan yang telah terpisah sejak lebih tiga dasawarsa yang lalu.
Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih yang setinggi-tingginya kepada AJK Penaja terutama kepada Pengerusinya Dato Dr.Mohd Zain Yusuf kerana sudi mengundang saya dalam majlis ini dan memberi penghormatan kepada saya menjadi Penaung WARIS.
Tuan-tuan dan Puan-puan
Penubuhan WARIS menjadi wadah terbaik untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan ahli.Paling penting WARIS juga boleh menjadi sebuah badan NGO untuk membantu kerajaan menjalinkan hubungan kerjasama dengan pemerintah Republik Indonesia dalam berbagai bidang seperti kebudayaan,pendidikan, kesenian, sukan dan adat resam dalam kalangan dua buah negara serumpun Malaysia-Indonesia.
Selaku Penaung WARIS saya sungguh teruja dengan program yang dianjurkan ini kerana dapat bertemu saudara saudari yang pernah bersama semasa saya berkhidmat sebagai Konsul Muda Malaysia Medan dalam tahun 1976-1980 dahulu.
Banyak kenangan indah bersama tuan-tuan dan puan-puan yang masih kekal dalam ingatan saya. Hubungan antara pelajar dan pegawai Konsulat memang rapat terutama dalam menjayakan program dan aktiviti kemasyarakatan dan sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang diadakan saban tahun di perkarangan Konsulat Jalan Sudirman dan Diponegoro Medan.
Sebagai seorang diplomat pada masa itu saya bertanggungjawab terhadap hal ehwal pelajar terutama mengenai kebajikan mereka bagi memastikan pelajar-pelajar dapat meneruskan pengajian dengan baik dan sempurna.
Tuan-tuan dan Puan-puan
Saya turut berasa bangga dengan kejayaan alumni WARIS dalam berbagai bidang profesional seperti perubatan,pergigian, perguruan, pensyarah, pegawai Agama, pegawai tinggi kerajaan malah ada dalam kalangan ahli menjadi usahawan dan tokoh korporat yang berjaya dalam negara.
Syabas dan tahniah saya ucapkan.Pengalaman sebagai pelajar yang terpaksa menempuh berbagai liku keperitan semasa di Medan menjadikan alumni memiliki jati diri dan semangat patriotik yang tinggi terhadap negara.
Lulusan Indonesia mempunyai keunikan tersendiri berbanding dengan tamatan dari negara lain terutama dari segi pengetahuan,pengalaman, kemahiran dan daya juang untuk mencipta kejayaan.
Mereka memiliki kekuatan mental dan ketabahan tinggi untuk berjaya dalam bidang yang diceburi kendati pun terpaksa menempuh berbagai halangan semasa pengajian mereka.Berkat ketabahan semuanya berhasil dalam hidup.
Tuan-tuan dan Puan-puan
Saya berdoa semoga WARIS menjadi sebuah organisasi NGO yang mantap,unggul dan berwibawa bukan sahaja sebagai wahana penyatuan para alumni malah lebih pro aktif melaksanakan tanggungjawab sosial membantu mereka yang kurang bernasib baik terutama dalam pendidikan.
Membina rangkaian hubungan antara NGO kedua-dua negara merupakan usaha murni yang perlu dijalinkan untuk mengekalkan keharmonian dan persefahaman melalui WARIS.
Saya penuh yakin AJK Penaja mempunyai hala tuju yang jelas untuk mentransformasikan WARIS menjadi sebuah badan bukan kerajaan yang lebih produktif dan berdaya maju pada masa akan datang.
Melalui kerjasama dan partisipasi semua ahli berlandaskan konsep espirit de corp saya percaya WARIS akan menjadi sebuah badan NGO penting yang turut sama menyumbang kearah pelestarian hubungan dua negara.
Sebagai sebuah badan yang dianggotai oleh berbagai profesional tidak mustahil WARIS mampu mencipta kecemerlangan melalui penubuhan Yayasan Pendidikan WARIS@EduWARIS Foundation untuk membantu pelajar-pelajar IPTA/IPTS yang ingin melanjutkan pengajian mereka di Republik Indonesia.
Adunan pengalaman dalam kalangan ahli yang mempunyai daya intelektualiti dan berkredibiliti tinggi menjadi pemangkin kecemerlangan WARIS sebagai sebuah NGO berprestij dan di segani. InsyaAllah.
Saya berdoa semoga WARIS berkembang subur menjadi wahana penyatuan dua negara serumpun yang mempunyai persamaan budaya dan adat resam sejak berkurun.
Dengan lafaz yang mulia BISMILAHIRAHMANIRRAHIM saya dengan sukacitanya merasmikan majlis perjumpaan alumni dan pelancaran WARIS pada sore hari ini.
Sekian Wabillahi Taufik Wal Hidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Che Yahya Che Soh
Selasa 29 Julai,2014.
Teks ucapan Penaung Waris.

No comments:
Post a Comment