Dalam kehidupan yang serba singkat ini jika kita renungi dengan menggunakan mata hati pastinya terjawab segala kesulitan yang di hadapi di dunia. Manusia biasanya mengeluh kerana kesempitan wang untuk membiayai keperluan hidup seharian. Antara pendapatan dan perbelanjaan tidak seimbang tetapi nafsu yang sentiasa mengganyang diri meminta lebih daripada had kemampuan diri. Justeru berlakulah ketidakseimbangan dalam kehidupan.Peribahasa Melayu mengatakan ukur baju di badan sendiri sangat tepat untuk menggambarkan kehendak nafsu tetapi sekarang manusia tidak lagi menggunapakai peribahasa tersebut kerana pada sesetengah orang mereka lebih senang dengan prinsip biar papa asalkan bergaya. Berhutang sini sana dengan berbagai kad kredit yang di miliki sebenarnya menambahkan lagi beban kehidupan.Wang merupakan segala-segalanya bagi sesetengah manusia.Pengaruh duit dalam diri manusia sangat kuat walau pun sesorang itu sedang sakit atau terlantar di hospital. Demi mendapatkan wang jugalah ada segelintir manusia sanggup menggadai maruah, menyeleweng,pecah amanah, tidak jujur, rasuah dan melakukan perkara yang sukar di terima oleh pemikiran yang waras.
Cari ketenangan
Setiap orang inginkan ketenangan hidup, rumah tangga yang sakinah dengan anak-anak yang soleh sebagai penyejuk mata keluarga.Realiti kehidupan tidak semudah yang kita dambakan kerana memerlukan kesabaran dan kekuatan iman.Ketenangan sangat mahal yang tidak datang secara "ladun ni" tetapi perlu di cari melalui Solat, sedekah, memuliakan fakir miskin, anak-anak yatim, memelihara hubungan yang baik dengan Tuhan dan sesama manusia.Ketahuilah bahawa Hati ini pada hakikatnya adalah milik Allah.Justeru manusia perlu mencari ketenangan melalui Pencipta bukannya meminta kepada makhluk yang bersifat temporari semata.Ketenangan yang di datangkan Tuhan berterusan selagi kita akur taat dan patuh dengan perintahNya. Allah pasti menjaga hambaNya yang sentiasa bergantung harap kepadaNYa. Kisah Nabi Ibrahim As yang yang penuh Penyantun dan Awwab (hiba) menerima perintah Allah dengan penuh keimanan hatta terpaksa mengorbankan anaknya Nabi Ismail As. Ujian terhadap Baginda terlalu berat bahkan nyawanya menjadi taruhan demi menegakkan keimanan kepada Allah.Api yang menyala membludak marak disaat tentera Namrud mencampak Nabi Ibrahim Khalilullah tiba-tiba menjadi dingin menyegarkan Baginda . Allah yang mencipta api memerintahnya "Yaa Naa rukuuni Bardan Wasalaaman 'Alaa Ibrahiim." Demikian kisah benar berlaku ke atas Nabi Ibrahim As yang sangat termashyur dalam sejarah peradaban manusia di muka bumi.
Apa manusia mau
Amatlah malang sekali sekiranya manusia berlagak sombong, kedekut dan kikir.Penyakit mazmumah ini merosakan hati yang seandainya tidak dirawat dan di terapi dengan cahaya dari Tuhan dia akan mati. Apabila hati sudah mati semua nilai kebaikan tidak melekat dalam diri. seronok melakukan tegahan Tuhan, terjebak dengan maksiat sehingga lupa bahawa Bumi yang di pijak ini pada waktu yang ditentukan Tuhan akan menjadi saksi sebuah kehidupan menuju pusara yang kekal abadi.Apa manusia mau hanya terletak pada nafsu yang tidak pernah puas dengan harta, pangkat dan kekayaan yang di miliki.Memang benar kata Nabi SAW yang kurang lebih maksudnya "apabila anak Adam meninggal terputuslah dengan dunia melainkan tiga perkara iaitu; ilmu bermanfaat. harta yang di sedekah/infak dan anak yang soleh sentiasa mendoakan mereka."
Alif Omar mengimami solat jenazah ibunya Sharifah Aini.Subhanallah.
Sumber gambar: Metro
Bertuahnya Sharifah Aini meninggalkan seorang anak yang soleh untuk mengimamkan jenazah beliau dan menghantar ibunya ke pusara dengan penuh ketabahan dan ketenangan. Bercucuran air mata saya melihat Alif Omar menyantuni ibunya.Sungguh bertuah dan beruntung sekali mempunyai anak seperti Alif. Apakah bila saya tiada nanti anak dan zuriat saya mampu melakukan seperti itu hanya Allah yang menentukan.

Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Isnin 7 Julai,2014.
No comments:
Post a Comment