Friday, July 4, 2014

Menanti Fajar Subuh

Rutin kehidupan sepanjang Bulan Ramadhan Al Mubarak di isi dengan program Rabbani sebagai tanggungjawab seorang Muslim untuk mencari keredhaan Allah.Siang hari berpuasa dengan penuh keinsafan,malamnya bertarawih, berqiamullail dan bertadarus Al Qur'an. Di penghujung malam bangun bersahur sepertimana yang di galakan oleh Nabi SAW bersahurlah walau pun dengan sebiji Tamar.Terkenang lagu YAYADAN peninggalan penyanyi terkenal Datuk Sharifah Aini mencari ketenangan di sepertiga malam.Pemergian Allahyarhamah pada hari Sabtu 5 Julai 2014 jam 1.30 pagi dalam bulan yang penuh keberkatan mengejutkan kita.Innalillahi wainna ilaihi raajiuun.Semoga Allah SWT memberikan tempat yang terbaik kepada beliau.Sharifah Aini mempunyai suara yang sangat merdu mampu membuat pendengar mengalir alir mata membawa lagu-lagu Ketuhanan. Sebutan lahjah Arabnya cukup mantap dan sedap di dengar. Kelebihan ini membuatkan Kak Pah menjadi penyanyi dan penghibur semua lapisan masyarakat. Kini Kah Pah telah pergi dan pastinya tidak akan kembali lagi.Hanya tinggal suara emasnya menjadi pengubat rindu peminat.


Indahnya Islam sebagai sebuah cara hidup yang sangat komprehensif jika kita mahu menghayati dengan penuh tadabur setiap pesan Tuhan.Al Qur'an ialah induk segala kitab yang turun ke langit dunia sebagai manual prosedur kehidupan untuk menuntun manusia mengenal Tuhan sebagai Khalik yang berhak di sembah. Kehadiran Nabi SAW ditengah-tengah umat bertujuan membawa Iman dan menyampaikan risalah Tuhan secara holistik kepada manusia bermula dengan Thoharah hinggalah kepada pembangunan sahsiah dan siasah sesebuah pemerintahan negara.

Membaca Surah Haj

Mengimami Solat Fajar di Surau Al Falah AU  setiap pagi merupakan tugas rutin jika tidak keluar stesyen atau menjalani tugas luar.Pagi tadi Imam membaca permulaan Surah Haj yang mengisahkan tentang ZALZALAH iaitu kegoncangan hari Kiamat yang sangat dahsyat.Gambaran yang terdapat dalam surah ini ialah ibu-ibu yang sedang menyusui anak   mereka  lalai dari menyusui dan gugurlah segala kandungan wanita yang hamil sehingga kamu melihat manusia pada ketika itu dalam keadaan mabuk (sukaara) , sebenarnya mereka tidak mabuk tetapi azab Allah teramat pedih.Hebatnya Kalam Allah ini menjadi fisioterapi kepada manusia yang melihat setiap ciptaan Tuhan dengan mata hati.Setiap makhluk tunduk patuh-sujud kepada Allah kecuali  manusia sangat sedikit yang bersyukur "Qalilamma Tasykuruun".Bagaimana indahnya Tuhan menyusun atur struktur geografi alam memasaknya dengan gunung ganang yang kukuh untuk menjamin ekosistem kehidupan di bumi untuk kesejahteraan manusia,haiwan dan tumbuh-tumbuhan melata.


Che Yahya Che Soh
Kuala Lumpur.
Sabtu 5 Julai 2014.



No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...