Sumber: internet you tube.
Dalam tahun-tahun tujuh puluhan dahulu di mana Dasar Ekonomi Baru mula diperkenalkan oleh Allayarham Tun Ab.Razak Hussein Perdana Menteri Malaysia II kehidupan suasana desa sungguh asli dengan panorama alam yang cantik tidak tercemar .Kesejukan air telaga dan kejernihan anak-anak sungai yang mengalir dari puncak bukit berhampiran menjadi tempat permainan anak-anak ikan berenang riang menuju hiliran sungai.Pengalaman berpuasa di kampung kira-kira lima dasawarsa lalu menghimbau nostalgia indah suasana masyarakat yang saling bahu membahu mewujudkan sosialisasi kehidupan secara Islami. Daun-daun dan sayuran hutan seperti serai wangi, paku pakis pucuk niding, pucuk gajus senang diperolehi untuk membuat nasi kerabu dan lalapan (ulaman).Orang dahulu tidak membeli di Bazaar Ramadhan seperti sekarang kerana pada masa itu tidak ada yang menjual. Mereka membuat sendiri juadah berbuka. Setiap petang mereka bergilir memberi dan menerima juadah sekali pun hanya dengan buah mulung lima biji atau butir nangka untuk berbuka.Pada sebelah malam pula mereka saling menderai menyajikan hidangan kepada Masjid atau Surau-surau selepas selesainya Solat Tarawih. Ketika itu setiap penghuni rumah tidak mempunyai Peti Sejuk untuk menyimpan bahan makanan atau Ais Batu.Anak anak kampung terpaksa membeli ais batu di pekan berhampiran atau dari penjual berbasikal tua yang masuk ke kampung.Mereka membungkus dengan kertas surat khabar bersama habuk kayu gergaji supaya tidak cepat cair. Pengalaman seperti ini tiada lagi zaman moden ini.Sementara menunggu masa berbuka, stesyen radio memutarkan lagu instrumental yang menjadi identiti khas di bulan puasa. Lagu-lagu berirama Padang Pasir sangat sinonim dengan masyarakat dahulu menjelang waktu berbuka. Kini tidak ada lagi dimainkan oleh stesyen radio mau pun tv.
Kenangan tujuh puluhan
Che Yahya Che Soh
Kuala Lumpur.
Selasa 1 Julai 2014.
No comments:
Post a Comment