Friday, July 18, 2014

Kasih Bertaut Bersama WARIS


























Kredit: Hj Wan Ab.Razak@ Sue Pegawai BTPN Pahang.

Majlis Tautan Kasih Warga Alumni Republik Indonesia Sumatera (WARIS) akan diadakan pada hari Jumaat 1 Ogos 2014 di Dewan Suara Muda Kota Bharu (berhampiran Bangunan Tabung Haji) dengan kehadiran tetamu jemputan Datuk AS Khamis (mantan Konsul Muda Malaysia Medan 1976-1980) dan Penasihat WARIS Tn Haji Zahari Awang (mantan SUP  Kem Luar) dan ADR Kuala Krai 1974. Buat julung-julung kalinya majlis seumpama ini dapat dilaksanakan bagi menyatu kembali bekas-bekas pelajar Malaysia di Republik Indonesia khususnya Sumatera.Bagi pihak YDP saya mengambil peluang ini mengalu-alukan rakan untuk bersama dalam majlis tersebut . Kehadiran Dato,Datin,Tuan Puan sesungguhnya menggamit nostalgia indah yang kita lalui semasa menjadi mahasiswa/mahasiswi di perantauan lebih tiga dasawarsa yang lalu.

Selamat datang ke Kota Bharu Darul Naim untuk bertemu WARIS.Sahabat-sahabat yang datang dari jauh dan dekat mohon terlebih dahulu mendaftar dengan urusetia WARIS Puan Farida Amir secara terus (online) bertujuan memudahkan urusan kita mengenalpasti ahli WARIS. Borang-borang pendaftaran sebagai ahli di buka pada tarikh tersebut dengan yuran pendaftaran RM30 dan yuran tahunan RM20. Semoga Allah SWT merestui WARIS menjadi simbol penyatuan alumni kita.


Che Yahya Che Soh
Lembah Kelang 
Kuala Lumpur.
Sabtu 19 Julai 2014.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...