Gaza: Israel tingkat serangan udara, angka korban cecah 85 orang
BAITULMAQDIS: Israel meningkatkan serangan udara di Semenanjung
Gaza hari ini ketika pihak Palestin menyatakan angka korban serangan
tiga hari itu kini mencecah sekurang-kurangnya 85 orang.
Sistem pertahanan peluru berpandu Israel juga memintas beberapa roket yang ditembak pejuang Hamas.
Jurucakap tentera, Lt Kol Peter Lerner, berkata Israel membedil
lebih 320 sasaran Hamas semalaman dengan menumpukan ke pada jaringan
terowong dan tapak pelancaran roket.
Secara keseluruhan, pihak tentera Israel membedil 750 sasaran sejak serangan udara itu bermula kelmarin.
Israel juga mengerah 20,000 askar simpanan untuk kemungkinan serangan darat ke atas Gaza tetapi tumpuan kini untuk memaksimumkan serangan udara.
Kedua-dua pihak tidak menunjukkan tanda-tanda mengendurkan pertempuran terburuk sejak akhir 2012.
Israel menegaskan Hamas perlu menghentikan tembakan roket dari Gaza untuk ia menimbang sebarang gencatan senjata. - AP
Sistem pertahanan peluru berpandu Israel juga memintas beberapa roket yang ditembak pejuang Hamas.
Secara keseluruhan, pihak tentera Israel membedil 750 sasaran sejak serangan udara itu bermula kelmarin.
Israel juga mengerah 20,000 askar simpanan untuk kemungkinan serangan darat ke atas Gaza tetapi tumpuan kini untuk memaksimumkan serangan udara.
Kedua-dua pihak tidak menunjukkan tanda-tanda mengendurkan pertempuran terburuk sejak akhir 2012.
Israel menegaskan Hamas perlu menghentikan tembakan roket dari Gaza untuk ia menimbang sebarang gencatan senjata. - AP
Berita Harian Online
Khamis 10 Julai,2014.
No comments:
Post a Comment