Sunday, July 27, 2014

Antara Sunat dan Wajib

Alhamdulillah kita masih diberi ruang dan kesempatan oleh Allah swt untuk terus menyambung kehidupan setelah sebulan menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan.Hari ini Isnin 28 Julai 2014 bersamaan 1 Syawal 1435H umat Islam menyambut Hari Raya Idilfitri bagi menyatakan kesyukuran yang sebesar-besarnya kepada Tuhan Pencipta sekelian makhluk.Ramadhan datang dan pergi mengikut pusingan bula-bulan dalam satu tahun.Sejauh mana kita menghayati dan memanfaatkan bulan mulia tersebut hanya diri sendiri yang tahu.Mengapa Allah memberi keistimewaan kepada Ramadhan kerana dalam bulan ini Al Qur'an di turunkan yang menjadi furqan antara yang hak dan bathil.Kemuliaan bulan Ramadhan kerana di dalamnya tersembunyi rahsia dimana amalan-amalan sunat menjadi seperti wajib, apa lagi yang fardhu tentunya mendapat ganjaran berganda di sisi Allah.Pemergian Ramadhan di sambut dengan Syawal.Umat Islam digalakkan bertahmid, bertakbir dan melakukan solat sunat Idulfitri dan mendengar khutbah Hari Raya.

Subuh yang sepi

Tidak seperti lazimnya solat fajar di Surau Al Falah AU 4 pagi ini agak lengang.Beberapa saf sahaja jemaah yang datang mungkin penat atau ketiduran kerana  menyediakan juadah ketupat rendang dan menghias rumah sepanjang malam.Bagi mereka yang benar-benar tahu dan faham Solat Subuh merupakan indikator kecemerlangan umat berbanding solat sunat hari raya walau pun hanya setahun sekali. Antara sunat dan wajib manusia perlu mengutamakan yang paling fardhu iaitu solat lebih-lebih lagi secara berjemaah kerana ukuran kekuatan solidariti umat terbina melalui sembahayang.Manusia secara tabie meminta pertolongan Tuhan bila berada dalam kesempitan dan ketakutan kerana yakin bahawa Allah swt satu-satu KUASA yang boleh memberikan kekuatan dan menyelamatkan mereka dari bahaya dan bala bencana tetapi dalam keadaan aman mereka mulai lupa Tuhan.

Nasib Gaza

Ketika kita bergembira ria menikmati hidangan beraneka jenis nun di tanah Gaza Palestine sedang berlaku pengeboman oleh tentera Israil laknatullah ke atas orang awam, kanak-kanak dan orang tua yang tidak berdaya.Mereka menyambut hari mulia dengan bedilan meriam dan letupan bom bertalu-talu dari tentera Zionis untuk menghancurkan Palestine.Rumah-rumah mereka rebah menghempas bumi akibat keganasan Yahudi yang tidak berhati perut.Saya tak mampu melihat wajah kanak-kanak yang tidak berdosa rentung  di bom tentera Israil.Sungguh memilukan kanak-kanak,wanita dan orang-orang tua menjadi mangsa kekejaman Yahudi.Wahai DUNIA mana simpati mu terhadap umat manusia di bumi Gaza?. Palestine yang di kelilingi negara-negara Arab, bersempadan dengan Mesir, Jordan dan Syria tidak mampu memberi bantuan malah turut bersekongkol dengan Amerika dan Israil mengganyang dan membunuh umat Islam saban hari.Dunia Islam memandang sepi nasib Gaza yang di ratah oleh tentera Zionis setiap hari.Bumi dan wilayah mereka di ceroboh sesuka hati hinggakan Masjidil Aqsa yang menjadi ikon umat Islam dan tempat ketiga suci di dunia dalam keadaan bahaya.Masjid Al Aqsa sangat sinonim dengan peristiwa Isra' Mikraj Nabi SAW yang terungkap kukuh dalam Al Qur'an. Umat Islam dunia berjumlah hampir 2 bilion tidak mampu membantu mengusir kebejatan Israil dari jazirah Palestine sejak berabad.

 
www.veteranewsnow.com

Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Isnin 28 Julai,2014.



No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...