Esok Isnin 28 Julai 2014 bersamaan 29 Ramadhan 1435H umat Islam akan menyambut Hari Raya Idilfitri lagi. Begitu pantasnya Ramadhan berlalu meninggalkan kita.Terasa baru sangat kita berpuasa kini tiba pula hari raya.Kedatangan 1 Syawal disambut dengan alunan takbir membesarkan Allah Tuhan Yang Maha Pengampun.Indahnya Islam sebagai sebuah peraturan hidup yang cukup sempurna di datangkan Tuhan untuk manusia.Meraikan Idulfitri bukannya dengan percikan bunga api dan dentuman mercun sehingga menggangu orang yang sedang bersolat bertakbir dan bertahmid memuji Tuhan.Amalan tersebut bukannya budaya dan cara orang Islam menyambut hari kebesaran.
Menggunakan mata hati
Bagi mereka yang berfkir menggunakan mata hati dengan sedalam-dalamnya akan bertemu dengan jawaban hakiki bahawa kehidupan ini sebenarnya merupakan suatu siklus peredaran bulan-bulan yang ditetapkan oleh Allah dalam setahun. Umat Islam akan menunaikan Solat Sunat Idil Fitri sebagai tanda syukur kepada Allah swt yang menjadi indikator orang beriman mengerjakan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan.Perbanyak Takbir sepanjang malam kerana Allah swt yang menurunkan Al Qur'an sebagai penyuluh cahaya dari kegelapan menjadi neraca orang beriman. Cahaya Allah menerangi langit dan bumi tetapi terlalu sedikit manusia yang cuba menta'akul minda mencari kebahagian hidup yang hakiki iaitu Khalidiinafiiha Abada yang dijanjikan Tuhan kepada mereka yang beriman dan bertaqwa.

A Ramlee Suara Takbir .
Solat Aidilfitri
Solat sunat Idilfitri hanya dua rakaat dengan niatnya "sahaja aku solat sunat idulfitri dua rakaat mengikut imam kerana Allah Taala". Takbir sebanyak 7 kali dengan membaca Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillah Wallahu Akbar Walahaulawala quatailabillahi alim yil Azim. Dalam rakaat kedua takbir sebanyak 5 kali bacaannya sama seperti pada rakaat pertama.Imam akan membaca surah Al Fatihah seperti biasa dan ayat-ayat lazim sehingga selesai solat. Khutbah akan di sampaikan oleh Khatib sebaik saja Imam memberi salam. Para jemaah perlu mendengar dengan teliti pesanan dan intisari khutbah sehingga tamat.Bersalam-salaman dan bermaafan sangat dituntut dalam bulan yang mulia ini.Jadikan Ramadhan sebagai pembakar dosa kita dan kehadiran Syawal di sambut dengan penuh kesyukuran.
Wallahua'lam
Che Yahya Che Soh
Keramat AU 4 Lembah Kelang
Kuala Lumpur.
Ahad 27 Julai,2014.
No comments:
Post a Comment