Kota Bharu : Sabtu 12 Julai 2014
Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Gabungan Alumni Republik Indonesia Sumatera atau GARIS telah diadakan di pejabat Dato Dr. Zain Yusof Wakaf Siku pada hari Sabtu 13 Julai jam 10.00 malam di hadiri oleh sebahagian besar Ahli. Antaranya ialah Dr. Suhaimi Kadir, Drs.Ab. Aziz Omar, Drs. Zahari Zakaria, Drs.Nik Alwan, Sdra. Ab.Fatah Gazali, Sdra. Hj.Wan Ab.Razak@SU, Dra.Farida Amir dan Dra Che Esah Che Su.Setiausaha Kerja Drs.Ab.Aziz Omar (Mantan GC -54) telah merangka aturcara untuk majlis tersebut dengan kemah keming supaya semua ahli dapat meluangkan masa menghadiri pertautan kasih yang telah terpisah sejak sekian lama.
Dato Dr.Zain mempengerusikan mesyuarat pertama
Cadangan logo GARIS
Mesyuarat yang berlangsung secara santai tapi penuh bermakna berlarutan hingga jam 3.30 pagi dengan hilai tawa yang mencuit hati terutamanya SU yang lucu dan menggamatkan suasana.Mesyuarat telah mengambil beberapa ketetapan seperti berikut:
Majlis pertautan kasih akan di adakan di Dewan Suara Muda Kota Bharu pada 1 Ogos bermula jam 11.00 pagi hingga 6.30 petang dengan tetamu jemputan Y.Bhg Datuk AS Khamis selaku Penaung dan Tn Hj Zahari Awang sebagai Penasihat GARIS telah memberikan persetujuan untuk hadir bersama dalam majlis yang julung kali di adakan pada tahun ini.Mengikut catatan sehingga ini seramai 87 orang ahli bersetuju untuk hadir dalam majlis tersebut.GARIS di wujudkan untuk menghubung silaturahim yang telah lama terputus antara alumni yang pernah mendapat pendidikan tinggi di Indonesia khususnya Sumatera sekitar tahun 1977-1983. Lebih istimewa lagi GARIS diharapkan dapat menjadi wahana kelestarian hubungan harmoni antara dua buah negara Malaysia-Indonesia. Sebagai salah satu Badan Bukan Kerajaan (NGO) GARIS sedikit sebanyak menjadi penyumbang ke arah pengukuhan persahabatan yang telah sedia terjalin terutama dalam bidang pendidikan,kebudayaan,kesenian dan kemasyarakatan dengan Republik Indonesia.
Logo GARIS
Mesyuarat memutuskan menerima logo no 3 sebagai simbol rasmi GARIS. Persefahaman kerjasama dan pemuafakatan melalui gengaman tangan dengan erat menjadi lambang persahabatan Malaysia-Indonesia yang sedia terjalin kukuh sejak sekian lama. Bendera kedua-dua negara terletak di tengah-tengah kepungan tangan menjadi indikator kekuatan ikatan persaudaraan antara dua negara serumpun. Logo-logo tersebut di ilham dan di ilustrasi oleh Sdra.Haji Wan Abdul Razak Pegawai Teknologi BTPN Pahang yang juga ahli GARIS.Terima kasih tidak terhingga kepada beliau kerana merealisasikan impian mencipta logo GARIS.Sebagai sebuah badan NGO bebas,GARIS akan berusaha membantu pelajar-pelajar tercicir dalam arus perdana dan membenteras buta aksara terutama dalam kalangan anak-anak miskin dipedalaman.
Daftar Pertubuhan
Mesyuarat bersetuju mendaftar persatuan menggunakan nama WARIS iaitu Warga Alumni Republik Indonesia Sumatera sebagai pilihan pertama dan GARIS -Gabungan Alumni Republik Indonesia Sumatera jika sekiranya nama WARIS telah banyak digunakan oleh mana-mana Badan Bukan Kerajaan (NGO) lain bagi mengelakan kekeliruan dalam kalangan ahli dan pengguna.Seluruh ahli sangat mengharapkan Pendaftar Pertubuhan ( ROS ) dapat menerima salah satu gagasan yang dicadangkan untuk memudahkan kami bergerak melaksanakan pelbagai aktiviti sosial ,kebajikan dan kemasyarakatan terutama dalam ruang lingkup yang berkaitan dengan pembangunan masa depan anak-anak ahli kami.Setakat ini Sekretariat GARIS/WARIS akan beroperasi di Pejabat Dato Dr.Zain (Tingkat 1) Bangunan Klinik Dr.Zain di Jalan Kuala Krai, Kota Bharu,tepatnya Wakaf Siku sebagai alamat berdaftar GARIS/WARIS.Terima kasih kepada Tuan Fatah Gazali bersama Dato Dr. Zain yang telah mendaftar persatuan ini dengan Pejabat Pertubuhan di Kota Bharu. Pihak ROS telah meluluskan pendaftaran WARIS sebagai pertubuhan yang sah berkuatkuasa 14 Julai,2014. Tahniah dan penghargaan setingginya atas usaha murni ini.Dengan itu WARIS boleh beroperasi menggunakan logo yang sah seperti dicadangkan oleh pihak AJK penaja.
Dr. Zuber Nik Alwan dan Che Yahya
Hj Wan Ab. Razak bersama Hj Zahari @Joe
Bersahur bersama sesudah mesyuarat
Che Yahya Che Soh
Kuala Lumpur
Isnin 14 Julai,2014.
No comments:
Post a Comment