Sumber: www.commdiginews.com
Dunia menyaksikan tiga kecelakaan udara sepanjang bulan Ramadhan yang meragut nyawa semua penumpang dan anak kapal. Pada 17 Julai 2014, Pesawat Mas MH 17 dari Amsterdam menuju KLIA jatuh terhempas di sempadan Russia-Ukraine terkena tembakan kumpulan yang tidak bertanggungjawab mengorbankan 298 penumpang. Selang beberapa hari pesawat Taiwan pula jatuh kerana angin kencang dan terkini penerbangan Algeria pula terhempas di Mali pada 24 Julai 2014 disebabkan cuaca buruk membunuh 116 penumpang.Kekerapan insiden udara berlaku pastinya menimbulkan kegusaran kepada kita semua bahawa kebarangkalian terjadinya peristiwa sedemikian semasa dalam penerbangan sukar di hilangkan dari perasaan.Walau bagaimana pun selaku orang yang beriman kepada Allah SWT kita sangat bergantung harap kepadaNYa kerana setiap yang berlaku keatas makhluk memang dalam ilmu Allah.Ketentuan takdir itu bukan milik mutlak manusia.
Renungan.
CSYAHYA VICTORY
Lembah Kelang Kuala Lumpur.
Sabtu 26 Julai 2014.
No comments:
Post a Comment