Setelah terpisah lebih tiga dasawarsa yang lalu bekas-bekas pelajar yang mendapat pendidikan tinggi di Republik Indonesia khususnya di Propinsi Sumatera dalam berbagai bidang profesional seperti perubatan,pergigian,perguruan dan kewartananan kini dapat di kumpulkan semula dalam satu wadah Gabungan Alumni Republik Indonesia Sumatera (GARIS) di Darul Naim. Majlis akan di sempurnakan oleh Jawatankuasa Penaja di kediaman Dato Dr. Zain Yusof. Lulusan Universitas Sumatera Utara (USU) Medan ini merupakan seorang pengamal pergigian yang berjaya, mempunyai rangkaian klinik di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan menjadi ikon alumni pengajian tinggi dari Indonesia. Pihak Jawatan Kuasa Penaja telah menetapkan Hari Jumaat 1 Ogos 2014 (Hari Raya kelima) sebagai kemuncak pertemuan seluruh warga besar GARIS. Ribuan terima kasih dan penghargaan sebesar-besarnya kepada Dr.Zain kerana menyediakan majlis ini semata-mata meraikan kehadiran para sahabat yang telah sekian lama tidak bertemu. Syabas dan tahniah.
Dato Dr.Zain dan Datin
Usaha murni
Usaha murni ini asalnya telah dicetuskan melalui 'group whatsApp' oleh Dr.Suhaimi Kadir Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak (BTPN) yang bertindak sebagai penyelaras program. Buat sementara Jawatan kuasa penaja bersetuju menamakan GARIS sebagai wadah membina ukhwah dalam kalangan mantan pelajar di Indonesia khususnya Sumatera dari tahun 1977-1983.Objektifnya ialah untuk menyatu dan merapatkan kembali hubungan persahabatan yang telah terputus sejak sekian lama setelah masing-masing bekerja,berkeluarga dan beranak cucu.Ramai dalam kalangan alumni telah pun mendahului kita buat selama-lamanya. GARIS bercadang mengadakan majlis tahlil massal seusai Solat Maghrib di kediaman Dato Dr.Zain di alamat 2364 Taman Sari, Jalan Hospital 15200 Kota Bharu untuk para sahabat kita yang telah kembali kepangkuan Ilahi. Mereka yang telah tiada lagi ialah Hadri Awang, Ahmad Bestari@Yeh Ismail, Zainuddin Hamzah, Mohd.Arif Mat Isa, Dr.Ab.Halim Sulaiman, Dr. Ismail Hassan, Dr.Azmi Kedah, Jaafar Mat Sin, Ab.Syukur Abdullah, Mohd Helmi Ab.Ghani, Yoep Johari Yaakub dan Abdul Aziz Othman . Teringat pantun lama Pendita Zaaba yang sungguh meruntun hati
Buatlah baik ayohai rakan,
Ke dalam laut kamu campakkan
Jika tidak di kenal ikan
Tuhan Mu tahu ia kah bukan.

Klinik Pergigian Dr.Zain di Wakaf Siku
Kota Bharu Kelantan.
Semoga dengan kehadiran para sahabat dari jauh dan dekat dapat merapatkan salam silaturahim sesama kita yang semakin jauh di mamah usia.Lebih istimewa kerana majlis ini akan di hadiri oleh dua orang yang banyak berjasa kepada setiap ahli GARIS iaitu Tn Hj Zahari Awang (Mantan Setiausaha Parlimen KEMLU 1977) dan Mantan Konsul Muda Malaysia Medan(1977-1980) Datuk Hj.Khamis Abu Samah yang sekarang sebagai Pegawai Protokol dan Adat Istiadat TYT Melaka merangkap Presiden Kelab Golf Malaysia.Dua insan ini sangat rapat dengan pelajar-pelajar Malaysia pada ketika itu .
Abang Z @Hj Zahari Awang Mantan Setiausaha Parlimen (tengah)
Kementerian Luar 1977 dan Mantan Ahli Dewan Rakyat Kuala Krai 1974
Sumber: MSO BlogSpot.
A good life does not just happen. Its build in a daily prayer,sacrifice,humanity and love.All Praises indeed to Allah The Almighty, The Merciful The Beneficent. Blessings and Salutation to Our Beloved Prophet Muhammad SAW (p.b.u.h) The Messenger of Allah who bring the light to the Universe.

Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur.
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur.
Jumaat 4 Julai,2014.
No comments:
Post a Comment