Friday, July 25, 2014

Amali Sains Mulai 2015

Kementerian Pendidikan melalui Lembaga Peperiksaan akan melaksanakan semula Amali Sains  peringkat SPM bagi mata pelajaran  4531Fizik ,4541 Kimia, 4551 Biologi dan 4561 Sains Tambahan kepada calon-calon SPM yang akan menduduki peperiksaan berkenaan pada tahun 2015. Kertas Amali Sains menggantikan Kertas 3 (Amali Sains bertulis) bagi mata pelajaran terbabit.Dengan demikian Pentaksiran Kerja Amali@PEKA bagi mata pelajaran berkenaan kepada pelajar yang berada dalam tingkatan 5 pada tahun ini ( 2014), tidak perlu dilaksanakan kepada pelajar yang berada di tingkatan 4 dan seterusnya. Mata Pelajaran Sains tidak terbabit dengan perubahan ini.Jawatankuasa Mengkaji Dasar 60:40 telah memperakukan Peperiksaan Pusat Amali Sains peringkat SPM perlu dilaksanakan kembali bagi membolehkan pentaksiran bidang Sains dilakukan secara menyeluruh selari dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan bermaruah. Pihak sekolah perlu memastikan kerja amali sains bagi keempat empat mata pelajaran tersebut dilaksanakan dengan baik berdasarkan sukatan pelajaran yang ditetapkan.
Sumber: KP.LP.003.07.14(97) bth 10 Jun 2014.

Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur.
Jumaat 25 Julai 2014.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...