Bicara Sarana di adakan pada 17-18 Julai 2014 di Bilik Seri Duta Dua Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWP).Seramai 16 orang Pengetua dan Guru Besar telah dilantik sebagai Jurulatih Sarana Peringkat Daerah.Sistem Pendidikan merupakan sarana paling menunjang untuk pembentukan modal insan berkualiti yang mempunyai jati diri. Pendidikan bersifat universal memerlukan jalinan kerjasama mapan dengan agensi lain terutama kominiti setempat untuk menyokong kemajuan sesebuah sekolah.Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) sebanyak 11 anjakan telah ditetapkan sebagai indikator penting untuk melakukan transformasi pendidikan yang lebih mantap dan futuristik.
Peranan Ketua
Kejayaan dan kejatuhan sesebuah organisasi bergantung kepada kekuatan pemimpin yang mewarnai budaya dan persekitaran berdasarkan visi dan misi yang ingin dicapai secara keseluruhan. Peranan pemimpin menjadi indikator kemajuan organisasi. Dalam perspektif sekolah,impak yang diterima oleh warganya sudah tentu melalui kepimpinan yang berkesan.Secara jujur kepimpinan bukan semudah yang kita lafazkan sebab semua orang boleh menjadi ketua tetapi terlalu langka mereka yang benar-benar mampu menjadi pemimpin. Fungsi utama seseorang pemimpin ialah memajukan organisasi menjadi sebuah institusi yang berintegriti untuk membangun modal insan holistik.Pemimpin yang berkesan sentiasa melihat kelemahan, isu dan masalah yang berbangkit dalam organisasi sebagai asas untuk membuat penambahbaikan dan penyelesaian secara tuntas bagi kesejahteraan setiap warganya. Pemimpin berkesan tahu diri dan tidak bersifat ingin menang sendiri dalam membuat sebarang keputusan kerana kekuatan dan kelemahan sesebuah organisasi bergantung kepada hubungan kolaboratif bertunjangkan espirit de corps dalam kalangan warganya untuk merealisasi objektif secara konklusif.
Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur.
Ahad 20 Julai 2014.

No comments:
Post a Comment