Seluruh dunia di gegarkan sekali lagi dengan peristiwa yang menyayat hati berlaku pada hari Khamis 17 Julai,2014 dalam bulan Ramadhan 1435H ke atas pesawat MAS MH17. Penerbangan dari Amsterdam Holland ke Kuala Lumpur yang sepatutnya tiba di KLIA pada Jumaat pagi 18 Julai 2014 telah tidak kesampaian seperti yang dijadualkan.Takdir menentukan segalanya inilah perjalanan terakhir bagi MH17 sejak mula beroperasi 17 tahun lalu. Musibah silih menimpa ke atas industri penerbangan negara dalam tahun ini sesudah kita dikejutkan dengan kehilangan misteri MH 370 yang hingga kini masih belum terungkai tuntas.
Tidak dapat dibayangkan keadaan yang berlaku dalam pesawat pada masa itu sedangkan bila sedikit gegaran pun kita sudah cemas,panik dan takut inikan pula terkena peluru berpandu sehingga seluruh badan pesawat berkecai di udara menjadi puing-puing yang bertaburan dan berserakan di bumi.Sebelum ini pada Selasa 8 Mac 2014 penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur menuju Beijing China telah hilang dari radar dan masih tidak dapat di kesan hingga kini.Dua peristiwa yang menyayat hati berlaku kepada negara kita dalam tempoh yang begitu dekat.Tidak siapa pernah menduga bencana dahsyat menimpa negara mengorbankan ratusan nyawa.Mengapa MAS menjadi mangsa keganasan sedangkan ia hanyalah sebuah pesawat komersial yang membawa penumpang menuju destinasi KLIA Kuala Lumpur.
MH17 ditembak
Penerbangan MH17 dari Amsterdam melalui ruang udara sempadan Russia-Ukraine telah di tembak jatuh dengan peluru berpandu mengorbankan semua penumpang dan anak-anak kapal seramai 295 orang. Saya tidak sanggup melihat gambar-gambar mangsa yang terkorban angkara durjana manusia yang tidak berperikemanusiaan.Mustahil mereka tidak dapat mengenal pesawat penumpang yang melintasi ruang udara sempadan dua negara tersebut.Sungguh menyayat hati dan pilu sekali mengenang orang yang tidak berdosa menjadi mangsa kerakusan manusia yang tidak bertamadun dalam era moden ini.Kejadian jenayah yang tidak berhati perut ini menambahkan satu lagi peristiwa hitam sejarah tanah air dalam urutan kronologi penerbangan MAS sesudah Tanjung Kupang Johor 37 tahun lalu. Malaysia perlu menuntut keadilan antarabangsa bagi menghukum pihak yang bertanggungjawab terhadap perbuatan zalim ini. Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak sangat terkejut dengan kejadian berlaku dan mengarahkan siasatan segera dilakukan.Kerajaan telah mengisytiharkan semua premis mengibarkan bendera separuh tiang di seluruh negara mulai 18 hingga 21 Julai bagi memberi penghormatan kepada mangsa nahas yang paling tragik dalam sejarah penerbangan negara.
Sumber: The Star
Salam Takziah yang sedalam-dalamnya kepada keluarga mangsa MH17 semoga diberikan ketabahan dan kesabaran menghadapi ujian yang sungguh berat ini.Rasa belasungkawa dan dukacita yang mendalam kepada keluarga para penumpang bukan beragama Islam yang kehilangan kaum keluarga dan sanak saudara dalam nahas yang penuh sadis dan tragik ini. Hanya kepada Allah SWT tempat kita bermohon dan berserah. Selamatkanlah negara kami Ya Allah dari musibah dan bala bencana. Aminn.
kdvr.com
Walahua'lam
Che Yahya Che Soh
Lembah Kelang Kuala Lumpur.
Ahad 20 Julai,2014.
No comments:
Post a Comment