Tuesday, July 8, 2014

Pelajar dan Guru Meraikan Hari Jadi Pengetua




















































































































  1. Sesuatu yang tidak pernah di duga rupanya Guru dan Pelajar tersayang SMK Sinar Bintang@STAR sentiasa mengambil berat tentang Pengetua. Pagi tadi kejutan di perhimpunan pagi saya telah mendapat penghormatan yang tulus murni daripada anak-anak dan guru-guru STAR yang membuat persiapan khas meraikan hari jadi Pengetua.Saya berasa sungguh terharu dengan sambutan yang di berikan.Paling terkedu bila pelajar dan guru memberikan naskhah Al Qur'an Tafsir bersama kek,hadiah berupa pewangi, jambangan bunga dan cenderamata yang sangat bernilai kepada saya. Sebenarnya esok 9 Julai merupakan hari jadi Pengetua, tetapi oleh kerana ada majlis bersama PPWS para guru dan pelajar meraikan Pengetua hari ini. Mereka menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi dengan penuh ikhlas. Terima kasih para pelajar dan guru ku semoga sekolah kita terus cemerlang dan berwibawa.SMK Sinar Bintang@STAR mempunyai bilangan guru seramai 129 orang dan murid 1,782 . Hari ini juga agak sibuk dengan tetamu yang datang SIC+ dan SIP+ bersama pemantau PT3 bertali arus mengunjungi sekolah untuk memantau dan bertemu guru. 

         Che Yahya Che Soh
         Pengetua SMKSB@STAR
         Segambut, Kuala Lumpur.
         Rabu 9 Julai,2014.










No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...