Wednesday, July 30, 2014

O Allah Safe Our Country

Alhamdulillah. All Praises indeed  to Allah The Almighty,The Most Gracious, The Most Beneficent. Blessing and Salutation to the Prophet Muhammad saw (p,b.u.h),His  family,and  His companions who bringing us the light through Islam. Allah is the only ONE we worship and we are  obedient in a temporary life.There is no God We worship except Allah and Muhammad saw is the messenger of Allah. This is the first pillar in Islam which is closely related to the role of  the Prophet Muhammad saw was send to the earth as a messenger of Allah. In this short  article I would like to remind myself and my beloved brothers and sisters about life. What is actually we want to achieve in life? Why people always unhappy with their life? Why mankind always rejected Allah's rule? How to make our life meaningful and peaceful at all the time? What happen to the world today? Why the world is too cruel ? All these question come into my mind quite often even though we have good enough sustenance in life. 

Simple life

Life is too fragile. We do not know what happen to our fate in future. Nobody was telling they will secure and safe in life except Allah the Creator and Supervisor of  the Universe. Due to that we must prepare ourselves by doing good to Allah in all places, follow HIS word and sincere to HIM. The most important thing that Allah want from us is our heart.Everything we do,we say and we react just for the sake of Allah.In every five times a day we perform our duty to Allah through Solah (prayer). We ask Allah to open our doors and giving us a proper guidance to follow HIS commandment.When are we reciting Al Quran and listening to the ayah attentively it will help us to reduce our burden and at the same time our mind turn to realize the real meaning of life. Make it life very simple and we do not afraid to face the challenging in a global world. 

Tragedy and life 

We had just completed our fasting month successfully.Ramadan is a holy month because Al Quran was revealed in this month to differentiate between the right doing and wrong doing.To those who are searching the truth, they will find the way to know Allah, the Superpower of life.The world today  are not secure and safe because of arrogant and conflict seize of power.Russia and Ukraine in turbulent, conflict Israel and Palestine never ending, Egypt, Syria, Jordan and several Arab Peninsula never responding to help their neighbor Palestine.This is the real happen to the Muslim countries across the globe today.Malaysia become part of the victim that occurred to MH 17 killing 298 people on board. The flight from Amsterdam to Kuala Lumpur was shoot down near Russia- Ukraine boarder.We expressed our deep condolences to all passengers and pray for MH 17. O Allah we raise up our hand,safe our people, safe our country from disaster.


Allah knows best
Che Yahya Che Soh
Principal SMKSB@STAR,
Segambut, Kuala Lumpur.
Thursday 31 July 2014.

Sekelumit Bicara Penasihat Waris

Tuan Haji Zahari bin Awang
Penasihat WARIS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah. Segala Puji bagi Allah Tuhan Sekelian Alam. Selawat berserta salam kepada Baginda Nabi Saw, kaum keluarga, para sahabat yang membawa Islam sebagai petunjuk kehidupan bagi setiap makhluk yang ada di langit dan di bumi.

Hanya dengan IzinNya jua setiap perancangan yang kita lakukan akan menjadi kenyataan.

Saudara Pengacara Majlis, adinda Drs. Ab.Aziz Omar,
Y.Bhg.Datuk AS Khamis selaku Penaung Warga Alumni Republik Indonesia Sumatera @WARIS
Y.Bhg Dato Dr.Mohd.Zain Yusof Pengerusi Re Union
Y.Brs.Dr.Suhaimi Kadir Penyelaras
Naib-Naib Yang Di Pertua,
Ahli-Ahli Jawatankuasa Penaja,
Saudara saudari Alumni Waris yang di kasihi sekalian.

Saya ingin merafakkan kesyukuran yang sebesar-besarnya kepada Allah swt kerana dengan keizinanNya jua kita dapat dipertemukan dalam majlis Tautan Kasih Warga Alumni Republik Indonesia Sumatera@WARIS yang penuh bersejarah pada petang ini.

Sesungguhnya perhimpunan seperti ini mengembalikan sebuah nostalgia yang pernah saya lalui sewaktu menghantar pelajar-pelajar ke Sumatera Utara sejak beberapa dekad lalu dalam rangka mencari dan menimba ilmu di perantauan khususnya di Kota Medan yang penuh dengan pelbagai ujian dan cabaran.Orang pertama yang menyambut saya bersama sekumpulan pelajar di Konsulat Malaysia ialah Datuk AS Khamis yang waktu itu sebagai Konsul Muda Malaysia di Medan.

Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada AJK Penaja  kerana memberi peluang kepada saya menutur secebis bicara selaku Penasihat WARIS dalam majlis ini.Sepanjang perkhidmatan saya sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Luar dan Ahli Dewan Rakyat Kuala Krai 1974-1978, saya berasa bertanggungjawab membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan dari segi kewangan tetapi mempunyai kekuatan intelek untuk meneruskan pengajian mereka di Institusi Pengajian Tinggi  Sumatera Utara Medan dan Alhamdulillah semuanya beroleh kejayaan dengan cemerlang.

Saudara saudari yang di kasihi,

Hati kecil saya  tersentuh melihat wajah-wajah yang sangat dekat dengan saya dalam majlis tautan kasih ini namun di sebalik keterujaan itu terselit rasa terharu kerana beberapa rakan kita telah tidak lagi dapat bersama meraikan pertemuan yang penuh nostalgik ini.

Mereka telah mendahului kita menyahut panggilan Ilahi buat selama-lamanya.Antaranya ialah Allahyarham Ahmad Bestari Ismail, Zainuddin Hamzah, Ab.Aziz Othman, Dr. Ab. Halim Sulaiman, Jaafar Mat Sin, Arif Mat Isa, Helmi Ab.Ghani,Hadri Awang, Dr Ismail Hassan dan Dr. Azmi dari Kedah.

Kepada yang telah pergi marilah sama-sama kita hadiahkan serangkaian  Al Fatihah semoga Allah melapangkan pusara mereka.Amin.

Saudara saudari sekalian,

Tiada amalan yang lebih mulia selain daripada berbakti kepada masyarakat dengan penuh keinsafan untuk memenuhi tanggungjawab sosial bertunjangkan redha Tuhan.


Setiap amalan mulia pastinya mendapat ganjaran setimpal di sisi Allah baik duniawi lebih-lebih lagi di alam ukhrawi.Justeru kita perlu melatih diri untuk terus bersyukur dengan segala nikmat yang di kurniakan Ilahi baik di kala senang lebih-lebih lagi semasa kesempitan.

Saya turut berasa bangga dengan kejayaan saudara-saudari dalam bidang kerjaya masing-masing sehingga menjadi tokoh penting dalam perkhidmatan kerajaan dan sektor swasta di negara kita.


Kejayaan ini sebenarnya menjadi penyuntik motivasi kepada anak cucu kita untuk meneroka ilmu pengetahuan dalam berbagai bidang yang di ceburi. 

Saudara saudari Alumni Waris

Saya percaya pertemuan seperti ini tidak terhad disini sahaja malah akan ada lagi perjumpaan di masa-masa akan datang.

Selaku Penasihat saya ingin berpesan jadikanlah WARIS sebagai ikon perpaduan dalam kalangan Alumni yang bertebaran di seluruh negara untuk memupuk semangat setiakawan yang berkekalan melalui berbagai aktiviti dan program kemasyarakatan secara tersusun dan terancang.

Keanggotaan WARIS yang terdiri daripada figura-figura berbobot mampu menggerakkan pertubuhan ini dengan lebih dinamik  menjadi sebuah badan yang di hormati dan di segani.

Gabungan pemikiran dan idealisma yang konstruktif dalam kalangan Alumni untuk memperkasa WARIS menjadi petunjuk prestasi kejayaan dan  keutuhan sesebuah organisasi.

Justeru peranan pemimpin selaku personel yang di amanahkan mengurus dan mentadbir merupakan faktor dominan yang menentukan indikator kemajuan sesebuah badan atau pertubuhan.

Saudara Saudari sekalian

Setiap organisasi mempunyai struktur dan fungsi tersendiri yang di gariskan melalui perlembagaan.

Setiap ahli perlu mematuhi prinsip dan prosedur yang ditetapkan bagi menjaga keharmonian organisasi yang dianggotainya.

Justeru saya mengharapkan setiap alumni tidak boleh sama sekali membelakangkan perlembagaan dalam membuat sebarang teguran, ulasan dan komentar yang boleh menjejaskan nama baik pertubuhan kepada pihak luar terutama media samada elektronik atau cetak tanpa persetujuan ahli majlis.

Sebagai ahli pertubuhan yang sah di sisi undang-undang kita perlu akur dengan setiap keputusan yang ditetapkan.

Saya berdoa semoga  WARIS menjadi sebuah NGO yang berkembang maju untuk pembangunan pendidikan generasi akan datang.

Sekian Terima Kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

csyahya victory
Teks Ucapan Penasihat Waris.
Rabu 30 Julai,2014.

Tuesday, July 29, 2014

Teks Ucapan Datuk AS Khamis

Ketua Protokol dan Istiadat Istana
Negeri Melaka

datuk as khamis
Datuk AS Khamis
sumber gambar: www.mal-tel.com










Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Saudara Drs. Ab.Aziz Omar selaku Pengacara Majlis,
Y.Brs.Tuan Hj.Zahari bin Awang Penasihat Waris,
Y.Bhg.Dato Dr.Mohd.Zain Yusof Pengerusi Re Union
YBrs. Dr.Suhaimi Kadir Penyelaras Re Union
Ahli-Ahli Jawatankuasa Penaja,
Saudara Saudari yang dikasihi  sekelian.
Selamat Hari Raya Idulfitri minal aizin wal faizin.

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT kerana pada petang yang mulia penuh berkat ini saya dapat bersama saudara dan saudari yang datang dari jauh dan dekat untuk sama-sama meraikan  majlis perjumpaan Warga Alumni Republik Indonesia Sumatera atau singkatnya WARIS buat julung-julung kalinya di adakan di Kota Bharu Kelantan Darul Naim.

Saya dimaklumkan gagasan penubuhan WARIS diilhamkan oleh beberapa orang mantan pelajar Malaysia yang pernah mendapat pendidikan tinggi di Indonesia khususnya Sumatera dari tahun 1977-1983 bertujuan mengumpul kembali rakan-rakan yang telah terpisah sejak lebih tiga dasawarsa yang lalu.

Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih yang setinggi-tingginya kepada AJK Penaja terutama kepada Pengerusinya Dato Dr.Mohd Zain Yusuf kerana sudi mengundang saya dalam majlis ini dan memberi penghormatan kepada saya  menjadi Penaung WARIS. 

Tuan-tuan dan Puan-puan

Penubuhan WARIS menjadi wadah terbaik untuk mengeratkan hubungan  dalam kalangan ahli.Paling penting WARIS juga boleh menjadi sebuah badan NGO untuk membantu kerajaan menjalinkan hubungan kerjasama dengan pemerintah Republik Indonesia dalam berbagai bidang seperti kebudayaan,pendidikan,  kesenian, sukan dan adat resam dalam kalangan dua buah negara serumpun Malaysia-Indonesia.

Selaku Penaung WARIS saya sungguh teruja dengan program yang dianjurkan ini kerana dapat bertemu saudara saudari yang pernah bersama  semasa saya berkhidmat sebagai Konsul Muda Malaysia  Medan dalam tahun 1976-1980 dahulu.

Banyak kenangan indah bersama tuan-tuan dan puan-puan yang masih kekal dalam ingatan saya. Hubungan antara pelajar dan pegawai Konsulat memang rapat terutama dalam menjayakan program dan aktiviti kemasyarakatan dan sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang diadakan saban tahun di perkarangan Konsulat  Jalan Sudirman dan Diponegoro Medan.

Sebagai seorang diplomat pada masa itu saya bertanggungjawab terhadap hal ehwal pelajar terutama mengenai kebajikan mereka bagi memastikan pelajar-pelajar dapat meneruskan pengajian dengan baik dan sempurna.

Tuan-tuan dan Puan-puan

Saya turut berasa bangga dengan kejayaan alumni WARIS dalam berbagai bidang profesional seperti perubatan,pergigian, perguruan, pensyarah, pegawai Agama, pegawai tinggi kerajaan malah ada dalam kalangan ahli menjadi usahawan dan tokoh korporat yang berjaya dalam negara.

Syabas dan tahniah saya ucapkan.Pengalaman sebagai pelajar yang terpaksa menempuh berbagai liku keperitan semasa di Medan menjadikan alumni memiliki jati diri dan semangat patriotik yang tinggi terhadap negara.

Lulusan Indonesia mempunyai keunikan tersendiri berbanding dengan tamatan dari negara lain terutama dari segi pengetahuan,pengalaman, kemahiran dan daya juang untuk mencipta kejayaan.

Mereka memiliki kekuatan mental dan ketabahan  tinggi untuk berjaya dalam bidang yang diceburi kendati pun terpaksa menempuh berbagai halangan semasa pengajian mereka.Berkat ketabahan semuanya berhasil dalam hidup.

Tuan-tuan dan Puan-puan

Saya berdoa semoga WARIS menjadi sebuah organisasi NGO yang mantap,unggul dan berwibawa bukan sahaja sebagai wahana penyatuan para alumni malah lebih pro aktif melaksanakan tanggungjawab sosial membantu mereka yang kurang bernasib baik terutama dalam pendidikan.

Membina rangkaian hubungan antara NGO kedua-dua negara merupakan usaha murni yang perlu dijalinkan untuk mengekalkan keharmonian dan persefahaman melalui WARIS.

Saya penuh yakin AJK Penaja  mempunyai hala tuju yang jelas untuk mentransformasikan WARIS menjadi sebuah badan bukan kerajaan yang lebih produktif dan berdaya maju pada masa akan datang.

Melalui kerjasama dan partisipasi semua ahli berlandaskan konsep espirit de corp saya percaya WARIS akan menjadi sebuah badan NGO penting yang turut sama  menyumbang kearah pelestarian hubungan dua negara.

Sebagai sebuah badan yang dianggotai oleh berbagai profesional tidak mustahil WARIS mampu mencipta kecemerlangan melalui penubuhan Yayasan Pendidikan WARIS@EduWARIS Foundation untuk membantu pelajar-pelajar IPTA/IPTS yang ingin melanjutkan pengajian mereka di Republik Indonesia.

Adunan pengalaman  dalam kalangan ahli yang mempunyai daya intelektualiti dan berkredibiliti tinggi menjadi pemangkin kecemerlangan WARIS sebagai sebuah NGO berprestij dan di segani. InsyaAllah.

Saya berdoa semoga WARIS berkembang subur menjadi wahana penyatuan dua negara serumpun yang mempunyai persamaan budaya dan adat resam sejak berkurun.

Dengan lafaz yang mulia BISMILAHIRAHMANIRRAHIM saya dengan sukacitanya merasmikan majlis perjumpaan alumni dan pelancaran WARIS pada sore hari ini.

Sekian Wabillahi Taufik Wal Hidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Che Yahya Che Soh
Selasa 29 Julai,2014.

Teks ucapan Penaung Waris.

Monday, July 28, 2014

29 July 2014 @ 8:12 AM
GAZA: An Israeli aircraft fired a missile at the house of Hamas Gaza leader Ismail Haniyeh early today causing damage but no casualties, Gaza’s interior ministry said.

An Israeli military spokeswoman had no information on the report but was checking for details.

Haniyeh’s son confirmed the strike on his Facebook page and added that the house of the former Hamas Gaza prime minister was empty.

Hamas said that its TV station Al-Aqsa TV was also targeted but the station continued to broadcast.

Israel launched its Gaza offensive on July 8, saying its aim was to halt rocket attacks by Hamas and its allies. It later ordered a land invasion to find and destroy the warren of Hamas tunnels that crisscrosses the border area.

As night fell over Gaza, army flares illuminated the sky and the sound of intense shelling could be heard. The military warned thousands of Palestinians to flee their homes in areas around Gaza City - usually the prelude to major army strikes.

A number of rockets fired from Gaza were launched toward various regions in southern and central Israel, including the Tel Aviv area. At least one of the rockets was intercepted by the Iron Dome system. No casualties or damage were reported.

Some 1,085 Gazans, most of them civilians, have died in the 22-day-old conflagration. Israel has lost 48 soldiers and another three civilians have been killed by Palestinian shelling. 


New Staits Times 
Tuesday 29 July 2014.
MH17: Black boxes show crash caused by rocket shrapnel, says Ukrainian official

A man walks past wreckage at the MH17 crash site near the village of Grabovo, Ukraine. - Reuters
A man walks past wreckage at the MH17 crash site near the village of Grabovo, Ukraine. - Reuters
KIEV (Ukraine): Black boxes recovered from downed Malaysia Airlines flight MH17 in rebel-held east Ukraine show shrapnel from a rocket explosion caused the passenger jet to crash, a Ukrainian security official said Monday.

International investigators "indicated that data from flight recorders show that the reason for the destruction and crash of the plane was massive explosive decompression arising from multiple shrapnel perforations from a rocket explosion," Andriy Lysenko, spokesman for Ukraine's National Security and Defence Council, said.

Data from the doomed airliner's black boxes was decrypted in Britain after being handed over to Malaysian officials by pro-Russian rebels controlling the crash site of MH17.

Investigators leading the probe in the Netherlands - which lost 193 citizens on the doomed jet - refused to confirm the latest information from Kiev, saying that they were "waiting to get a more complete idea of what happened."

Kiev and its Western allies have accused insurgents of shooting down the plane, killing all 298 people on board. - AFP


The Star Online
Monday 28 July 2014.

Sunday, July 27, 2014

Antara Sunat dan Wajib

Alhamdulillah kita masih diberi ruang dan kesempatan oleh Allah swt untuk terus menyambung kehidupan setelah sebulan menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan.Hari ini Isnin 28 Julai 2014 bersamaan 1 Syawal 1435H umat Islam menyambut Hari Raya Idilfitri bagi menyatakan kesyukuran yang sebesar-besarnya kepada Tuhan Pencipta sekelian makhluk.Ramadhan datang dan pergi mengikut pusingan bula-bulan dalam satu tahun.Sejauh mana kita menghayati dan memanfaatkan bulan mulia tersebut hanya diri sendiri yang tahu.Mengapa Allah memberi keistimewaan kepada Ramadhan kerana dalam bulan ini Al Qur'an di turunkan yang menjadi furqan antara yang hak dan bathil.Kemuliaan bulan Ramadhan kerana di dalamnya tersembunyi rahsia dimana amalan-amalan sunat menjadi seperti wajib, apa lagi yang fardhu tentunya mendapat ganjaran berganda di sisi Allah.Pemergian Ramadhan di sambut dengan Syawal.Umat Islam digalakkan bertahmid, bertakbir dan melakukan solat sunat Idulfitri dan mendengar khutbah Hari Raya.

Subuh yang sepi

Tidak seperti lazimnya solat fajar di Surau Al Falah AU 4 pagi ini agak lengang.Beberapa saf sahaja jemaah yang datang mungkin penat atau ketiduran kerana  menyediakan juadah ketupat rendang dan menghias rumah sepanjang malam.Bagi mereka yang benar-benar tahu dan faham Solat Subuh merupakan indikator kecemerlangan umat berbanding solat sunat hari raya walau pun hanya setahun sekali. Antara sunat dan wajib manusia perlu mengutamakan yang paling fardhu iaitu solat lebih-lebih lagi secara berjemaah kerana ukuran kekuatan solidariti umat terbina melalui sembahayang.Manusia secara tabie meminta pertolongan Tuhan bila berada dalam kesempitan dan ketakutan kerana yakin bahawa Allah swt satu-satu KUASA yang boleh memberikan kekuatan dan menyelamatkan mereka dari bahaya dan bala bencana tetapi dalam keadaan aman mereka mulai lupa Tuhan.

Nasib Gaza

Ketika kita bergembira ria menikmati hidangan beraneka jenis nun di tanah Gaza Palestine sedang berlaku pengeboman oleh tentera Israil laknatullah ke atas orang awam, kanak-kanak dan orang tua yang tidak berdaya.Mereka menyambut hari mulia dengan bedilan meriam dan letupan bom bertalu-talu dari tentera Zionis untuk menghancurkan Palestine.Rumah-rumah mereka rebah menghempas bumi akibat keganasan Yahudi yang tidak berhati perut.Saya tak mampu melihat wajah kanak-kanak yang tidak berdosa rentung  di bom tentera Israil.Sungguh memilukan kanak-kanak,wanita dan orang-orang tua menjadi mangsa kekejaman Yahudi.Wahai DUNIA mana simpati mu terhadap umat manusia di bumi Gaza?. Palestine yang di kelilingi negara-negara Arab, bersempadan dengan Mesir, Jordan dan Syria tidak mampu memberi bantuan malah turut bersekongkol dengan Amerika dan Israil mengganyang dan membunuh umat Islam saban hari.Dunia Islam memandang sepi nasib Gaza yang di ratah oleh tentera Zionis setiap hari.Bumi dan wilayah mereka di ceroboh sesuka hati hinggakan Masjidil Aqsa yang menjadi ikon umat Islam dan tempat ketiga suci di dunia dalam keadaan bahaya.Masjid Al Aqsa sangat sinonim dengan peristiwa Isra' Mikraj Nabi SAW yang terungkap kukuh dalam Al Qur'an. Umat Islam dunia berjumlah hampir 2 bilion tidak mampu membantu mengusir kebejatan Israil dari jazirah Palestine sejak berabad.

 
www.veteranewsnow.com

Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Isnin 28 Julai,2014.



Cahaya Senja






















































































































































































csyahya victory
Ahad 27 Julai 2014.
Malam Raya Id 1435H

Saturday, July 26, 2014

Takbir Membesarkan Allah

Esok Isnin 28 Julai 2014 bersamaan 29 Ramadhan 1435H umat Islam akan menyambut Hari Raya Idilfitri lagi. Begitu pantasnya Ramadhan berlalu meninggalkan kita.Terasa baru sangat kita berpuasa kini tiba pula hari raya.Kedatangan 1 Syawal disambut dengan alunan takbir membesarkan Allah Tuhan Yang Maha Pengampun.Indahnya Islam sebagai sebuah peraturan hidup yang cukup sempurna di datangkan Tuhan untuk manusia.Meraikan Idulfitri bukannya dengan percikan bunga api dan dentuman mercun sehingga menggangu orang yang sedang bersolat bertakbir dan bertahmid memuji Tuhan.Amalan tersebut bukannya budaya dan cara orang Islam menyambut hari kebesaran.

Menggunakan mata hati

Bagi mereka yang  berfkir menggunakan mata hati dengan sedalam-dalamnya akan bertemu dengan jawaban hakiki bahawa kehidupan ini sebenarnya merupakan suatu siklus peredaran bulan-bulan yang ditetapkan oleh Allah dalam setahun. Umat Islam akan menunaikan Solat Sunat Idil Fitri sebagai tanda syukur kepada Allah swt yang menjadi indikator orang beriman mengerjakan ibadah  puasa sepanjang bulan Ramadhan.Perbanyak Takbir sepanjang malam kerana Allah swt yang menurunkan Al Qur'an sebagai penyuluh cahaya dari kegelapan menjadi neraca orang beriman. Cahaya Allah menerangi langit dan bumi tetapi terlalu sedikit manusia yang cuba menta'akul minda mencari kebahagian hidup yang hakiki iaitu Khalidiinafiiha Abada yang dijanjikan Tuhan kepada mereka yang beriman dan bertaqwa.   


A Ramlee Suara Takbir .

Solat Aidilfitri

Solat sunat Idilfitri hanya dua rakaat dengan niatnya "sahaja aku solat sunat idulfitri dua rakaat mengikut imam kerana Allah Taala". Takbir sebanyak 7 kali dengan membaca Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillah Wallahu Akbar Walahaulawala quatailabillahi alim yil Azim. Dalam rakaat kedua takbir sebanyak 5 kali bacaannya sama seperti pada rakaat pertama.Imam akan membaca surah Al Fatihah seperti biasa dan ayat-ayat lazim sehingga selesai solat. Khutbah akan di sampaikan oleh Khatib sebaik saja Imam memberi salam. Para jemaah perlu mendengar dengan teliti pesanan dan intisari khutbah sehingga tamat.Bersalam-salaman dan bermaafan sangat dituntut dalam bulan yang mulia ini.Jadikan Ramadhan sebagai pembakar dosa kita dan kehadiran Syawal di sambut dengan penuh kesyukuran.


Wallahua'lam
Che Yahya Che Soh
Keramat AU 4 Lembah Kelang
Kuala Lumpur.
Ahad 27 Julai,2014.

Aneka Flora Penyejuk Minda
















































































































































































































































































































































































































































































































































































































Beraneka bunga menghiasi laman rumah menjadi penyegar minda dan penyeri kehidupan.Bunga biasanya dikaitkan dengan wanita yang sukakan kelembutan dan keayuan, namun hakikatnya semua orang sukakan bunga-bungaan termasuk golongan pria.Saling berkait antara flora dan fauna membentuk ekosistem kehidupan yang baik untuk kelestarian makhluk di bumi.



csyahya victory
Keramat AU 4
Sabtu 26 Julai 2014.

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...