Jakarta: Pakar alam sekitar semalam mempersoalkan keupayaan Indonesia menghadapi ancaman letusan berpuluh-puluh gunung berapi di negara kepulauan itu yang menunggu masa untuk memuntahkan lahar dan abunya.

Sekurang-kurangnya 34 terkorban dalam dua letusan gunung berapi bulan ini. Pada 1 Februari lalu, 17orang terbunuh apabila Gunung Sinabung di Sumatera Utara meletus. Pada 13 Februari, letusan Gunung Kelud di Timur Jawa mengorbankan tujuh lagi nyawa. 
“Lebih 130,000 terpaksa berpindah akibat bencana yang berlaku. Kira-kira 100 juta penduduk kini tinggal di kawasan yang kerap dilanda bencana termasuk gunung berapi, gempa bumi dan banjir.

Tak stabil

“Ia cabaran besar bagi kerajaan pusat dan negeri.

Indonesia terletak di atas Lingkaran Api Pasifik, garisan kerak bumi tidak stabil yang menempatkan gunung berapi di Pasifik,” kata Timbalan Ketua Agensi Pengurusan dan Menangani Bencana Kebangsaan Bencana Kebangsaan (BNPB), Dody Ruswandi.

Ruswandi berkata, setiap wilayah mempunyai agensi pengurusan bencana sendiri tetapi keupayaan persediaan masing-masing berbeza.

Beliau berkata di Jawa Timur yang juga lokasi Gunung Kelud, tahap persediaan adalah baik,” katanya.

“Banyak nyawa diselamatkan di dalam letusan terbaru walaupun kawasan sekitar gunung berapi didiami ratusan ribu penduduk,” katanya.

Mengenai kes Gunung Sinabung, Ruswandi berkata, penduduk tidak biasa dengan ‘tabiat’ gunung berapi berkenaan kerana ia kelihatan tidak aktif selama ratusan tahun. - AGENSI 
Berita Harian Online
Ahad 23 Februari,2014.