Friday, February 7, 2014

Orang Beriman Menjaga Lidah

Bagi mereka yang benar-benar beriman kepada Allah SWT dan RasulNya Muhammad SAW sentiasa memelihara lidah dari bercakap perkara sia-sia yang tidak mendatangkan manfaat kepada diri, masyarakat dan orang ramai.Salah satu sifat orang beriman ialah menjaga tutur kata dengan baik sekali pun dalam keadaan marah dan tertekan.Peranan lidah sangat mempengaruhi keharmonian hidup masyarakat.Perkataan yang keluar dari organ tidak bertulang ini jika tidak di kawal dengan iman boleh menghancurkan sosialisasi umah, menimbulkan permusuhan dan ketegangan malah boleh berlaku konfrantasi antara negara.Demikian hebatnya posisi lidah (lisan ) dalam kehidupan.Justeru selaku orang beriman kita perlu menjaga lisan dengan penuh bijaksana untuk mengembalikan fungsi manusia sebagai makhluk terbaik ciptaan Tuhan.Berfikir dengan sedalam-dalamnya sebelum berkata merupakan ciri-ciri Mu'min yang sejati.Pepatah Melayu masyhur, ikut hati mati ikut rasa binasa menggambarkan konsekuensi peranan hati dan lidah.


Sumber You tube: Kuliah Ustaz Mohd Zain

Lidah dan Hati

Dua organ penting dalam diri manusia iaitu lidah dan hati saling berhubung antara satu sama lain.Bisikan hati di terjemahkan melalui lidah samada yang baik atau sebaliknya.Dalam keadaan marah dan tertekan orang mudah hilang pertimbangan kerana tekanan darah memenuhi pembuluh (artery)Jantung mengakibatkan seluruh anggota badan memberi respon terhadap sesuatu kejadian.Tidak hairan sekiranya orang yang mengalami sakit jantung akan menerima implikasi fatal menyebabkan sistem kardiovaskular terhenti bekerja.Semuanya berpunca daripada kegagalan mengurus lidah dan hati dengan bijaksana.Secara anatomi lidah mempunyai fungsi mencicipi makanan berupa masin,masam, pahit, kelat, tawar,manis yang di kurniakan Tuhan kepada setiap manusia tetapi terlalu sedikit mereka yang bersyukur dengan nikmat Allah. Bayangkan sekiranya lidah sakit,kita tidak mampu mengecapi makanan dan minuman walau pun enak dan lazat.Menjaga lidah dan hati sangat mulia di sisi Agama supaya tidak berlaku pertelingkahan sesama manusia.

Pesan Nabi Saw 

Manusia yang paling baik akhlaknya kepada manusia dan isi alam ialah Nabi SAW.Bila bertemu Baginda SAW yang mendahulukan salam kepada para sahabat sehingga sukar bagi Abu Bakar, Umar, Ali, Uthman dan lain-lain mencari ruang untuk memberi salam kepada Nabi SAW.Orang yang paling baik dalam kalangan kamu ialah mereka yang mendahului salam kepada orang lain.Ucapan salam bermakna mendoakan kesejahteraan. Sesungguhnya wajib kita menjawab salam dengan penuh hormat bukan sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja sepertimana kebanyakan berlaku dalam masyarakat sekarang.Salam boleh melembutkan hati, merapatkan silaturahim sesama Muslim dan menjaga ukhwah untuk ketinggian martabat Islam sebagai Agama yang menuntun manusia sebagai Hudan Lil muttaqien.

Wallahua'lam
Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Sabtu 8 Februari,2014.


No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...