Sunday, February 2, 2014

Antara Fenomena Alam dan Teguran Allah


Kredit: Puan Zanariah Yusoff.

Kebelakangan ini negara kita sedang menghadapi perubahan cuaca yang tidak pernah  berlaku sebelumnya.Hujan tidak turun hampir sebulan namun suasana tidak panas. Mengikut laporan seorang guru saya yang balik bercuti di Kelantan, mereka memerlukan pemanas (heater) untuk  melindung diri dari kesejukan terutama pada waktu malam.Kita seolah-olah seperti berada di New Zealand, England dan negara-negara Eropah yang mempunyai empat musim dalam setahun. Antara Fenomena Alam dan Kekuasaan Tuhan pastinya terkandung rahsia yang memerlukan penaakulan minda secara konkrit.Dari perspektif  ilmu setiap perlakuan alam perlu bersandarkan kepada Ketauhidan iaitu Sunatullah,ketetapan yang telah Tuhan tentukan kepada makhluknya termasuk cuaca,angin, pergerakan awan,letusan gunung berapi menghamburkan larva, ombak, gempa sehingga berlakunya kejadian  tsunami menghancurkan seluruh kehidupan.

Alam Enggan Bersahabat


Ungkapan Ebit G. Ade melalui nyanyiannya  Berita Kepada Kawan bukan sekadar lagu untuk menjadi halwa telinga semata-mata malah mengandungi nasihat yang sangat berguna kepada kita kerana kurang beradab dengan alam lingkungan.Manusia menjadi punca kemusnahan alam baik di darat mau pun lautan. Kepunahan habitat dan ekosistem kehidupan sehingga penghuni hutan terpaksa meminggir jauh meneroka penempatan baharu atas nama pembangunan yang pastinya  tidak akan pernah berakhir. Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa atau mungkin alam mulai bosan bersahabat dengan kita, cubalah tanya pada rumput yang bergoyang. Demikian tajamnya sindiran Ebit dalam menyampaikan mesej Tuhan kepada manusia yang sudah tentu bukannya bercanda melalui lagu untuk menghibur pendengar tetapi sememangnya realiti yang telah berlaku kepada penduduk bumi.

 Taakulan minda
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR,
Segambut, Kuala Lumpur.
Isnin 3 Februari,2014.















No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...