Monday, February 17, 2014

Pelancaran Nilam


 Majlis pelancaran Nilam pada Hari Isnin 17 Februari,2014




 
Pelajar pelajar mengikuti majlis pelancaran Nilam.


















Gambar: Kredit: WNAZMI

Pagi ini Isnin 18 Februari,2014 telah berlangsung pelancaran NILAM iaitu singkatan Nadi Ilmu Amalan Membaca. Program ini telah lama di laksanakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) lebih sedekad lalu berdasarkan Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.Amalan membaca seberapa banyak buku dalam setahun menjadi matlamat KPM kepada pelajar-pelajar di sekolah. Sememangnya daya nalar manusia pasti berkembang melalui pembacaan yang meluas kerana membaca menjadi jambatan ilmu untuk memperkukuh modal insan berketrampilan. Dalam majlis tersebut beberapa orang pelajar telah menerima hadiah daripada pihak sekolah atas pencapaian mereka dalam Nilam.


Che Yahya Che Soh.
Pengetua SMKSB@STAR,
Segambut, Kuala Lumpur.
Isnin 17 Februari,2014.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...