Saturday, February 15, 2014

Antara Sinabung dan Kelud

Dalam bulan Januari awal tahun ini Gunung Sinabung di Sumatera Utara  meletus dahsyat mengeluarkan larva panas mengambil 11 korban, mencederakan ratusan orang, memusnahkan penempatan penduduk di Tanah Tinggi Karo.Demikian laporan berita akhbar dan TV yang dapat saya ikuti.Selang tidak berapa lama tepatnya pada hari Khamis 13 Februari 2014, Gunung Kelud di kepulauan Jawa  pula memuntahkan larva menghembur awan panas ke udara akibat erupsi yang tidak tertampung lagi. Dua kejadian alam yang menggerunkan dalam waktu berhampiran menimbulkan keresahan dan kepanikan total kepada manusia.Indonesia yang terkenal dengan keindahan alam ciptaan Tuhan mempunyai ribuan gugusan pulau dari Sabang sampai Maureke merupakan sebuah negara yang banyak rangkaian Gunung Berapi baik yang masih aktif atau telah tidak lagi berfungsi.

 
Gunung Sinabung di Sumatera Utara 
Sumber: kredit :energytoday.com

Bumi Subur

Bentuk muka bumi yang bergunung ganang berhutan tebal menjadikan Jazirah Indonesia kaya dengan kehidupan flora dan fauna.Buminya subur  kesan ledakan gunung berapi yang sering berlaku mengeluarkan bermacam galian dari perut bumi(fertilizer)yang sangat berguna kepada manusia.Ngarai Sianok (lembah) di Bukit Tinggi Sumatera Barat kemungkinan terbentuk kerana tinggalan erupsi gunung berapi yang berlaku masih asli boleh di sasksikan hingga kini. Kesuburan hasil panen menjadi modal ekonomi kepada penduduk menambah pendapatan harian mereka.Di Wilayah Sumatera sahaja puluhan gunung berapi masih berfungsi berada dalam jalur pergunungan Bukit Barisan yang menganjur dari utara hingga ke selatan pulau Sumatera.Gunung Sinabung (Sumut),Gunung Singgalang (Sumbar) Gunung Merapi dan Gunung Karakatau antara beberapa gunung yang di kenali manakala di Pulau Jawa pula yang selalu menjadi objek wisata seluruh dunia ialah Gunung Tangkuban Parahu di Bandung di samping Gunung kelud yang telah mengalami erupsi beberapa hari lalu.Kejadian ini pastinya mengancam keselamatan sehingga beberapa lapangan terbang terpaksa di tutup kerana di selimuti abu gunung Kelud.



Sumber: Video Amatir Detik-Detik Gunung Kelud Meletus.

Sinabung dan Kelud

Antara fenomena Sinabung dan Kelud mengajar kita untuk mengintrospeksi diri bahawa alam ini pun mengalami proses pasang surut  seperti juga manusia. Apabila bebanan yang di kandung tidak lagi tertampung, ia akan memuntahkan larva panas ke udara hingga mencapai ratusan kilometer bergantung kepada kekuatan magma dalam perut bumi.Melihat fenomena alam dengan mata hati berlandaskan keimanan kepada Allah SWT menimbulkan keinsafan mendalam terhadap kekuasaan Pencipta Alam yang memegang segala kunci Langit dan Bumi kerana tiada sehelai daun yang gugur ke bumi melainkan dalam ilmu Allah. Semoga Allah SWT menyelamatkan hamba-hambaNya di negara tetangga kita dari musibah erupsi Sinabung dan Kidul.Melalui klip video amatur dapat kita saksikan hampuran abu bersama kerikil menyelimuti penempatan penduduk.Bersamalah kita menolong meringankan beban  mereka dengan bantuan kewangan, pakaian dan doa yang penuh ikhlas mudah-mudahan musibah Kelud tidak berpanjangan. Amin.

 proses muncul anakan kelud Gunung Kelud dari Danau Kawah ke Kubah lava
Gunung Kelud Kediri Jawa .
Sumber: kredit  Kediri.net

Wallahua'llam.
Drs.Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Ahad 16 Februari,2014.

Antara Sinabung dan Kelud .

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...