Wednesday, February 12, 2014

Dapatan Pemantauan MMI

Pagi tadi Rabu 12 Februari,2014 pegawai Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan ,Kuala Lumpur(JPWP) telah membuat pemantauan Melindungi Masa Instruksional (MMI) ke SMK Sinar Bintang@Star dan melihat beberapa orang guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (pdp). Kelas pertama yang di cerap ialah Tingkatan 4 Dinamik yang mempunyai bilangan murid seramai 41 orang.Skala yang di gunakan ialah 0-4.Beliau melihat secara keseluruhan seperti Pentadbiran Sekolah,Kepimpinan Instruksional, Keberkesanan Guru Mengajar dan Keberkesanan Murid Belajar.

Dapatan pemantauan

Berikut ialah purata markah yang di perolehi bagi setiap item yang di pantau. Pentadbiran Pengurusan Sekolah 3.6, Kepimpinan Instruksional 3.7, Keberkesanan Guru Mengajar 2.1 dan Keberkesanan Murid Belajar 2.9. Tahap Amalan melindungi Masa Instruksional (MMI) ialah: 12.3/4 =3. Markah penuh ialah 4. Saya mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana memberikan maklum balas yang akurat mengenai pelaksanaan  MMI di SMK Sinar Bintang@Star. Kami akan membuat penambahbaikan terhadap sebarang komen dan ulasan berpandukan perangkaan yang di perolehi bagi setiap Sub-Item untuk meningkatkan prestasi kerja secara berterusan.Menurut Encik Rossaidi Ngah, beliau berpuas hati dengan sikap pelajar yang menghormati guru dan pemantau khususnya pelajar kelas 4 Dinamik.

Terima kasih Che'gu

Bagi pihak sekolah, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru yang melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.Pihak sekolah akan memastikan elemen i-Think dan KBAT dalam kalangan guru menjadi wahana kecemerlangan pelajar.Menggunakan 'High Order Thinking Skill' dalam pengajaran dan pembelajaran seharusnya menjadi amalan terpuji untuk membuka minda pelajar meneroka ilmu pengetahuan secara ilmiah.Pendekatan paedagogi yang mencabar minda sangat di perlukan untuk penalaran daya fikir pelajar.Semalam saya masuk ke kelas 3 Dinamik sebagai guru relief  menggantikan guru Geografi . Saya bertanya pelajar dimana letaknya negara China. Saya bertanya mereka berapa jam penerbangan dari KLIA ke Beijing? Apakah mercu tanda terkemuka Tanah Besar China? Berapa jenis musim/iklim China  sambil melukis lakaran peta di papan putih(white board).










En Rossaidi Ngah
Pegawai Pemantau JPWP 

Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Rabu 12 Februari,2014.

Dapatan Pemantauan MMI

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...