Monday, February 10, 2014

Ya Allah Panjangkan Usia Ayah Dalam Iman


















Ayahanda Hj.Che Soh Majid  bersama cucunya.


















Di rumah Kg. Batu Mengkebang, K.Krai


















Mohd Ilham seorang lagi cucu yang pintar
dan lasak.

Penduduk awal Batu Mengkebang sejak tahun 1963  ayahanda Hj. Che Soh telah berhijrah ke sini dari kampung asal Batu Hitam Pasir Puteh untuk mencari penghidupan baharu.ImamTua Masjid Besar Batu Mengkebang ini masih lagi berkhidmat sebagai Jurunikah di daerah ini. Sebagai peneroka asal Rancangan Tanah Batu Mengkebang (RKT) berbagai pahit maung di hadapi ayah bersama rakan-rakan lain dari seluruh Daerah/Jajahan di negeri Kelantan semasa mula tiba di sini meneroka tanah hutan.Kini Mengkebang menjadi sebuah daerah yang maju lengkap dengan kemudahan awam iaitu komplek Sekolah Rendah dan  Menengah Batu Mengkebang Berasrama, Masjid , Klinik Kesihatan, Pejabat KESEDAR, Balai Polis (tapak sudah siap) menjadi sebuah Pekan  seperti Gucil dan bandar Kuala Krai. (lihat artikel saya Sejarah Awal Mengkebang).

Pada hari Rabu-Jumaat 12-14 Februari, ayah berada di Kuala Lumpur menghadiri mesyuarat bersama Lembaga Pertubuhan Peladang seluruh negara. Semalam saya menjemput beliau di hotel KLIH bawa ke rumah melihat cicitnya Ammar Rauf Mohd Zulkifli.Ayah sungguh teruja melihat cicitnya yang comel baharu berumur 48 hari. Selepas makan malam, Siti Amnah adik saya datang ke rumah menemui ayah dan kemudiannya menghantar semula ke hotel. Semoga ayah sihat sejahtera selalu . Amin.


Che Yahya Che Soh
Selasa 11 Februari,2014.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...