Sunday, February 23, 2014

Pelancaran Minggu PPDa dan Pantun Narkotika











































Majlis -pelancaran minggu Pendidikan Pencegahan Dadah peringkat sekolah di adakan pada hari ini Isnin 24 Februari,2014 di Dewan Bestari SMK SINAR BINTANG @STAR. Healthy kids healthy future.

Pantun Narkotika 

Apabila terjebak najis dadah
Seluruh tubuh menerima padah
Badan gementar 'geligut' terjelir lidah
Merata tempat penuh ludah

Dadah durjana meracun minda
Tidak mengenal duda atau janda
Meluntur iman terhunjam di dada
Malunya keluarga ayah dan bonda

Dadah durjana musuh negara
Bahananya besar sungguh ketara
Menghancur kehidupan teruna dan dara
Rumah tangga makin  panas membara

Apabila terkena kencing dadah
Perkara payah kononnya mudah
Mengambil dadah mengulum lidah
Berpura-pura pintar  bermain madah.

Putera dan puteri serikandi bangsa
Di tanganmu tergantung harapan nusa
Membenteras dadah di kota dan desa
Memelihara nasab menjauhi dosa

Jahatnya dadah meracun manusia
Tidak bermanfaat hanya sia-sia
Menyerang bangsa tanpa batas usia
Hilangnya maruah jatuhnya mulia

Apabila dadah menyerang mangsa
Kantung kering sepanjang masa
Merah mata berpinar  penuh berbisa
Ragut dan rompak terjadi berleluasa

Azab dadah sungguh sengsara
Ayah dan bonda  sasaran dera
Gian dadah  mengancam selera
Tidak  mengenal sanak dan saudara

Dadah durjana bebas berleluasa
Menyerang manusia tanpa batas usia
Runtuhnya moral peradaban bangsa
Generasi pewaris menjadi mangsa .


Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Isnin 24 Februari,2014.

Gambar:WNAZMI



No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...