Thursday, October 31, 2013

Sabar dan Yakin

Dalam Surah Sajdah Allah berfirman bermaksud" Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar.Dan adalah mereka meyakini ayat-ayat Kami" (QS: 24). Demikian perkhabaran yang di bawa oleh Al Qur'an untuk memilih pemimpin dalam kalangan manusia.Surah Sajdah yang kita baca setiap pagi Jumaat mengandungi 30 ayat, turun di Makkah dan tergolong dalam Surah Makiyyah. Allah swt menurunkan ayat-ayatNya kepada Nabi saw berdasarkan tempat ,suasana dan kejadian yang berlaku terhadap umat manusia terdahulu.Kebanyakan Surah yang turun di Makkah mengajak manusia mentauhidkan Allah swt dan mengakui kerasulan Muhammad saw. Banyak ayat  membicarakan tentang keimanan, mengEsakan Allah sebagai Tuhan yang Berhak di Sembah.

Perintah Solat

Perintah menerima Solah berlaku di Makkah sewaktu Nabi Nabi saw berada di Masjil Haram.Dengan perintah Allah, Nabi saw di perjalankan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa Palestine dan mikraj bertemu Allah Azzawajala di SidratulMuntaha semata-mata menerima Solah kemudian kembali lagi ke Makkah dalam waktu yang singkat.Percaya kepada perkara GHAIB merupakan rukun Iman yang tidak boleh di takwil dengan akal fikiran. Sekiranya kita menggunakan logika untuk mencari bukti sudah pasti tidak akan bertemu jawapan secara rasional. Sebagai analogi,dari mana datangnya manusia yang sebelum ini belum pernah wujud ? Bukan kah manusia itu terbentuk dari percantuman mani kedua orang tua kita, dengan Izin Allah lahir ke muka bumi lengkap dengan anggota. Justeru percaya kepada Alam Ghaib secara imani menjadi pegangan setiap orang beriman iaitu mempercayai Allah swt sebagai Zat yang Tunggal yang Mencipta dan Mematikan makhluk. 

Sabar dan Yakin

Dua perkataan ini sering kita dengar dalam kehidupan masyarakat. Sabar ialah sesuatu yang sungguh mulia sifatnya.Sabar menerima ujian dan musibah. Sabar dalam keadaan menderita sakit. Sabar menahan karenah anak-anak dan berbagai masalah yang kita tempuh dalam kehidupan seharian memerlukan kekuatan iman.Hanya orang yang kuat hubungan dengan Tuhan sahaja mampu menghadapi ujian dengan penuh sabar.Hubungan dengan Allah bermakna bergantung harap sepenuhnya kepada Tuhan dalam setiap keadaan dan suasana dengan sebenar-benar Yakin.Dalam kalangan manusia, Allah memilih mereka menjadi pemimpin untuk melanjutkan risalah Nabi saw dengan penuh sabar dan yakin.Bagaimana Allah menguji NabiNya Nuh as (Pemimpin) dengan ujian amat berat anaknya tenggelam di depan mata, isterinya tidak beriman kepada Tuhan merupakan bentuk ujian yang benar-benar memerlukan kesabaran.Ciri -ciri pemimpin yang dianjurkan oleh Al Qur'an ialah mempunyai sifat Sabar dan Yakin dengan perintah Allah swt merupakan indikator kesejahteraan umah.Menjadikan Islam sebagai tonggak kepimpinan sudah pasti mendapat jaminan dari Allah swt kerana peraturan dan perundangannya  untuk menjamin keselamatan seluruh manusia di bumi.

Wallahua'lam.


Che'Yahya Che'Soh
Sinar Jumaat 1 November,2013.

Puan Siti Soraya and Her Students


Puan Siti Soraya accompanied by her students. How closed they are.
Caring and loving each others. A real teacher can make a difference. 
































Mr. Basyir  with his class students












Mrs. Rusmini with their class students.


Mrs. Norli and her boys look smiling, happy, cheerful and glory.

Thanks to all my beloved teachers and students.Good Luck in your SPM 2013.

Principal SMKSB@STAR
Kuala Lumpur.
31 October,2013.









Wednesday, October 30, 2013

Majlis graduasi 2013




















Pelajar-pelajar sedang mendengar ucapan Pengetua.



 
 
Dato'Melvin sedang berucap
 

Bergambar bersama Dato'Melvin Loh.

 
 Dewan Bestari kelihatan berseri menyambut graduasi


Para graduan dan graduati berbaris untuk menerima
Sijil Tamat Belajar (STM) daripada Dato' Melvin Loh.
 

Khamis 31 Oktober,2013.
Majlis Graduasi SMKSB@STAR.
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.

Back Drop Graduasi



Terima kasih tak terhingga kepada Guru-guru saya Siti Soraya Zanariah,Asmahan, Nisa yang bertungkus lumus menyiapkan 'back drop' Majlis Graduasi SMKSB@STAR.Kelihatan kemas, elegan dan bermakna.Jessy Sam bersama pelajarnya menanggalkan atur huruf sebaik selesai majlis .Anda semua sememangnya HEBAT.

Pengetua SMKSB@STAR
30 Oktober,2013.

My Victory Voice

I use my Victory as a medium of communication for the purpose of sharing knowledge and contributing the idea on school progress in all areas.In conjunction with education transformation, learning and teaching process become more tougher and challenging for us.Principals, teachers and Educators must play a vital role to fulfill the nation wide in educating young generation for the better future.Ministry of Education introducing it's Blue Print 2013-2025 to improve the education system become relevance to worldwide.Our task become more challenging to fulfill people's need in a global era.Technology is changing too fast in all fields.People across the globe using internet broadly to communicate and selling goods via online.Re-engineering in teaching and learning process base on technology development may enhancing students achievement in studies. People who are afraid to change,always find excuses  to justify their work. Thinking positive is good practicing to strengthening our mind ,body and soul. Do all the good you can, to all the people you can as long as you can.
 

 Source:MPSM KL

Che Yahya Che Soh
SMKSB@STAR
Wed 30 October,2013.

SMK Desa Mahkota

Mulai tahun 2014, sebuah Sekolah Menengah akan di buka untuk menampung pelajar-pelajar Tingkatan 6 yang begitu padat di daerah Kepong. Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Mahkota telah siap di bina sejak setahun lalu, terletak di Desa Park City yang sedang pesat membangun. Sekolah ini bersebelahan SRJK(C) Kepong 3 dan Pusat Perubatan Sime Darby.Rekabentuk sekolah ini kelihatan elegan dan moden. Lokasinya tidak jauh dari SMK Sinar Bintang Segambut  (1.5 km)  dan  SMK Manjalara Kepong. Perkara ini diumumkan secara rasmi oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah (KSPS)Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Pn Rusni Ab.Jalil, semasa mesyuarat Profesionalisma Pengetua dan Guru Besar di BTP Bukit Kiara pagi tadi.












Pn Hjh Rusni Ab.Jalil
KSPS JPWP Kuala Lumpur.
















Sumber:says.com


Dengan pertambahan ini bilangan sekolah seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekarang sebanyak 298 buah Rendah dan Menengah.Sementara itu dalam ucapan perasmian oleh Timbalan Pengarah Pejabat Pelajaran Wilayah Sentul (PPWS) Hjh Nik Ramas Nik Wan mengingatkan Pengetua dan Guru Besar membuat persiapan penutup dan pembukaan penggal sekolah dengan teliti  supaya tidak timbul sebarang isu yang  boleh menjejaskan kemasukan pelajar baharu pada sesi 2014.Beliau meminta sekolah menyemak kerja-kerja yang telah di laksanakan sepanjang tahun dan memastikan e Perlu di kemaskini untuk tujuan LNPT.
Sumber:says.com



Che'Yahya Che' Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Rabu 30 Oktober,2013.

SMK Desa Mahkota Park City

Monday, October 28, 2013

Britain braces for worst storm in a decade
Britain faced travel chaos on Monday and more than 10,000 homes were without electricity in northwestern France as a massive storm swept in from the Atlantic Ocean. Britain's national weather centre the Met Office warned of falling trees, damage to buildings and disruption to power supplies and transport as the storm hit England's southwest coast late Sunday.

Between 20 and 40 millimetres (0.8 to 1.6 inches) of rain were predicted to fall within six to nine hours as the storm tracked eastwards across Britain, with a chance of localised flooding.

It will be followed by widespread gusts of 60 to 70 miles (97 to 113 kilometres) an hour across southern England and south Wales on Monday, with winds reaching more than 80 miles (130 kilometres) an hour in some areas, forecasters say.

The Met Office issued an "amber" wind warning for the region, the third highest in a four-level scale, and urged people to delay their Monday morning journeys to work to avoid the worst of the bad weather.

In northwest France more than 10,000 homes were without electricity early Monday after wind gusts reached 133 kilometres (83 miles) in some areas knocking down power lines but no major damage or injury were reported.

London looked set for a chaotic rush-hour after train companies First Capital Connect, C2C, Greater Anglia, Southern and Gatwick Express services all said they would not run services on Monday until it was safe to do so. That is unlikely to be before 9:00 am (0900 GMT), according to forecasts.
Robin Gisby from line operator Network Rail warned commuters to expect severe disruption.

"If we get through this in the morning, restore the service during the afternoon and are able to start up a good service on Tuesday morning, in the circumstances I'll be pretty pleased," he added.
Major airports also warned of disruption to flights with London hub Heathrow expecting approximately 30 cancellations.

Cross-channel train service Eurostar said it would not be running trains on Monday until 7:00 am, meaning delays to early services.

Several ferry operators said they had cancelled some cross-Channel services and Irish Sea crossings.
Meanwhile, the rough conditions led to rescuers standing down the search for a 14-year-old boy who was washed out to sea from a beach in East Sussex on England's south coast.

Britain last experienced similar wind strengths in March 2008, but forecaster Helen Chivers told AFP the expected damage was more comparable with a storm seen in October 2002.

Prime Minister David Cameron received an update from officials on contingency planning in a conference call on Sunday, amid fears of similar damage wrought by the "Great Storm" of October 1987.

That left 18 people dead in Britain and four in France, felled 15 million trees and caused damages worth more than £1 billion ($1.6 billion or 1.2 billion euros at current exchange rates) as winds blew up to 115 miles (185 kilometres) an hour.

Martin Young, chief forecaster at the Met Office, said: "While this is a major storm for the UK, we don't currently expect winds to be as strong as those seen in the 'Great Storm' of 1987 or the 'Burns Day storm' of 1990.

"We could see some uprooted trees or other damage from the winds and there's a chance of some surface water flooding from the rainfall -- all of which could lead to some disruption."

Veteran weather forecaster Michael Fish also said Sunday's storm was unlikely to be as severe as 26 years ago, although his comments will be taken with a pinch of salt in Britain.
Fish was the BBC's main television weatherman in 1987 but famously denied that a major storm was on its way just hours before it hit.

This year's storm has been named St Jude after the patron saint of lost causes, whose feast day is on Monday.


















Large waves break against barriers on the seafront in Brighton, southern England on October 27, 2013 as a predicted storm starts to build

New Straits Times
Monday 28 October, 2013.

Sunday, October 27, 2013

Haji Ab.Hamid Telah Tiada


 
 Sumber:simplyhasanah.tumblr.com

Sebelum mengimami Solat Subuh, saya mendapat berita kehilangan seorang jemaah tetap Surau Al Falah AU 4 Keramat , Hj. Abdul Hamid telah kembali kerahmatullah pada hari ini (Isnin ) jam 2.00 pagi  di Hospital Ampang dalam usia genap 70 tahun.Jenazahnya telah pun berada di rumah beliau di Jalan AU 4/5 tidak jauh dari Surau.Solat jenazah akan di adakan pada pukul 9. 00  pagi di Surau Al Falah.Kesihatan beliau sejak akhir-akhir ini agak menurun, bertongkat ke Surau namun tetap menunaikan Solat berjemaah setiap pagi dengan kereta Myvi hijaunya BGY 34.Beliau suka berserban dan tidak pernah lekang dengan satu lagi lagi serban di bahunya.Itu lah ciri-ciri hamba Allah yang mematuhi sunnah Nabi saw.Kehilangan beliau cukup di rasai dalam kalangan jemaah.

 Di sukai Jemaah

Allahyarham di sukai dan di senangi ramai jemaah sehinggakan Ustaz Ibrahim Gedebe selalu mengusik beliau semasa menyampaikan kuliah pagi.Semasa mendengar tazkirah saya perhatikan Allahyarham mudah tersentuh dengan ceramah yang disampaikan sehingga genangan air mata mengalir di pipinya.Semasa hidupnya beliau seorang yang banyak membuat kebajikan dan suka menolong orang. Kawasan Surau ditanam dengan ubi kayu, cili api dan terung untuk kegunaan jemaah.Saya pernah berkata kepada beliau itulah sedekah jariah Tuan Haji yang boleh membantu setelah kita tiada nanti. Beliau kelihatan gembira dan mengucapkan Alhamdulillah.Saya rapat dengan beliau tetapi agak terkilan kerana tidak mengetahui beliau dimasukkan ke Hospital kerana mengalami komplikasi jantung.Demikian menurut isterinya semasa kami menziarahi jenazah pagi tadi.Janji Allah pasti berlaku kepada setiap manusia, tinggal lagi kita yang masih hidup menunggu detik dan saat yang wajib di tempuhi menuju tempat yang sama iaitu BARZAH.Banyaknya pengajaran dan tamsil bila menziarahi kematian kerana manusia itu sentiasa ghuflah dengan alam yang pasti kita tuju iaitu AKHIRAT.Perbanyakkan amalan semasa hayat masih ada, cintailah Allah dan Rasul saw dengan jiwa raga semoga kita mendapat keredhaanNya.

Melawat jenazah

Sebaik selesai Solat Subuh para jemaah ke rumah beliau melawat jenazah , menyampaikan doa dan tahlil semoga Allah swt memberikan tempat yang selayaknya kepada beliau.Amin.Jenazah beliau di solatkan di Surau Al Falah oleh anakandanya sendiri Mohd.Irwan dengan ratusan jemaah bersama-sama berdoa semoga Allah swt memberikan tempat yang sebaik-baiknya.Ustaz Farhan kemudiannya mengetuai pembacaan doa khusus untuk Allahyarham sebelum jenazah di usung keluar untuk ke tanah perkuburan menggunakan Van Jenazah Masjid As Sobirin. Saudara mara dan sahabat handai turut menghantarnya ke perkuburan AU4 untuk di semadikan sehinggalah tiba hari kebangkitan yang dijanjikan Allah, pada  kira-kira jam 10.30 pagi. Selamat beristirehat semoga Allah swt membangkitkan tuan dengan nur iman di Mahsyar nanti . Serangkai Al Fatihah khusus buat Hj Ab.Hamid Ayub@Osman semoga Allah swt meyantuni hambaNya dengan penuh kasih sayang di alam sana. Amin Ya Rabbal 'Alamin.




















Sumber gambar:lamanwargaau4.blogspot.com

Allahyarham Hj.Ab.Hamid  berseluar biru (bersila)kedua
tangan di atas lutut kelihatan tersenyum bersama rakan jemaah
di Surau Al Falah AU 4 Keramat. Depan sekali ialah Hj.Ramli kini 
masih terlantar sakit di rumahnya tidak jauh dari rumah Allahyarham. 

















Perkarangan Surau Al Falah AU 4 Taman Sri Keramat Tengah.

Titisan doa dari seorang teman
Che'Yahya Che'Soh
Imam Surau Al Falah AU 4.
Isnin 27 Oktober,2013.

Teks Ucapan Graduasi Pengetua


Salam Sejahtera.Saudari-saudari Pengacara Majlis, Y.Bhg. Dato' Melvin Loh Pengerusi LKM selaku tetamu kehormat pada pagi ini, YDP PIBG En. Simon Khor, Penolong-penolong Kanan, Ketua-ketua Bidang, Guru-guru, seterusnya pelajar-pelajar sekalian.
Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Dato' Melvin Loh kerana sudi hadir untuk merasmi dan memeriahkan majlis kita pada kali ini. Kehadiran Y.Bhg Dato' menjadi suntikan semangat kepada para pelajar seramai 337 calon yang akan menduduki peperiksaan SPM pada 6 November nanti.

 Kehadiran Dato' yang juga mantan pelajar SMKSB@STAR dari tahun 2005 mempunyai nostalgia tersendiri sebagai seorang pelajar sekolah ini suatu masa dulu.Saya juga tidak lupa mengucapkan tahniah kepada Dato' kerana meraih prestasi cemerlang dalam hidup.Saya berasa bangga dengan kejayaan bekas pelajar SMKSB@STAR yang mencipta nama dalam dunia korporat sebagai salah seorang tokoh yang berjaya membangun legasi perniagaan sebagai Pengerusi LKM yang memayungi 9 anak syarikat di bawah beliau.


Kejayaan ini menuntut pengorbanan dan komitmen yang tinggi kerana cabaran dalam dunia business terlalu besar. Syabas dan tahniah Dato'.Pihak sekolah merakam penghargaan dan terima kasih khusus kerana kesudian Dato' untuk menyumbang dan memasang  alat penghawa dingin di Dewan Gemilang untuk keselesaan pelajar kami. Saya pasti Dato' sangat prihatin dengan sekolah kerana di sini lah beliau menimba ilmu dan mengutip berbagai pengalaman sebelum menjadi seorang tokoh korporat yang berjaya.Bantuan beliau kepada sekolah tentunya berterusan bukan hanya terhenti di sini sahaja. Terima kasih Dato' .

Tuan-tuan dan Puan-puan,

SMKSB@STAR  secara perlahan namun pasti mengalami proses penambahbaikan dan transformasi berterusan dalam bidang Akademik, Kokurikulum, Sukan dan Sahsiah pelajar. Semakin hari bertambah baik terutama pencapaian akademik pelajar menunjukan prestasi memberangsangkan. Dalam SPM tahun lalu seramai 13 orang pelajar sekolah ini mendapat semua A meningkat seramai 6 orang berbanding tahun 2011, 7 calon , dengan peratus kelulusan keseluruhan meningkat sebanyak 3.05 . Begitu juga dengan pencapaian dalam PMR seramai 12 orang mendapat semua A pada tahun ini.


Tuan-tuan dan Puan-puan

Semua kejayaan ini hasil usaha pelajar dengan tunjuk ajar guru yang bertungkus lumus memberikan bimbingan tanpa mengenal jemu walau pun sesekali mengganggu emosi dengan karenah segelintir pelajar . Dalam bidang kokurikulum pula pelajar kita telah menunjukan pencapaian keperingkat antarabangsa dalam pertandingan memasak 'World Chef Competition' sehingga melayakan mereka ke Switzerland  pada tahun lepas bersama Puan Koay, Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah ini. Begitu juga dalam bidang Sukan, pembabitan pelajar dalam Badminton hingga ke peringkat antara bangsa melayakan pelajar ke Filifina pada tahun lalu.

Y.Bhg. Dato' tuan-tuan dan puan-puan,

Bagi memastikan pelajar seronok dan gembira, kami berusaha menghijaukan iklim sekolah dengan  berbagai jenis tanaman beradun lembut bunga-bungaan sebagai terapi minda yang menyegarkan. Bangunan sekolah yang kelihatan elegan dan gagah menjadi mercu tanda kejayaan pelajar. Papan tanda SMKSB is a Star school bukan sekadar hiasan tetapi benar-benar kenyataan yang kita dambakan bahawa sekolah ini akan menjadi sebuah institusi yang berkualiti bukannya sekadar ilusi menyedapkan hati.Bagi merealisikan impian tersebut pihak sekolah berganding bahu memperkenalkan berbagai pendekatan untuk membantu pelajar ,melaksanakan PEMBESTARIAN PMR dan SPM dengan memberi fokus kepada pencapaian mata pelajaran yang merosot seperti Bahasa Melayu dan Sejarah dalam kalangan pelajar. Bimbingan berterusan dari Guru Cemerlang menjadi pemangkin kejayaan pelajar. Pihak sekolah mensasarkan seramai 20 orang calon SPM tahun ini mendapat semua A InsyaAllah.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Kemajuan sesebuah sekolah berkait rapat dengan hubungan dan kerjasama padu masyarakat. Peranan PIBG sebagai badan perantara sekolah menjadi penentu ukuran kecemerlangan pelajar.Jalinan muafakat antara sekolah dan Ibu bapa merupakan faktor pengukuhan pencapaian pelajar. Selaku Pengetua sekolah ini , saya amat berterima kasih kepada pihak PIBG kerana prihatin dengan sekolah terutama menyediakan pra sarana kemudahan infratruktur membaiki lantai Dewan Gemilang, Pusat Sumber, memasang CCTV dan menyediakan dana untuk kegiatan pelajar dalam Sukan dan kegiatan sekolah dengan jumlah yang agak besar. Dalam merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan menghasilkan modal insan berketrampilan selaras dengan PPPM 2013-2025, transformasi dalam berbagai bidang sedang dilaksanakan, seperti PBS,Frog VLE, I think, Hots (KEBAT), MMI, Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah,MBM/MBI, 1M1S, mewajibkan mata pelajaran Sejarah sebagai syarat lulus SPM. Subjek Bahasa Inggeris pula akan di wajibkan lulus dalam SPM menjelang tahun 2016 dan berbagai sistem online  yang bertujuan menambah kecekapan dan pemantapan penguasaan guru dan murid.


Tuan-tuan dan Puan-puan,

Pihak sekolah juga telah melancarkan program kayuhan bestari bersama PIBG untuk mengumpul dana bertujuan membaiki dan menambahbaik bangunan sekolah untuk keselesaan pelajar.Sambutan ibu bapa, guru-guru dan pelajar sangat memberangsangkan. Kerjasama erat seperti ini memungkinkan SMKSB@STAR muncul sebagai sebuah sekolah terunggul dan di segani. Sehingga ini dana terkumpul baru mencecah RM31,400 mungkin dengan sumbangan daripada Y,Bhg Dato' pada hari ini kedudukan kutipan kita akan melonjak drastik. InsyaAllah.  


Sekian Terima Kasih
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur.
Ahad 27 Oktober,2013.

Teks ucapan Graduasi Khamis 31. 10 .2013.

Persaraan Pengetua

Dalam bulan Oktober ini tepatnya pada 29 dan 31 Oktober,2013 tiga orang Pengetua Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan menamatkan perkhidmatan mereka dalam  dunia pendidikan setelah berkecimpung lebih 30 tahun mendidik dan membentuk kepribadian anak bangsa menjadi modal insan yang berguna untuk pembangunan negara. Jasa mereka teramat besar terhadap masyarakat dan negara walau pun kurang di beri pengiktirafan. Mereka yang pasti bersara dalam waktu dekat ini ialah Puan Zainab Hashim Pengetua SMK Cochrane Perkasa, Puan Hanizah Idris, Pengetua SMK Puteri Titiwangsa dan Sdra. Kamaruddin Buyong Pengetua SMK Manjalara, Kepong. Semoga Allah memberikan kesihatan dan ketenangan berpanjangan kepada rakan-rakan semua. AMIN. Selamat bersara.
 
 
Sdra.Kamaruddin Buyong
Pengetua SMK Manjalara
PPPS DG 52














Puan Zainab Hashim 
Pengetua  SMK Cochrane Perkasa
PPPS DG 54

 
















Puan Hanizah Idris
Pengetua SMK Puteri Titiwangsa.
PPPS DG 54
















Sumber You tube Berjumpa dan Berpisah.

Pagi tadi sekitar jam 10.30 saya bergegas ke SMK Cochrane Perkasa untuk turut sama meraikan Puan Hajah Zainab walau pun jadual kerja  padat.Ramai rakan -rakan Pengetua yang hadir antaranya Datin Hasmah Abu (SMKTTDI), Puan Che Kamariah @Siah SMKBS, Puan Rodiah SMK Puteri Wilayah, Puan Ce Hasnah SMK Datuk Lokman, Puan Hanizah Idris SMK(P)Titiwangsa, Puan Halimahtun SMK Zon RI Wangsa Maju, Puan Nazifah Latif SMK Cochrane dan wakil-wakil Pengetua menyampaikan salam perpisahan kepada beliau. Majlis persaraan ini turut di raikan Timbalan Pengarah Pejabat Pelajaran Sentul Hajah Nik Ramas Nik Wan yang mewakili Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan.Majlis berakhir dengan jamuan tengahari dan pertunjukan kebudayaan oleh para pelajar.


Salam hormat,
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMK Sinar Bintang (SMKSB@STAR)
Segambut, Kuala Lumpur.
Ahad 27 Oktober,2013.

Saturday, October 26, 2013

Penyesalan Berpanjangan

Kuliah Subuh di Surau Al Falah AU 4 pagi tadi (Ahad 27 Oktober)  disampaikan Ustaz Ibrahim Mohammad sebagai rutin tazkirah bulanan. Antara lain beliau membaca Hadith Nabi saw yang di riwayatkan oleh Tabrani dan Baihaqi  yang bermaksud " Tidak berlalu suatu saat ke atas anak Adam kecuali ia mengeluh di Mahsyar." . Menurut beliau ketika berada di Mahsyar manusia akan mengeluh berpanjangan mengenang nasibnya kerana selama hidup di dunia tidak melakukan amal soleh,jauh sekali mengingati Allah (berzikir) dalam setiap keadaan.Berzikir bermakna mengingati Allah setiap saat baik di masa senang, susah atau derita  di timpa musibah. Berzikir boleh dilakukan dengan berbagai cara antaranya ialah dengan hati,lidah dan anggota badan kerana Zikrullah itu umpama air dengan ikan yang tidak pernah putus dari kehidupan.Sememangnya konsep zikir itu sangat luas hanya orang kita saja yang memahami dari skop yang sempit.Ketika kita melihat kebesaran Tuhan melalui PenciptaanNYa, terdetik dalam hati keagungan Tuhan apa lagi mengingat nama-nama Allah yang sangat indah iaitu Asma Ul Husna boleh menenangkan jiwa manusia yang sedang sakit. Beliau seterusnya membaca sepotong Hadith Qudsi yang berkaitan dengan pemungut cukai berada dalam neraka.

 
Ustaz Ibrahim Mohammad Raja
Sumber gambar:kuliahpengajian.com




Sumber :Asma Ul Husna you tube from internet.

Penghuni Neraka

Ayat Al Qur'an bertebaran mengingatkan manusia tentang siksaan neraka tetapi manusia memang sengaja mencampakkan diri mereka ke lembah kehinaan.Dunia yang kita saksikan dalam kurun ke 21 ini sangat mencemaskan. Kejadian dan insiden di luar batas kemanusiaan sudah menjadi asam garam kehidupan. Pembunuhan, pemerkosaan, perompakan, penzinaan, buang bayi dalam tong sampah sudah lali dalam masyarakat.Rasuah, perjudian, pemerdagangan orang  memenuhi rantaian kehidupan manusia moden yang terlalu jauh dari  unsur-unsur keinsanan apa lagi kemurnian Islam.Bergelumang dengan kefasadan menyebabkan zhulumatnya (gelap) hati sehingga dikuasai nafsu syaitan yang menyesatkan.Tunggulah manusia bila sampai masa kamu akan rasakan " LA AM LA AM  NA JAHANNAM MA MI NAL JINNA TIWANASI  AJ MA'IN . Sesungguhnya Aku akan penuhkan Neraka Jahannam dengan Jin dan Manusia. Janji Tuhan pasti berlaku kepada siapa saja yang engkar dan zalim semasa hidup di muka bumi.

Wallahua'lam
Che'Yahya Che'Soh
Imam Surau Al Falah AU 4.
Ahad 27 Oktober,2013.


Basikalthon 26 Oktober 2013.














 




























 












Sumber: Video WNazmi.


Kayuhan Bestari 26 Oktober,2013.
SMK SINAR  BINTANG (STAR )

Pengetua 
Ahad 27 Oktober 2013.



Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...