Wednesday, March 27, 2013

Pendidikan ,Halatuju dan Matlamat

Pendidikan merupakan asas kehidupan yang dapat membangun minda manusia bersumberkan kekuatan ilmu dan pengetahuan yang dimiliki sebagai sarana yang paling dominan untuk membuat anjakan paradigma melakukan perubahan dalam hidup. Kecemerlangan dan kekuatan intelektual yang dimiliki menjadi katalisator  pembangunan diri.Kecemerlangan dan kemajuan sesebuah negara diukur melalui tahap pendidikan yang diterima oleh rakyatnya yang celik ilmu dan berpendidikan sebagai aset pembangunan negara.

Peradaban manusia

Peradaban manusia yang beranjak secara beransur melalui reformasi pemikiran,cara hidup dan sosio budaya menunjukan tahap pendidikan dan penguasaan ilmu pengetahuan semakin berkembang maju.Hebatnya manusia kerana minda fikirnya sentiasa berkembang mencipta kemajuan. Jika 100 tahun dahulu orang menggunakan kereta lembu dan basikal sebagai pengangkutan, kini berbagai kenderaan dengan jenama moden memenuhi jalan raya sebagai manifestasi kemajuan ilmu pengetahuan berteknologi tinggi . Bermakna peradaban manusia sentiasa berubah mencipta berbagai  inovasi untuk kesejahteraan hidup sejagat.

Pendidikan berterusan

Ilmu pendidikan mengajar manusia menjadi ilmuan yang berbudi mulia,mempunyai nilai-nilai moral dan budaya yang tinggi selari dengan perkembangan Jasmani,Emosi,Rohani Inteletek (JERI)yang dimiliki sebagai tonggak kecemerlangan diri.Keempat-empat elemen yang terkandung dalam JERI merupakan struktur asas modal insan yang perlu dibangunkan untuk mengekalkan jati diri sebagai  intektual yang berintegriti dan berwibawa untuk berpartisipasi dalam pembangunan negara.Pendidikan berterusan yang berfokus kepada pembangunan diri manusia menjadi aset  negara kerana generasi yang berilmu pengetahuan,berkemahiran dan mempunyai kecekapan menjadi pemacu kemajuan  negara.

Arah tuju pendidikan

Arah tuju dan matlamat pendidikan adalah jelas seperti termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berfokuskan JERI.Peranan pendidik semakin mencabar dengan berlakunya transformasi pendidikan seperti mana terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025 menekankan kepada kemenjadian murid yang merangkumi kebolehan memimpin,mampu mencipta inovasi, penguasaan dalam berbagai bahasa untuk bersaing dengan masyarakat global.Justeru pendekatan dan instrumen yang diaplikasi dalam sistem penyampaian turut berubah. Pelajar tidak lagi dinilai semata-mata berasaskan kecemerlangan kurikulum seperti sekarang tetapi merangkumi seluruh potensi diri sebagai asas pertimbangan berdasarkan standard prestasi yang ditetapkan Kementerian Pelajaran.


Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur.
Khamis 28 Mac,2013.


No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...