Tuesday, March 26, 2013

Masjid Cantik Tanpa Makmum

Bertadabbur dengan alam merupakan ciri orang bertakwa yang melihat setiap kejadian Tuhan di atas muka bumi dengan penuh keimanan.Hamparan bumi yang luas terbentang dihiasi indah gunung ganang menghijau mengandungi  berbagai spesis  flora dan fauna menjadi saksi kebesaran Tuhan.Keindahan alam ciptaan Tuhan menjadi ibrah dan  pengajaran yang sangat berguna kepada manusia yang melihat setiap ciptaan Allah SWT dengan mata hati. Membaca catatan perjalanan saudara Mohd.Sayuti Omar atau lebih mesra dengan panggilan MSO ke Acheh Selatan menggamit rasa syahdu dan rindukan kehidupan kampung halaman tempo dulu. 

Peristiwa Tsunami

Bumi Acheh mempunyai sejarah yang sungguh menyedihkan pada 26 Disember,2004 bila mana gempa bumi kuat melanda menyebabkan Tsunami dahsyat mengorbankan ratusan ribu penduduknya. Peristiwa ini menjadi igauan ngeri kepada masyarakat Acheh hingga kini.Bukan saja melanda Acheh, Tsunami turut membadai Thailand, Sri Langka dan Malaysia mengorbankan ribuan nyawa dan kemusnahan total harta benda. Peristiwa ini menjadi saksi kehebatan Allah SWT yang melindungi RumahNYa dari musnah.

Mengimarah Masjid


Mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku 8 tahun lalu, masyarakat Islam seharusnya tidak alpa dengan suruhan Allah untuk mengimarahkan Masjid dan Surau kerana azab Tuhan boleh berlaku tanpa sebarang petanda. Setinggi mana pun ilmu manusia, kita tidak mampu menganalisis setiap perlakuan  alam. Saya rasa terharu dan sedih dengan catatan MSO Masjid-masjid cantik dan indah tetapi tiada makmum, kecuali Imam dan Bilal sahaja yang berjamaah. Mudah-mudahan  Allah SWT memberikan taufik dan hidayahNYa kepada masyarakat Islam memakmurkan rumahNya.




Sumber video tsunami Acheh 2004

Che'Yahya Che'Soh
Kuala Lumpur.
26 Mac,2013.


No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...