Inti Khutbah Jumaat yang dibacakan Khatib di Masjid Ar Ridhuan Hulu Kelang hari ini sungguh menginsafkan diri selaku hamba Tuhan yang menumpang sementara di muka bumi ini. Mauduk berkaitan kematian manusia menuju alam barzah yang penuh dengan ujian getir sebagai tempat persinggahan ketiga manusia sebelum ke Mahsyar untuk mempertanggungjawab segala amalan semasa hidup di dunia. Bermula dengan membaca Firman Allah "Setiap yang bernyawa akan merasai mati" beliau mengisahkan pemergian seorang ulama Syria Sheik Mohamad Said Ramadhan Al Buti yang syahid semasa menyampaikan kuliah pengajian di sebuah Masjid terkorban bersama jamaah lain disebabkan penyerang berani mati meletupkan dirinya.Semoga Allah SWT memberikan tempat sebaik-baiknya kepada Almarhum.
Al Fatihah.
Sheik Dr. Ramadan Al Buti
Gambar: Internet.
Makmum
22 Mac,2013.
No comments:
Post a Comment