sumber:andihm.esaunggul.ac.id
Umpama sebuah kereta,bateri merupakan sumber kuasa . Jikalau bateri tidak dijana beberapa lama kereta tidak boleh diguna.Otak manusia umpama sebuah bateri kereta yang berfungsi menjadi janakuasa seluruh peralatan dan kelancaran enjin kereta. Pemangkin kepada aktiviti kehidupan bergantung kepada kemampuan otak kita sebagai penggerak minda berfikir secara futuristik untuk melakukan perobahan dalam hidup.Penjanaan minda kearah transformasi kehidupan memerlukan kekuatan diri merobah tabiat, sikap dan tingkahlaku menjadi budaya terpuji.
Contohi masyarakat Jepun
Jepun merupakan sebuah negara maju yang berdisplin. Kesedaran rakyatnya terhadap kebersihan menjadi sebutan masyarakat dunia.Orang Jepun tidak membuang sampah merata-rata.Mereka akan menyimpan bekas gula-gula atau coklat dalam kantung/poket jika tidak terjumpa tong sampah. Sungai-sungai mereka bersih dan jernih kerana kebanyakan rakyat mereka mempunyai kesedaran tentang alam sekitar yang cukup tinggi. Mencontohi budaya hidup dan cara bekerja orang Jepun yang rajin dan berdisplin seharusnya menjadi ikutan kita jika ingin maju. Walau pun dilanda gempa dan tsunami kuat tahun 2011 yang lalu namun Jepun tetap bangkit menjadi sebuah negara maju yang moden.
Berfikir luar kotak
Alaf teknologi yang berkembang pantas menuntut kita berfikir di luar kotak. Maksudnya meluaskan nuansa minda melihat perspektif kehidupan secara global. Perobahan mendadak teknologi dalam segala bidang mempengaruhi aktiviti kehidupan manusia.Abad digital yang menguasai gaya hidup mempengaruhi sikap dan tatacara kehidupan sesama manusia tanpa batas ,jarak dan waktu.Sebagai seorang pendidik, menjadi tugas dan tanggungjawab kita menuntun minda pelajar berfikir bukan seperti katak di bawah tempurung yang hanya mengetahui dunia persekitarannya sahaja sehingga pemikiran mereka statik, jumud dan tidak berkembang. Berfikir di luar kotak mampu menjana kekuatan otak kita .
Taakul minda.
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Selasa 19 Mac,2013.
No comments:
Post a Comment