Saturday, March 2, 2013


KPN sahkan ada polis maut kes tembakan di Semporna

 

Sehingga jam 12 tengah malam, beliau bagaimanapun masih belum dapat memberi butiran lanjut mengenai jumlah sebenar anggota pasukan keselamatan yang maut dan cedera kerana masih menunggu laporan penuh daripada ketua setiap pasukan ditugaskan.

“Saya mengesahkan ada kejadian tembak menembak yang berlaku di sekitar Semporna, hingga menyebabkan anggota kita terkorban.


“Kita minta penduduk di kawasan sekitar sentiasa berwaspada dan memaklumkan segera kepada polis sekiranya ada sebarang unsur yang mencurigakan,” katanya ketika dihubungi BH malam tadi.

Ismail berkata, pihak polis akan memaklumkan kejadian itu dalam masa terdekat sejurus menerima laporan penuh daripada komander setiap kawasan yang terbabit.

Dalam laman facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula, Ismail berkata, kejadian tembak menembak di Kampung Sri Jaya Siminul itu susulan pemeriksaan pihak polis ke atas sebuah premis di kampung berkenaan.

Beliau berkata, pemeriksaan itu bertujuan mengesahkan pembabitan pencerobohan di Lahad Datu.
“Setakat ini, polis belum dapat mengesahkan jumlah mereka terbabit dalam kejadian itu. Bagaimanapun dipercayai mereka yang terbabit tidak lebih 10 orang,” katanya.
Berita Harian Online 3/3/13

Che'Yahya Che' Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Kuala Lumpur.
Ahad 3/3/13

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...