Friday, March 15, 2013

Dramatik PBS

Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Haji Abdullah Mad Yunus hari ini (Jumaat 15 Mac,2013) mengingatkan semua Pengetua dan Guru Besar  memberi fokus kepada pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pelaksanaan PBS bermula pada tahun lalu untuk pelajar-pelajar Tingkatan Satu. Mulai tahun, 2014 semua pelajar Tingkatan Tiga ditaksir berdasarkan PBS, tidak lagi melalui Peperiksaan PMR secara berpusat (Centralize examination) seperti sebelumnya.

Memahami PBS


Pentaksiran Bersasaskan Sekolah bertujuan menilai pelajar secara keseluruhan berdasarkan abiliti dan kemampuan mereka menguasai setiap mata pelajaran yang diajar melalui instrumen yang ditetapkan.PBS ialah salah satu instrumen pedagogi iaitu proses pembelajaran dan pembelajaran (PdP), mentaksir pelajar dalam bilik darjah.Memahami PBS sebagai sarana pengukuran pentaksiran pelajar sangat penting kepada guru kerana kekuatan setiap orang pelajar adalah berbeza berdasarkan BAND masing-masing.Pengarah mengingatkan semua sekolah supaya bersedia dengan sebarang kemungkinan dengan perobahan yang berlaku dalam PBS .

BAND 6 = TAHU, FAHAM, BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI
BAND 5 = TAHU, FAHAM BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI
BAND 4 = TAHU, FAHAM, BOLEH BUAT DENGAN BERADAB
BAND 3 = TAHU, FAHAM , BOLEH BUAT
BAND 2 = TAHU, FAHAM
BAND 1 = TAH
U

  
Komponen PBS

Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum(PAJSK), dan Pentaksiran Psikometrik.Semua jenis pentaksiran ini perlu dilaksanakan secara adil dan penuh tanggungjawab oleh setiap guru atau pentaksir berdasarkan Deskriptor yang ditetapkan. Eviden pelajar menjadi indikator setiap pentaksiran yang dilakukan

Penjaminan kualiti

Bagi menjamin pemantapan pelaksanaan PBS pihak sekolah perlu melaksanakan Pementoran dalam kalangan pentaksir supaya benar-benar memahami pengoperasian untuk memberi score secara autentik ,sah dan boleh dipercayai.Pementoran PBS bertujuan membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur ditetapkan.Pemantauan ialah satu proses mendapatkan maklumat dan memastikan pentaksiran dilaksanakan mengikut kesahan dan kebolehpercayaan.Penyelarasan PBS pula ialah menyeragamkan skor calon dengan merujuk kepada Standard Prestasi yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan manakala Pengesanan PBS adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrumen pentaksiran dalam pelaksanaan PBS yang dilaksanakan oleh pentaksir.

Rumusan 

Dokumen standard kurikulum dan dokumen standard prestasi akan dikeluarkan bagi memudahkan guru membuat pentaksiran . Pencairan PBS diperingkat sekolah tidak berlaku secara  menyeluruh kerana tempoh penataran terlalu singkat berbanding peringkat Jabatan dan PPD yang mengambil masa selama 4 atau tiga hari. Pengarah menyebut akan berlaku Dramatik PBS sekiranya pihak sekolah tidak bersedia dengan kekuatan ilmu dan kefahaman bagaimana pelajar mendapat band-band tertentu dalam setiap subjek mereka .

Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur.
Jumaat 15 Mac,2013.


No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...