Monday, March 11, 2013

Keselamatan Pelajar Tanggungjawab Bersama

Pengurusan Pendidikan tidak hanya menekankan kepada pencapaian akademik semata-mata sebagai indikator kecemerlangan , namun secara makro bertanggungjawab merobah perspektif pemikiran dan budaya setiap warga sekolah yang terdiri dari kalangan guru,staf ,pekerja dan  pengawal keselamatan yang ditugaskan mengawalselia keselamatan pelajar setiap masa.Menjadi tanggungjawab pengurusan memastikan pelajar selamat dari sebarang gangguan atau penyamaran dari  pihak tertentu yang ingin berjumpa dengan pelajar.



SMKSB@STAR


Kawalan keselamatan

Pihak sekolah perlu mengambil langkah keselamatan bagi memastikan mereka yang benar-benar berhak keatas pelajar sahaja iaitu ibu atau bapa dibenarkan masuk perkarangan sekolah untuk menjemput pelajar. Setiap tetamu perlu mengisi borang pelawat yang disediakan di pondok pengawal jika ingin berjumpa dengan pelajar,guru ,pengetua atau kakitangan yang lain bagi memastikan tidak berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.

Pekeliling Ikhtisas

Pekeliling Ikhtisas bil 8/2011 menekankan kepada Keselamatan dan kesejahteraan murid di sekolah yang perlu diberi keutamaan oleh semua Pengetua tanpa kompromi.Kawalan keselamatan yang longgar boleh mengundang risiko kepada pelajar. Kementerian memandang serius masalah ini dan meminta pengurusan sekolah mengambil langkah keselamatan setiap masa. Seorang pelawat yang datang ke sekolah pagi tadi berjumpa Pengetua melahirkan perasaan bangga kepada guru-guru yang mampu mengajar dan mendidik pelajar dalam bilangan yang ramai sedangkan beliau mempunyai dua orang anak pun sangat sukar untuk mengawalnya. Terima kasih Che'gu, ada juga orang mengenang jasa kita.

Tanggungjawab bersama

Menjadi tanggungjawab kita bersama memantau pergerakan pelajar semasa berada disekolah. Rekod kedatangan pelajar menjadi bukti atau eviden yang autentik sebagai asas rujukan jika berlaku sebarang  ketidakaturan atau keraguan yang timbul. Rekod kedatangan pelajar hendaklah diambil sebelum jam pertama sesi pembelajaran bermula oleh Guru Tingkatan masing-masing. Kegagalan merekod kehadiran pelajar menimbulkan impikasi buruk jika berlaku perkara diluar jangkaan. Mudah-mudahan kita dapat mengambil iktibar daripada beberapa peristiwa yang telah berlaku membabitkan kehilangan pelajar sepertimana yang dilaporkan oleh kebanyakan  akhbar di negara ini.


Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur,
Isnin 11 Mac,2013.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...