Pertembungan antara pemikiran dan keyakinan,sentiasa berlaku dalam diri manusia untuk mencari hakikat kebenaran yang hakiki. Bagi siapa yang cuba merenungi kejadian setiap makhluk di muka bumi secara akliah sudah pasti akan bertemu dengan jawaban yang autentik bahawa antara logika dan iman sentiasa berantagonis antara satu sama lain.Batas pemikiran manusia secara selapis hanya berdasarkan logika semata-mata tetapi penggunaan akal yang bertunjangkan iman bersumberkan hati yang suci bersih pasti mudah menerima kebenaran dengan memerhati setiap kejadian melalui mata hati sehingga menimbulkan keyakinan (Akidah) terhadap Illahi.
Hamparan bumi. Gambar semasa di Scotland 2011.

Kisah Mustahil
Dalam Al Qur'an terdapat banyak kisah mustahil yang sukar diterima oleh akal. Peristiwa yang berlaku kepada Nabi Ibrahim As yang dibakar hidup-hidup tetapi dengan izin Allah SWT baginda tidak disentuh oleh api, sukar diterima oleh akal.Nabi Nuh As membawa rombongan orang-orang beriman dan pasangan haiwan belayar dalam Bahteranya membelah gelombang banjir terbesar yang menenggelam bumi sehingga selamat berlabuh di Bukit Judi juga tidak mudah diterima oleh akal bagi orang yang nipis keyakinannya kepada kuasa Tuhan. Begitu juga dengan peristiwa ganjil yang berlaku kepada Nabi SAW yang di Israk dari Masjidil Haram Mekah Al Mukarramah ke Masjidil Aqsa Palastine dan mikraj kelangit kemudian balik ke Mekah dalam tempoh yang singkat merupakan peristiwa "miracle" yang benar-benar terjadi kepada baginda sehingga sukar dicerna oleh pemikiran secara logika. Jika kita telusuri perjalanan akal yang dipandu dengan iman, tidak mustahil meyakini setiap sirah kejadian menjadi tamsil dan ibrah kepada setiap hamba yang beriman dengan kekuasaan Tuhan.Kisah penciptaan manusia berasal dari setitik mani bercampur merupakan bukti konkrit kehebatan Allah Yang Maha Berkuasa.Tuhan Maha Berkuasa mampu mencipta sesuatu dari tiada kepada ada dan kemudian tiada.
Orang Beriman
Orang beriman ialah mereka yang yakin dengan setiap ketentuan Tuhan.Mereka mempercayai dengan sebenar-benarnya setiap kejadian itu bersumber dari Pencipta, bukannya terjadi secara semula jadi sepertimana pemahaman Barat yang memisahkan Ilmu dengan Agama. Menjadikan juzuk-juzuk yang terpisah dari Agama menyebabkan pemikiran manusia menyakini dokrin yang dibawa oleh Barat benar belaka.Justeru banyak kita temui dalam berbagai jurnal penulisan para sarjana Barat tidak menyinggung langsung tentang hakikat Ketuhanan sebagai sumber kehidupan (way of life).Bagi mereka Ilmu dan Agama tidak boleh disamakan. Justeru lahirlah pemikiran yang bersandarkan kepada logika semata-mata dengan melihat kehidupan ini sebagai sesuatu yang terpisah dari Millah yang tidak bersandarkan keyakinan kepada Tuhan.
Wallahu'allam
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Ahad 24 Mac,2013.

No comments:
Post a Comment