2 pengganas cuba lolos ditembak
Dua
budak maut, seorang komando cedera dalam pertempuran di Kampung Tanjung
Batu
Lahad Datu: Dua pengganas dan dua kanak-kanak terbunuh dalam pertempuran terbaru dengan pasukan keselamatan di sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu dekat sini, pagi semalam. Dalam pertempuran jam 9.15 pagi itu, seorang lagi kanak-kanak dan seorang anggota pasukan keselamatan turut cedera.
Anggota tentera dari Grup Gerak Khas (GGK) dipercayai terkena tembakan di paha kanan ketika menjalankan operasi menggeledah, namun keadaannya dilaporkan stabil.
Lahad Datu: Dua pengganas dan dua kanak-kanak terbunuh dalam pertempuran terbaru dengan pasukan keselamatan di sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu dekat sini, pagi semalam. Dalam pertempuran jam 9.15 pagi itu, seorang lagi kanak-kanak dan seorang anggota pasukan keselamatan turut cedera.
Anggota tentera dari Grup Gerak Khas (GGK) dipercayai terkena tembakan di paha kanan ketika menjalankan operasi menggeledah, namun keadaannya dilaporkan stabil.
Dipercayai warga asing
Pengganas dan kanak-kanak yang terbunuh serta yang cedera itu dipercayai warga asing, namun tiada pengenalan diri ditemui bersama mereka.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata pertempuran itu berlaku ketika pasukan keselamatan menggeledah Kampung Tanjung Batu sebelum terserempak dengan dua pengganas.
“Ketika pertempuran berlaku, pengganas berundur dan berlari masuk ke dalam sebuah rumah menyebabkan pasukan keselamatan mengejar mereka.
“Sebaik menghampiri rumah itu, berlaku kejadian berbalas tembakan antara kedua-dua pihak. Ketika itu, seorang musuh cuba melarikan diri ke sebuah rumah lain selepas membakar rumah pertama, dipercayai taktik untuk meloloskan diri.
“Pasukan keselamatan kemudian melepaskan tembakan ke arah rumah pertama untuk tujuan keselamatan sebelum membuat penggeledahan.
Temui empat mayat
“Hasil penggeledahan, kita menemui empat mayat di dalam rumah berkenaan, iaitu dua dewasa masing-masing seorang lelaki dan wanita serta dua kanak-kanak, termasuk seorang perempuan. Seorang lagi kanak-kanak ditemui cedera.
Bagaimanapun, tiada pengenalan diri ditemui bersama mereka,” katanya pada sidang media bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di sini, semalam.
Kematian empat pengganas itu menjadikan jumlah militan ditembak mati pasukan keselamatan sepanjang Ops Daulat menjadi 67 orang. Ops Daulat memasuki hari ke-20 semalam, manakala jumlah mayat pengganas yang berjaya dikeluarkan sehingga kini 42.
Zulkifeli berkata, semakan di lokasi kejadian turut menemui bekalan makanan milik pengganas dan kediaman berkenaan dipercayai dijadikan lokasi persembunyian mereka.
“Hasil siasatan awal, kami tidak menolak kemungkinan semua lima individu, termasuk empat yang ditemui mati itu anggota kumpulan pengganas. Sekiranya mereka bukan pengganas, mereka mungkin tali barut.
“Semua empat mayat sudah dikeluarkan untuk dibedah siasat, manakala kanak-kanak yang cedera diterbangkan menggunakan helikopter pasukan keselamatan ke Hospital Sandakan. Kita tidak dapat pastikan umur kanak-kanak yang mati dan cedera sehingga bedah siasat selesai,” katanya.
Berita Harian 25 Mac,2013
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Isnin 25 Mac,2013.
No comments:
Post a Comment