Polis sahkan dua anggota keselamatan, 12 penceroboh maut di Lahad Datu
TUNGKU(Lahad Datu): Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib
mengesahkan dua anggota keselamatan negara manakala 12 anggota kumpulan
penceroboh dari Selatan Filipina terkorban dalam pertempuran antara dua
kumpulan terbabit pagi tadi.
Tiga anggota keselamatan turut disahkan tercedera dalam kejadian yang berlaku antara 20 hingga 30 minit pada jam 9.59 pagi.
Tiga anggota keselamatan turut disahkan tercedera dalam kejadian yang berlaku antara 20 hingga 30 minit pada jam 9.59 pagi.
Beliau juga mengesahkan kumpulan penceroboh itu melepaskan
tembakan terlebih dulu ketika pihak berkuasa keselamatan sedang
mengetatkan kepungan di lokasi persembunyian mereka di Kampung Tanduo.
Hamzah turut mengesahkan pihaknya merampas beberapa senjata antaranya M-16, pelancar roket, peluru dan beg pakaian.
Berhubung perintah berkurung yang dikatakan dikuatkuasakan di Lahad Datu, Hamzah mengesahkan tidak mengeluarkan arahan seumpama itu kerana keadaan adalah terkawal.
Berita Harian Online
1 /3/2013
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Jumaat 1/3/2013
No comments:
Post a Comment