Sunday, March 10, 2013

Bank Rakyat Kepong bantu sekolah

Pagi tadi dua orang pegawai dari Bank Rakyat Kepong datang ke SMK SINAR BINTANG @STAR berjumpa Pengetua  membincangkan beberapa program dan aktiviti pembangunan pendidikan  yang dilaksanakan oleh  pihak sekolah . Mereka bersetuju membantu sekolah dalam program motivasi dan peningkatan akademik pelajar disamping menghulurkan sumbangan  kebajikan untuk Bilik Guru. Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan yang setinggi -tingginya kepada Pengurus Bank Rakyat Kepong melalui dua orang pegawainya En Azam dan En Fadhil yang sudi membantu sekolah. Mudah-mudahan dengan sinergi yang baik antara sekolah dan agensi seperti ini menjadi pemangkin kemajuan dan kecemerlangan pelajar kita .
 
Salam hormat dari saya,
 
Che' Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur.
Isnin 11Mac,2013.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...