Wednesday, March 13, 2013

Buletin MPSMWPKL

Saya telah menerima Buletin Majlis Pengetua Sekolah Malaysia  Wilayah Persekutuan Kuala lumpur bil 1/2012 (MPSMWPKL) dan sempat membaca laporan Sidang Redaksinya yang memuatkan berita dan perkembangan terkini kegiatan dan aktiviti MPSM sepanjang tahun lalu. Terima Kasih kepada Sidang Redaksi yang bertungkus lumus menyedia dan menyiapkan kerja-kerja penyuntingan penulisan dan pengeditan untuk  mengeluarkan BULETIN MPSM sebagai bahan bacaan tambahan kepada rakan-rakan guru dan pengamal pendidikan.
 
Petikan sumber
 
Saya ingin mengingatkan diri sendiri betapa pentingnya pengamalan etika dan moral dalam setiap penulisan yang kita keluarkan kerana ia menjadi bahan bacaan dan sumber maklumat kepada pembaca segenap lapisan. Petikan berita atau laporan yang dimuatkan perlu dinyatakan sumber asalnya .Sebagai seorang Ahli MPSM dan Pengetua saya berasa sedikit terkilan dengan laporan muka surat 09 'Kursus Profesionalisma Pengetua WPKL ' dan 'Persidangan Kebangsaan MPSM Di Kuantan'. Kedua laporan tentang rencana tersebut  bersasal dari csyahya blogspot  tetapi tidak dinyatakan sumber petikan. Semoga perkara seperti ini tidak berlaku lagi dalam setiap penulisan Buletin MPSM KL masa akan datang .
 
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Ahli MPSM >
14 Mac 2013.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...