Monday, March 4, 2013

Pelancaran PPDa Peringkat Sekolah

Acara hari ini ialah majlis pelancaran Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) oleh Pengetua di dewan Bestari SMKSB@STAR. Terima kasih kepada Puan Rita selaku Guru Penasihat PPDa kerana mengatur program dengan baik dan berkesan. Pendidikan Pencegahan Dadah menjadi agenda penting sekolah di seluruh negara. Berbagai usaha dilakukan untuk menyedarkan pelajar mengenai bahaya dadah yang boleh memusnahkan diri dan masa depan pelajar. Dadah durjana tidak mengenal mangsa.Justeru pelajar-pelajar perlu berfikir futuristik dan berusaha menghindarkan diri terjebak dengan najis dadah yang boleh merosakan bangsa dan keruntuhan peradaban manusia.

Majlis berakhir dengan perdebatan dalam Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 Bestari dan Tingkatan 4 Arif mengenai Fungsi dan peranan  Facebook dalam kalangan masyarakat.

Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Kuala Lumpur.
4/3/13 .


No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...