Wednesday, March 20, 2013

Bicara Pengarah Bersama Pemimpin Sekolah

Seperti biasa sebulan sekali Sektor Jaminan Kualiti (SJK) Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWP) akan  mengadakan program Hari Profesionalisma sebagai wacana ilmu untuk membincangkan perkembangan dan pembangunan pendidikan terkini yang berlaku dalam  negara. Pengarah Pelajaran En. Abdulah Mad Yunus menggarisbawahi beberapa isu penting yang perlu dilaksanakan oleh Pengetua dan Guru Besar sejajar dengan  matlamat mencapai  misi Kementerian Pelajaran  bertunjangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) untuk melahirkan pelajar-pelajar berilmu pengetahuan, mempunyai kemahiran, mampu mencipta innovasi dan berkebolehan memimpin.Penguasaan pelajar dalam berbagai bahasa merupakan indikator kecemerlangan pendidikan. Dalam masa yang sama nilai-nilai etika dan kerohanian menjadi pegangan untuk memupuk jati diri yang cintakan negara.

Pelan strategik 

Pengurusan organisasi perlu melihat kekuatan,kelemahan dan pencapaian semasa yang berlaku di sekolah bagaimana mengurus sumber dan pengendalian aktiviti yang dilaksanakan.Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) merupakan dokumen penting sebagai sarana kemajuan sesebuah sekolah.Melalui SKPM,band sekolah menjadi indikator kecemerlangan. Justeru kepimpinan Pengetua /Guru Besar  menjadi sasaran kerja utama yang perlu dilaksanakan seoptima mungkin bagi meningkatkan pencapaian organisasi mereka.Mulai tahun depan(2014)semua program JQAF akan dilaksanakan disemua sekolah rendah termasuk SJK(T) dan SJK(C).

ProD

Program Organization Development(ProD) telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Institut Aminudin Baki (IAB) bertujuan untuk membicarakan keperluan  pembangunan individu dan pasukan, pembangunan budaya organisasi melalui komunikasi, mengamalkan kerja berpasukan, empowerment pengupayaan, pembabitan staf, mengurus perubahan dan innovasi kreativit. Elemen-elemen ini sangat penting dalam pengurusan bagi memastikan kecemerlangan sesebuah organisasi.


Penempatan Guru cemerlang

Penempatan Guru Cemerlang dan Pentadbir Cemerlang di PPD akan dilaksanakan Kementerian dan Jabatan bagi membantu sekolah-sekolah meningkatkan kecemerlangan mulai tahun 2014.Penempatan ini akan diurus oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM).Demikian tegas Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Hajah Rosni Ab.Jalil. Dalam nada tegas beliau mengingatkan sekolah tidak menjadikan hari Sabtu sebagai cuti ganti digunakan untuk program lain kerana menyalahi prosedur Melindungi Masa Instruksional (MMI). Jika didapati sekolah mengingkari arahan, tindakan akan dikenakan keatas  Pengetua /Guru Besar. Beliau juga mengatakan sekolah-sekolah akan dibuat penggredan semula berdasarkan bilangan murid dan enrolmen yang ditetapkan oleh BPSM. Elaun tanggungjawab Ketua-ketua Bidang sekolah Gred B sedang  diteliti untuk pertimbangan BPSM.

YDP MPSM

Penjelasan dengan nada yang tinggi kurang profesional YDP Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Puan Shamsiah Ahmad membangkitkan isu berkaitan MBM/MBI yang kononnya tidak dilaksanakan oleh Pengetua menimbulkan rasa kecewa dan kurang menyenangkan seolah-olah beliau tidak memahami keadaan yang berlaku di sekolah. Seharusnya YDP bertindak bijaksana bukannya melontarkan kesalahan kepada pengetua dalam forum seperti ini. Platform yang digunakan tidak sesuai untuk melepaskan rasa marah dan geram kepada rakan-rakan Pengetua . Semoga menjadi iktibar kepada kita semua yang mendokong dan menjadi ahli MPSM.


Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur.
Ahli MPSM Kuala Lumpur.
Rabu 20 Mac,2013.



No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...